Bab 5

612 8 0
                                    

"Well done! I'm impressed!"

Puji Sir Ilham sebaik sahaja kumpulan Annur Ayesha selesai membuat pembentangan. Kumpulan yang terakhir sekali. Bunyi tepukan gemuruh daripada rakan-rakan sekelas mereka bergema diseluruh dewan kuliah mungkin kerana gembira ini adalah kelas yang terakhir dan berakhirnya segala tugasan atau pun turut kagum dengan pembentangan mereka. Annur Ayesha tak kisah asalkan semuanya berakhir dengan sempurna.

Annur Ayesha menarik nafas lega. Terlepas satu beban. Segala pembentangan sudah selesai. Kini hanya tinggal menunggu waktu unntuk peperiksaan akhir sahaja. Dia lihat Hana mencapai begnya dan mengambil sebotol air mineral. Sekali teguk je. Haus sangat agaknya. Peluh-peluh kecil merecik diwajahnya. Cepat-cepat dia lap menggunakan tisu.

Selepas memberi ucapan hormat dan kata-kata semangat untuk menghadapi peperiksaan, Sir Ilham beredar meninggalkan dewan kuliah. Suasana yang tadinya hening bertukar riuh dengan suara-suara rakan sekelasnya. Masing-masing bersorak gembira. Gembira sangat macam dah bergraduasi lagaknya. Ada yang berborak-borak, yang berselfie.

"Weh korang..good luck final exam ni. Maafkan aku kalau ada salah silap sepanjang semester ni. Ni last..lepas ni masing-masing buat haluan sendiri. Yang sambung belajar. Yang kerja..tak kisahlah apa-apa kahwin ke. Selamat maju jaya!"

Salim selaku wakil kelas tiba-tiba bersuara. Pelajar yang aktif dalam segala aktiviti. Berjawatan dalam pelbagai kelab yang diceburi. Masing-masing bertepuk tangan. Yang perempuan bersalam-salaman, berpelukkan minta maaf sambil berlaga-laga pipi. Biasalah perempuan.

* * *

Di rumah, Annur Ayesha sedang bersiap-siap. Petang tadi Misha sudah berjanji nak belanja mereka makan malam. Ikutkan hatinya dia malas nak pergi. Tapi melihat Misha yang sudah memuncung sedepa dia tukar fikiran. Nak jaga hati kawan. Lagipun, rezeki jangan ditolak.

Macam biasa dia memang agak ringkas orangnya, seluar jeans, t-shirt lengan panjang serta shawl. Shawl berwarna ungu jadi pilihannya. Dia tak suka mekap. Sekadar bedak dan pelembap bibir cukup untuknya. Tak seperti Hana, pergi pasar malam pun nak bermekap, dia memandang ke arah Hana yang sedang memakai eyeliner.

"Orderlah apa yang korang nak makan." Ujar Misha sambil tersenyum lebar setibanya mereka di Restoran Selera Rasa. Apa lagi Dira dengan Hana ambil peluang. Ikan siakap tiga rasa, telur dadar, tom yam campur, sup daging. Amboi ini makan ke melantak ni?

"Sha..kau nak makan apa?" Misha menyoal. Sedari tadi Annur Ayesha hanya mendiamkan diri berbanding Dira dan Hana yang teruja.

Pelayan lelaki yang berdiri disisi meja mereka turut menanti Annur Ayesha membuka mulut.

"Bagi roti bakar dengan jus epal je la dik." Annur Ayesha bersuara. Budak lelaki tadi mengangguk dan berlalu pergi.

"Makan roti je ke Sha? Diet?"

Annur Ayesha diam. Soalan Dira dibiarkan saja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia tahu teman-teman serumahnya itu perasan akan perubahan dirinya. Memang pelik. Daripada seorang yang banyak cakap jadi pendiam memang sah ada sesuatu yang tak kena. Bukan sehari dua mereka kenal.

Entahlah, tak tergerak pula mulutnya nak membuka cerita. Berkongsi masalahnya. Lagi pun masa tak sesuai.Waktu itu mereka sama-sama sibuk menyiapkan tugasan, masing-masing tengah serabut. Akhirnya Annur Ayesha memilih untuk berdiam diri.

"Kau kenapa, sejak dua menjak ni kau ingat kitaorang tak perasan ke perangai pelik kau? Kau ada masalah..share share la. Macam tak biasa pulak." Ujar Dira. Nak bandingkan Hana dan Misha, dia lebih banyak berkongsi masalah dengan Dira. Bukanlah bermaksud dia tak nak berkongsi dengan mereka, tapi dia lebih selesa dengan Dira. Dira lebih memahami jiwanya.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now