Bab 31

306 5 0
                                    


Suasana meriah memenuhi ruang rumah Mak Long. Suhaiza sudah selamat bertunang. Majlis yang diadakan sungguh meriah walaupun hanya ahli keluarga sahaja yang diundang. Annur Ayesha mengucapkan syukur dan tumpang gembira akhirnya Kak Suhaiza sudah selamat bergelar tunangan orang. Mudah-mudahan panjang jodoh mereka. Lagi pula, ikatan mereka tidak lama hanya 3 bulan sahaja. Pihak lelaki mahu mempercepatkan pernikahan Kak Suhaiza bersama tunangnya.

Kak Suhaiza nampak manis sekali berpakaian berona merah jambu sesuai dengan orangnya. Terpancar kelegaan pada wajahnya dan terutama sekali Mak Long. Mak Long nampak gembira. Gembira kerana akhirnya hati Kak Suhaiza sudah terbuka untuk menerima seseorang dalam hidup.

"Alhamdulillah..congratulations kak!" ucap Annur Ayesha sambil memeluk mesra tubuh Kak Suhaiza. Kak Suhaiza membalas erat.

"Thanks Sha...eee leganya akak. tapi nervous jugak, tiba-tiba nak menikah cepat."

Annur Ayesha tertawa.

"Alah, takpelah kak. Lagipun tak elok bertunang lama-lama. Sha tengok family Abang Ammar tu pun baik. Beruntung akak.."

Suhaiza tersenyum malu.

"Yalah, bersyukur akak. eh, Sha...pergilah makan dulu. tu dari tadi akak tengok cik abangnya terintai-intai cari awak. Pergilah teman dia makan." ujar Suhaiza sambil melirik mata ke arah pintu kamarnya. Firdaus sedang berdiri di muka pintu sambil tersenyum.

Annur Ayesha tersenyum nipis.

Semenjak kejadian tempoh hari, hubungannya dengan Firdaus semakin dingin. Dia benar-benar terasa hati. Walaupun berulang kali Firdaus meminta maaf dan memujuknya tapi dia hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah jugalah dijawab.

"Akak tak makan sekali? Jomlah."

"Takpe, akak tuan rumah. Sha pergi makan dulu ya..akak nak borak dengan kawan-kawan akak sekejap lagi. Pergilah teman Fir tu makan. Kesian dia tunggu Sha dari tadi. Sha pun akak nampak macam tak sihat je ni...kurus je badan. Kenapa?"

"Eh mana ada. Sha sihat. Cuma penat sikit je. Biasalah sejak kerja ni..banyak nak kena buat." jawab Annur Ayesha.

Suhaiza tersenyum. Mungkin adik sepupunya itu ada masalah bersama Firdaus. Namun dia tak mahu ikut campur urusan rumah tangga orang.

"Sayang, jom makan." Firdaus memanggil beberapa ketika kemudian. Annur Ayesha mengeluh perlahan. Kak Suhaiza melirikkan matanya ke arah Annur Ayesha. Kemudian, Annur Ayesha meminta diri dan mengikut Firdaus.

* * *

Semasa dalam perjalanan pulang, Annur Ayesha membatukan diri saja. Mereka tak dapat bermalam disana. Hanya Mama dan Abah saja yang tinggal. Mama dan Abah ingin melawat kebun arwah Pak Long.

Sambil memandu, sesekali Firdaus memandang wajah Annur Ayesha. Sekarang, sukar sekali dia hendak lihat wajah kesayangannya itu tersenyum. Dia tahu silap dia. Melampau sangat menuduh isterinya begitu. Sampai ke sudah, tak dapat dia hendak memujuk Annur Ayesha.

Perlahan tangannya mencapai tangan Annur Ayesha. Lalu digenggam erat. Tak ada penolakan daripada Annur Ayesha. Dia hanya membiarkan dan diam sahaja. Melihat ada perubahan positif, Firdaus mengucup pula tangan mulus itu. Sungguh dia rindu sekali.

"Sayang, marah abang lagi ke? Abang minta maaf. Abang tahu salah abang. Abang rindu sangat kat sayang." ucap Firdaus sayu.

