Bab 14

484 9 2
                                    

Pagi-pagi lagi Annur Ayesha sudah bangun. Hari ini dia bertekad dan bersungguh hendak mencari lubang-lubang kerja. Sudah beberapa bulan menanam anggur dirumah yang tak ada hasilnya.

Pejam celik pejam celik, usia perkahwinannya juga sudah sebulan. Tapi hubungannya dengan Firdaus masih sama. Dingin dan kaku bagi pihaknya. Hanya Firdaus yang tak jemu dan letih saban hari cuba mengambil hatinya.

Annur Ayesha terasa ada benda berat melingkar pada pinggangnya. Dia tahu itu tangan milik Firdaus. Annur Ayesha hendak bergerak tetapi tak boleh. Dia terkaku disitu. Dia mengiring membelakangkan Firdaus. Tetapi lelaki itu semakin rapat dan dekat dengannya. Annur Ayesha tak dapat lelapkan mata. Dia terasa hembusan halus lelaki itu pada tengkuknya. Meremang bulu romanya.

Annur Ayesha cuba mengalihkan tangan sasa lelaki itu. Dia gagal. Gusar jika lelaki itu terjaga dari tidurnya. Dia benar-benar rasa tidak selesa. Semakin dia cuba alihkan semakin erat pula pelukan lelaki itu. Dia ni tidur ke tidak?

Kali ini Annur Ayesha cuba menolak kuat sedikit. Tapi pegangan lelaki itu kuat. Dan dia tak mampu menolak.

"Annur nak pergi mana?"

Tiba-tiba Firdaus bersuara namun matanya masih lagi terpejam. Annur Ayesha terdiam. Terkebil-kebil matanya. Alamak mamat ni mengigau ke? Dia pandang sekilas wajah Firdaus, dalam kesamaran cahaya lampu tidur itu dia lihat Firdaus masih lagi lena. Sah mengigau mamat ni!

Terus Annur Ayesha menolak kuat tubuh Firdaus, tetapi tangan Firdaus masih tetap melingkar dipinggangnya, kuat! Annur Ayesha mengalah, badannya yang kecil itu sememangnya tak mampu menolak tubuh sasa Firdaus.

"Annur..kenapa ni tak tidur lagi? Tidurlah.. Esok abang nak kerja."

Annur Ayesha menelan air liurnya mendengar suara romantis Firdaus. Air liur yang ditelan terasa pahit. Tak semena-mena Firdaus memalingkan tubuhnya. Mereka kini bertatapan antara satu sama lain. Firdaus tersenyum kepadanya. Sedangkan wajahnya nampak gusar dan takut melihat renungan Firdaus yang tepat pada matanya.

"Sha..err..sha.." Dia sudah mula kalut. Tak mungkin dia perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri malam ini. Tak mungkin! Dia tak bersedia dan tak mahu! Tangan Firdaus mula bergerak dan mengusap wajahnya. Annur Ayesha terasa hendak menangis pabila Firdaus mula mendekati wajahnya. Annur Ayesha memejamkan mata.

Sebaik sahaja kucupan Firdaus mendarat pada dahinya serta-merta air matanya tumpah. Dia teresak kecil.

"Ya Allah..Annur sayang! Kenapa nangis ni? Hei...sini buka mata tengok abang." Firdaus menyoal risau.

"Annur..." lembut suaranya memanggil lagi. Tak lama kemudian perlahan-perlahan Annur Ayesha membuka matanya. Terhenjut-henjut bahunya menahan esakan. Terasa dipermainkan pula, Firdaus seolah-olah sengaja menakutkannya. Bertambah geram hatinya melihat Firdaus yang tersenyum-senyum memandangnya.

"Dah...shhh..jangan nangislah." Pujuk Firdaus sambil menyeka air matanya. Annur Ayesha jadi malu tiba-tiba. Apahal aku ni buat drama bagai malam-malam macam ni? Dia cium dahi kau je la! Kau je yang fikir bukan-bukan! Marah Annur Ayesha dalam hati.

"Kelakarlah Annur ni. Kenapa sampai menangis ni?" Soal Firdaus sengaja. Dia tertawa kecil. Annur Ayesha mengesat sisa air matanya. Geram bercampur malu.

"Err..tak..yang aban..err kau.." tak sempat dia menghabiskan kata-kata Firdaus meletakkan jari pada bibirnya.

"Annur..abang minta satu je boleh tak? Please janganlah ber 'aku' 'kau' dengan abang. Dulu elok je Annur panggil abang. Abang tahu Annur tak suka dan benci pada abang. Tapi tolong..jangan guna lagi perkataan tu."

Annur Ayesha terdiam. Ada getaran dalam nada suara lelaki itu. Dia membuang pandang ke arah lain kerana Firdaus masih tetap merenungnya. Dia terasa lingkaran pada pinggangnya dilonggarkan sedikit. Dia tahu Firdaus terasa dengannya.

Lelaki itu tak faham ke? Tak penat dan letih memujuknya? Dia masih belum boleh menerima perkahwinan ini. Tetapi kenapa Firdaus tidak faham?

"Annur tidurlah ya. Dah lewat ni..abang pun nak tidur. Esok nak kerja. Satu saja yang abang nak Annur tahu, abang benar-benar sayangkan Annur. Annur isteri abang yang solehah..InShaaAllah." usai menghabiskan kata-katanya Firdaus terus mengucup ubun-ubunnya, agak lama. Annur Ayesha memejamkan matanya. Tidak tahu apa yang dia rasa. Bukan sekali dua lelaki itu ucapkan rasa sayang.

Tidak serik, Firdaus terus memeluk tubuhnya seperti malam-malam yang sebelumnya. Entah kenapa tiba-tiba Annur Ayesha rasa dirinya dilindungi.

"Sha!"

Lamunan Annur Ayesha termati serta merta. Wajah Firdaus hilang dalam bayangannya. Sesusuk tubuh Mama muncul dimatanya.

"Eh..Ma..kenapa?"

"Amboi Sha..dari tadi Mama berdiri dekat pintu. Panggil tak menyahut. Khusyuk sangat tengok laptop tu." Ujar Mama yang sudah berdiri disebelahnya.

"Teringat cik abang ke?" Mama mengusik. Annur Ayesha mengeluh kecil.

"Ish, tak adalah ma. Merepek jem. Ni hah ma..susah juga nak mencari kerja sekarang. Kebanyakkannya nak yang ada experience." Annur Ayesha berdalih agar Mama tak mengusiknya lagi. Matanya masih lagi tertancap pada skrin komputer riba miliknya. Hadiah pemberian Abah semasa ulang tahun kelahirannya tahun lepas.

"Susah-susah sangat kerja satu ofis dengan Abang Fir je la. Abang Fir beritahu ada satu department nak ambil staff baru. Annur tu memilih sangat. Lagipun senang. Pergi sama, balik sama. Takde la mama risau sangat. Dahlah mari turun makan. Mama dah siap masak." Ujar Mama lalu melangkah pergi.

Annur Ayesha terdiam mendengar omelan Mama. Kerja satu tempat dengan Firdaus? Memang taklah!

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now