Bab 41

233 5 0
                                    

Hari demi hari berlalu, Firdaus dan Annur Ayesha semakin bahagia menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri. Kandungan Annur Ayesha juga sudah mencecah 7 bulan. Keadaannya juga sudah sarat dan hanya menghitung waktu untuk melahirkan. Mereka berdua teruja membuat persediaan untuk menyambut kehadiran permata hati mereka.

Mama dan Abah juga tak kurang terujanya menyambut cucu yang pertama dalam keluarga. Bahkan, Mama dan Abah pula yang terlebih terujanya membeli barangan kelengkapan bayi. 

"Ma, barang baby dah banyak sangat ni ma...nanti beli banyak-banyak membazir pula." ujar Annur Ayesha sambil melipat baju bayi, kain lampin dan barang-barang keperluan bayi yang lain.

"Tak apalah. Kalau ada lebih nanti boleh sedekah pada anak-anak buah kan. " balas Mama sambil tersenyum. Annur Ayesha mengangguk seraya tersenyum saja.

Firdaus menghampiri kedua-dua wanita kesayangannya itu diruang tamu. Abah juga turut serta. Firdaus pula terus saja duduk disebelah Annur Ayesha. Dah macam belangkas, di mana Annur Ayesha di situ la ada Firdaus. Mama tersengih sahaja. Dalam pada itu, dia amat bersyukur melihat kebahagiaan anak-anaknya.

"Erm, Mama..abah..sebenarnya, Fir ada benda nak bagitahu ni." Firdaus  bersuara tiba-tiba. Annur Ayesha pula tersenyum saja.

"Apa dia tu Fir? Macam serius bunyinya." balas Abah yang sedang fokus menonton tv tadi. Mama juga bertanyakan hal yang sama. 

"Okay macam ni, sebenarnya Fir dan Annur dah buat keputusan nak pindah. Fir dah beli rumah sendiri. Fir rasa..dah tiba masanya untuk kami berdikari dalam menguruskan rumah tangga." ujar Firdaus tenang sambil memeluk bahu Annur Ayesha rapat. 

Mama tercengang. Tapi Abah pula kelihatan biasa-biasa saja.

"La..kenapa nak pindah? tiba-tiba saja. Kenapa tak bincang dulu sebelum beli?" soal Mama tidak senang. muram wajahnya. serba salah Firdaus dan Annur Ayesha.

"Maaf mama. Sebenarnya kami bercadang nak buat surprise. Tapi tak jadi. rasanya lebih baik Fir beritahu sekarangkan. Sebenarnya dah lama mama. Fir dan Annur dah berbincang. Kelengkapan rumah pun Fir dah beli sikit-sikit. Maafkan Fir mama." 

Annur Ayesha bangun dan mendekati mama.

"Ma...sha dan abang minta maaf sebab tak beritahu awal-awal. tapi kami harap mama faham dengan keputusan kami. Lagipun, tak jauh rumah tu. Bila-bila je sha boleh balik jenguk mama dan abah." Annur Ayesha memujuk.

"Abah ni tak kisah dengan keputusan kamu. Abah hormat keputusan kamu berdua. Lagi pun kamu berdua dah besar panjang. Abah sokong je. mama kamu je ni. mana boleh nak berpisah dengan anak manja dia." sempat lagi Abah mengusik. Mama mencebirkan bibirnya.

Annur Ayesha dan Firdaus tersengih.

"yela, mama bukan apa, mama risau keadaan kamu ni Sha. tengah sarat..tiba-tiba nak pindah. Kalau ya pun, tunggu la lepas habis berpantang." luah mama.

"Tak apa mama. Fir kan ada. lagipun, dekat sikit nak berulang-alik pergi office tu mama. Kesian pulak tengok mak buyung ni. dengan sarat nak pergi office sejam. itu nak pergi, kalau tambah masa nak balik sejam lagi ma. Rumah kat sana tu dekat sikit dalam 10 minit dah sampai office."

Mama diam. Tersenyum nipis saja.

"Alah awak ni..biarlah budak-budak ni nak berdikari. Sha ni dah ada orang jaga pun. tak payahlah nak risau. sesekali kita jenguk la nanti. Awak tu pun bukan ada dekat rumah selalu, busy dengan persatuan itu, persatuan ini. kelas memasak la, buat kek la." Abah mengusik lagi. 

tertawa juga mama akhirnya.