Annur Ayesha hanya diam tak berkutik.

"Sayang..please. Janganlah macam ni. Terseksa jiwa abang. Abang tak sanggup tengok sayang macam ni. Kesihatan pun merosot. Makan pun kurang. Tadi ramai dah saudara mara tegur sayang. Badan kurus sangat. Nanti mereka fikir abang tak pandai jaga Annur pula." keluh Firdaus.

"Kenapa perlu fikir pasal orang? Asyik fikirkan orang saja." bidas Annur Ayesha kemudian. Firdaus menarik nafas panjang.

"Bukan macam tu maksud abang, abang ni risaukan sayang. Kalau ya pun marahkan abang janganlah seksa badan tu. Tempoh hari jumpa doktor, apa yang doktor cakap? Abang tanya sayang tak nak jawab sakit apa. Abang risau tengok keadaan sayang."

"Sha sihat dan tak ada apa-apa sakit. Sha cuma penat kebelakangan ni. Macam-macam fikir, macam-macam masuk dalam kepala ni. Semua orang nak hentam Sha..apa Sha ni tak ada perasaan ke?"

Firdaus tersentak. Terasa dengan kata-kata Annur Ayesha. Tahu memang ditujukan buat dirinya.

"Tak ada ke orang yang boleh faham Sha? Dari dulu lagi, Sha turut apa yang orang nak. Walaupun Sha berkeras..tapi Sha turutkan juga. Tak ada siapa yang faham hati Sha. Kenapa? Abah minta Sha kahwin dengan abang, Sha turutkan walaupun Sha tak pernah setuju!"

Tersentap hati Firdaus. Cepat-cepat dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Habis tu, Annur menyesal kahwin dengan abang? Jadi selama ini hubungan kita ini seperti apa?"

Annur Ayesha terdiam. Matanya sudah berkaca. Tak sedar apa yang telah dibicarakan. Firdaus pula menahan sesak di dada. Menahan amarah.

"Annur tak pernah cintakan abang bukan? Apa yang Annur buat dan zahirkan selama ini hanya lakonan semata-mata? Betulkan cakap abang? Please jawab soalan abang. Abang nak dengar." tegas Firdaus.

Sepi.

Hanya esakan tangis yang kedengaran. Meruntun hati Firdaus. Tak sanggup dia hendak mendengar jawapan dari bibir wanita itu. Wanita kesayangannya.

"Maafkan Sha. Sha tak boleh paksa diri Sha. Sha tak cintakan abang. Sha hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. itu sahaja."

Firdaus bungkam. Jawapan yang tidak ingin dia dengar.

Benarkah?

Jadi selama ini hanya dia yang terhegeh-hegeh? Hanya dia yang memberi tetapi Annur Ayesha tidak ikhlas menerima dirinya? Ya Allah, berikan aku kesabaran. ucap Firdaus di dalam hati.

Benarkah sayang? Tolong tarik balik kata-kata itu. Namun kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. Tak sedar Firdaus mengalirkan air mata. Disekanya perlahan.

Sesak dadanya.

Suasana jadi hening seketika. Mereka berdua sama-sama menangis. Tak mampu meluahkan apa-apa lagi. jawapan Annur Ayesha bagaikan batu besar yang menghempap kepalanya. Firdaus memandang sekilas wajah kesayangannya itu.

"Kita balik ya sayang. Sayang rehatlah." itu sahaja yang terucap dibibirnya. Lantas Firdaus mengumpul kekuatan dan kembali memandu dengan tenang. Fikirannya berkecamuk, tetapi dia tak ingin mengikut emosi.

Annur Ayesha menangis lagi.



AUTHOR'S NOTE:

Assalammualaikum. To all readers, saya akan menghabiskan cerita ini secepat yang mungkin. Terlalu sibuk dan tak ada masa hendak menulis. Terima kasih sudi baca karya yang tak seberapa ni. Terlalu banyak cacat cela..tapi saya akan cuba habiskan segera.

Harap masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat.

Happy reading :)

Cinta AnnurWhere stories live. Discover now