Bab 7

523 10 0
                                    

Pantas waktu berlalu. Peperiksaan telah pun berakhir. Waktu yang amat dinantikan para pelajar setelah berhempas-pulas mengorbankan waktu tidur untuk menelaah pelajaran.

Pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan. Terserlah kegembiraan pada wajah masing-masing. Annur Ayesha hanya memerhati dari jauh. Alangkah bagusnya jika dia dapat bergembira seperti itu. Tapi realitinya tidak. Berakhirnya peperiksaan, maka dia semakin hampir dengan perkara yang paling dia tak ingin sekali. Kalau masa dapat diputar kembali pasti dia akan mengubah keputusannya. Namun, semuanya sudah terlewat.

Dia sudah tak mampu berfikir lagi. Kalau diikutkan hati hendak saja dia lari. Tapi, dalam masa yang sama dia tak ingin mengecewakan Mama dan Abah dengan tindakannya. Annur Ayesha mengeluh berat.

"Hai, Ayesha. Jauh menung..teringat siapa?" Tiba-tiba Madam Ju menegur. Wanita yang memiliki sepasang lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.

"Eh Madam. Err..tak ada apalah Madam." Annur Ayesha membalas seraya tersenyum kepada wanita itu. Tangannya mula mengemas alat tulis dan dimasukkan ke dalam beg.

"Yalah tu awak ni. Lama saya perhatikan dari dalam dewan lagi. Kawan-kawan awak semua happy, awak termenung kenapa?" Soalnya. Annur Ayesha mengawal gelodak hatinya. Aduh, macam manalah aku tak perasan.

"Er...yalah madam. saya sedihlah..sekejap je dah nak berpisah dengan kawan. Macam sekejap sangat waktu tu berlalu. Lepas ni mungkin kami dah buat haluan sendiri. Yang mana sambung belajar, yang memilih untuk kerja." Entah dari mana timbul pula idea itu difikiran Annur Ayesha. Jawapan klise yang dia berikan kepada Madam Ju. Rata-rata pensyarah yang mengajarnya dia memang rapat dengan Madam Ju. Sehingga ada beberapa pelajar fikir dia hendak membodek pensyarahnya itu supaya dapat markah lebih. Annur Ayesha buat tak peduli saja. Mulut orang bukan boleh ditutup.

"Biasalah tu. Life must go on Ayesha. Apa yang kita lalui sekarang ni, inilah perjalanan hidup kita. Yang penting, kena sentiasa kuat dan tabah walau apa pun rintangan yang berlaku." Ujar Madam Ju sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya menyerlahkan lagi keayuannya.
Annur Ayesha mengangguk.
Eh, apa yang madam cakap ni macam kena pula pada situasi aku. Madam boleh baca fikiran aku ke? Desis hatinya.

"InShaaAllah..terima kasih Madam." Annur Ayesha tersenyum.

* * *

Firdaus mengetuk-ngetuk jari-jemari pada stereng kereta toyota Vios miliknya. Sesekali dia melemparkan pandangan ke sebuah rumah. Memerhatikan gerak-geri seseorang.

Agak lama menanti, dia mencapai cd zikir terapi Hafiz Hamidun dan terus memasangnya. Kepalanya disandarkan. Sesekali bibirnya turut mengalunkan zikir seiring dengan suara Hafiz Hamidun.

"Ingat ya Fir. Jangan lupa ambil Sha. Ma dan Abah tak sempat. Abah ada meeting...ma pula nak jumpa kawan dah janji." Pesan Mama masih terngiang-ngiang ditelinganya.

Pertama kalinya, Mama dan Abah meminta dia mengambil Annur Ayesha pulang sekali. Kebiasaannya Mama dan Abah yang ambil. Dan yang pasti gadis itu memang tak pernah mahu pulang bersama-samanya!

"Sha, apa yang kau terhegeh-hegeh lagi ni? Mari sini aku tolong. Tu kesian abang kau tunggu lama." Ujar Dira. Tangannya sudah mencapai bagasi milik Annur Ayesha.

"Dira...aku tumpang kau boleh? Hantar ke stesen bas. Biar barang-barang aku je naik kereta dia."

"Kau ni biar betul Sha? Dah, kau jangan nak buat kerja bukan-bukan. Tiket confirm dah habis." Dira buat muka pelik. Berkerut-kerut dahinya mendengar kata-kata Annur Ayesha. Annur Ayesha mendengus. Dira tak pedulikannya. Barang-barang Annur Ayesha sudah dia bawa ke luar rumah.

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now