Bab 18

468 11 2
                                    

Awal Annur Ayesha bangun hari ini. masuk hari ini sudah tiga hari Firdaus outstation di Terengganu. Kesihatannya juga semakin beransur pulih. Teruk juga migrainnya kali ini. Doktor sudah berpesan kepadanya supaya jaga makan, dan kurangkan berfikir atau lebih tepatnya overthinking! Semasa turun ke bawah dia lihat Mama sedang cuci pinggan. Abah baru saja keluar pergi kerja. Dia menyapa Mama ceria. Melihat makanan yang terhidang di atas meja membuat hatinya melonjak gembira, sementelah beberapa hari ini dia hilang selera untuk makan.

"Wah, banyaknya makanan Ma, kuey tiaw goreng! My favorite. kuih pun banyak!" ujarnya teruja. Mama hanya tertawa kecil. Annur Ayesha sudah tidak sabar hendak menjamah semua makanan yang ada di depan matanya. Mama mengambil tempat berhadapan dengannya sambil menghulurkan pinggan.

"Mama tak makan lagi?"

"Belum, ma tunggu Sha. Nak breakfast sama-sama dengan anak mama ni." Ujar Mama sambil tersenyum. Mereka berbual-bual kosong sambil menikmati sarapan bersama. Baru hari ini dia benar-benar berselera. Berat badannya susut semenjak kurang sihat tempoh hari. Makan pun sekadar untuk mengalas perut sahaja. Itupun selepas dipaksa Firdaus. Kalau tak memang dia tak mahu makan langsung.

"Sha, lepas makan jangan lupa makan ubat. Abang Fir suruh mama pesan pada Sha. Risau sangat dia." kata Mama tiba-tiba. Kunyahan Annur Ayesha terhenti sebentar sebelum dia menyambung kembali. Ah, bosannya beberapa hari ni menghadap ubat! Hampir nak termuntah dia mendengarnya. Annur Ayesha diam sahaja dan mengangguk perlahan.

"Sha macam mana sekarang dengan Abang? Ma dan Abah tengok, Abang tu sayang sangat pada Sha. Ambil berat dan risau pasal Sha. Masa Sha sakit, dialah orang yang paling risau sekali berbanding Mama." ujar Mama sambil tertawa kecil. Annur Ayesha terdiam. Kenapa mesti topik Firdaus yang Mama pilih? Ceritalah pasal Mak Long ke, Kak Suhaiza ke. Tiba-tiba dia rindu pada Kak Suhaiza! Annur Ayesha tersenyum-senyum.

"Tersenyum-senyum kenapa? Teringat dialah tu. Rindulah tu kan." Mama mengusik. Annur Ayesha mencebirkan bibirnya. Pinggan yang telah kosong diangkat dan dibawa ke sinki. Malas nak berbalas jawapan dengan Mama, nanti lagi giat Mama mengusiknya.

Rindu? Teringat pula dia kata-kata Firdaus tiga hari yang lepas. "Annur jangan rindu abang tau." Geleman pula dia. Siapa entah nak rindu dia? Lagi seronok dia dapat conquer katil tu seorang diri. Tapi itulah, tak ada bantal peluk. Bantal peluk?

Tiba-tiba sahaja bayangan wajah Firdaus muncul difikirannya. Senyuman lelaki itu setiap kali mengejutnya bangun solat Subuh. Wajah tenang Firdaus melayan karenahnya. Terngiang-ngiang pula suara Firdaus yang tak jemu memujuk dan memanggilnya 'Sayang'. ish apa kau fikir ni Annur Ayesha! getusnya sendiri. Tergeleng-geleng kepalanya. ah, apa pula yang aku fikir ni. Ish! Tak mungkinlah, tak mungkin. Aku tak rindu dialah. Dia tu annoying kot!

"Dah kenapa tu? Awak cuci pinggan ke sental pinggan Sha? bukan main lama sebiji pinggan tu. kalau rindu telefonlah cik Abang tu. Ini termenung sana sini, risau juga mama. Atau nak mama yang tolong call kan?" Mama sudah tertawa lagi. Tersentak dia mendengar kata-kata Mama. Mama dapat baca fikiran dia ke?

"Mama! Mana adalah. Okaylah Mama, Sha nak naik atas dululah. Nak kemas katil, belum kemas lagi." Annur Ayesha memberi alasan. Padahal wajahnya sudah memerah menahan malu kerana gelagatnya dilihat Mama. Mama tersenyum-senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala saja melihatnya.

* * *

Annur Ayesha berbaring sebentar setelah mengemaskan katilnya. Telefon bimbit di atas meja kecil bersebelahan katil dicapai. Ada tiga notifikasi dari aplikasi whatsappnya sejam yang lepas. Pantas dia buka dan dia lihat tertera nama Firdaus. Annur Ayesha mengeluh. Dia sebenarnya merajuk lagi dengan insiden tempoh hari. Kecil hatinya. Walaupun berulang kali Firdaus meminta maaf padanya, tapi dia tetap dengan egonya. sebenarnya dia tak adalah hendak marah sangat pada Firdaus. tetapi dia sengaja ingin lihat sejauh mana Firdaus benar-benar bertahan dengan karenahnya. Annur Ayesha tertawa kecil. Tak baik pula buat begitu. rasa berdosa pula, yalah Firdauskan sudah menjadi suaminya sekarang ini.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now