"Yalah, mama okay je. tapi mama risau keadaan Sha sekarang ni. apa-apa pun mama percaya Fir boleh jaga Sha dengan baik. Sha tu pun jaga diri. Apa-apa call bagitau ma dan abah. jangan simpan sendiri. ingat tu.

Annur Ayesha mengangguk memandang Firdaus sambil tersenyum. Teruja pula rasa mereka berdua untuk memulakan kehidupan dirumah baru, rumah sendiri.

***

Sudah lebih seminggu di kediaman baharu, tak ada apa yang hendak dikemaskan sangat kerana Firdaus sudah pun siap sediakan semua kelengkapan dalam rumah mereka. Mereka hanya bawa pakaian dan barang-barang peribadi sahaja pindah masuk. Firdaus bersyukur dapat merealisasikan impiannya memiliki rumah sendiri. Rumah teres dua tingkat yang agak moden dan luas serta mempunyai 4 bilik. Beruntung juga dia dapat rumah tepi. kawasannya jadi lebih luas. Rezeki anak mungkin.

Annur Ayesha sudah tentulah lebih gembira. Semua ruang telah pun siap didekorasi. kata Firdaus, tak perlu Annur Ayesha bersusah payah hendak mendeko lagi. Paling istimewa, ianya idea Firdaus sendiri untuk hiasan dalaman dalam rumah mereka. tampak moden dan mewah. Dia ingin berikan yang terbaik untuk isteri dan anak.

"Annur duduk je. biar abang yang kemas baju-baju ni okay." 

"okay abang. terima kasih abang. Kaki pun dah lenguh ni abang."

"sayang baring je dulu. kejap lagi abang picitkan kaki tu." Annur mengangguk lalu tersenyum.

Annur Ayesha merasa bahagia sangat. Dikurniakan suami yang baik dan penyayang. Sering mengambil berat akan dirinya. Dia harap Firdaus akan sentiasa menyayangi dirinya selalu. Semakin hari semakin dia jatuh cinta dengan suaminya sendiri.

Dalam diam, Annur Ayesha merakam momen itu. Merakam Firdaus yang sedang ralit mengemas. Sesekali dia tertawa kecil. Berbanding dirinya, Firdaus lebih rapi orangnya bab mengemas pakaian. 

"Sayang...buat apa tu?" tiba-tiba Firdaus tersedar dirinya diperhatikan. terus dia menerpa ke arah isterinya dan cuba berebut telefon ditangan Annur Ayesha. Annur ayesha tertawa.

"Nakalnya isteri abang ni kan. Sayang..sayang. mari sini." Firdaus terus menarik tubuh isterinya lembut lalu diberikan kucupan mesra di kepala Annur Ayesha.

"Dah siap kemas kan? Jom rehat." ujar Annur Ayesha manja sambil melentokkan kepalanya di dada Firdaus.

"ya sayang. nasib baik esok cutikan? Kalau tak, pengsan la abang. Esok abang nak beli barang-barang dapur pula. Kosong je peti ais tu tak ada apa."

"Terima kasih tau abang. Sha suka sangat rumah ni. Cantik sangat. Dapat juga merasa duduk rumah sendiri kan abang."

"Sama-sama sayang. Abang buat semua ni untuk sayang dan baby kita tau. Abang sayang sangat dengan Annur isteri abang ni. Abang nak jaga sayang baik-baik. Sayang ni amanah abang tau." ujar Firdaus tersenyum manis. Annur Ayesha mengangguk lalu memeluk erat tubuh suaminya.

"Sha pun sayang abang. sha harap sampai bila-bila pun abang sayang sha. I love you so much."

" I love you too, sayang." Firdaus menghadiahkan kucupan lembut dibibir Annur Ayesha. Isterinya itu membalas mesra. Bahagianya saat ini dia rasakan.

Cinta Annur untuknya adalah anugerah yang paling indah dalam hidupnya. Dia bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah membuka hati wanita itu untuk menerima cintanya. Demi Allah, dia sangat menyayangi suri hatinya itu. Firdaus amat berharap, semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi rumah tangganya. Cinta dan sayangnya semakin menebal terhadap Annur Ayesha. Lebih-lebih lagi bila isterinya itu sedang mengandungkan zuriatnya.

"Mari sini abang picitkan kaki sayang. lepas tu kita rehat ya. Awak ni kena rehat. kesian baby tau." 

Annur Ayesha tertawa bahagia.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now