Tragedi arwah Ibu Daira
Namun malang tidak berbau, arwah ibu hanya wujud di dalam hati Daira manakala terkuburnya arwah ibu di sempadan kubur Islam . Ini kerana meninggal dunia sewaktu membeli hadiah Daira sebelum hari jadi Daira.
"Bangau oh bangau...Kenapa engkau kurus...Macam mana aku tak kurus..Ikan tak timbul -timbul.." Daira menyanyikan lagu yang dibawa oleh ibunya .Sedang Daira menyanyi ,tiba tiba dua tapak tangan seorang menutupi matanya. Daira tersenyum kerana sudah biasa berlaku begini.
"Cuba teka siapa ni " Farhan si abang Daira membuat suaranya menjadi kecil.
"Ha!Ha!Ha! " tergelak Daira apabila abangnya berjaya membuatnya gembira.
"Kalau suara kecil macamni mestilah abang Farhan!" Daira meneka dengan senangnya.
Farhan tersengih sahaja lalu mencubit pipi Daira yang gebu itu .
"Eee . Takitt aahh ! Tangan dah la besharr ! " Nadaira mengejek lalu mencebik.Adakah abangnya telah lupa akan perkara istimewa pada hari ini.
"Mehh ikut itew mehh " Farhan mengajuk ajuk cara percakapan Nadaira lalu dia mendukungDaira dan terus pergi kedai patung dengan menaiki motorsikal kepunyaan arwah ayah mereka.
"Pi mana ? Eli hadiah untuk kita eh ?"Nadaira sudah tersengih lebar selebarnya apabila dia berharap dapat beli teddy bear lebih besar dari patung dia itu .Abang Farhan yang sedang menunggang motor arwah ayah itu menahan gelak .
"Hadiah untuk ibu .. Lupalah tu . "
"Haa ah !!! Itew beli apaa abanng?"
"Baju .. "
"Eh, tedai patung ada baju ke ? "
Lantas motosikal arwah ayahnya terhenti.Farhan menepuk dahi dia berkali kali .
"Bodohnya aku . "
Nadaira sudah tergelak terbahak bahak.Walaupun Nadaira masih budak tetapi dia mempunyai pemikiran yang matang .Nadaira memberi cadangan kepada abang Farhan iaitu membeli baju di pekan.Muka Farhan menahan merah akibat kebendulan diri sendiri.
----
Ibu Daira yang berdiri di atas tanah itu sedang memilih baju untuk anaknya manakala sebelahnya pula seorang wanita berusia 20-an yang memegang duit yang dimilikinya sedang mengira wang untuk membayar.
"Berapa dik , baju ni sekali dengan teddy bear yang kat atas meja tu ?" Ibu Daira berhasrat membeli hadiah untuk Nadaira pada hari jadi Daira yang ke 7 tahun .
"Rm 50 cik .. " Seorang perempuan yang menjual baju baju di pekan itu mengatakan jumlah harga baju itu . Ibu Daira membuka dompet yang telah lapuk itu untuk mencari duit lebih.Dompet ibu Daira tidak setebal orang kaya.Di dalam dompetnya , duitnya cukup cukup untuk beli hadiah Daira. Ibu Daira dengan berat hatinya untuk membayar wang keseluruhan itu.Detik detika ketika ibu Daira ingin menghulurkan wang berharga RM 50..
"Pencuri !!!!!!"
Ibu Daira terkejut apabila suara itu datang dari sebelah dia. Ya itu adalah wanita yang tadi.Muka yang cantik itu kelihatan bengis apabila melihat wajah ibu Daira. Ibu Daira heran akan sikap perempuan tadi.Duit yang berharga RM 50 yang dipegang oleh ibu Daira ditarik .
"Duit aku lah bodoooo!! "Wanita itu menjerit sekuat hatinya sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan.
"Erm , ini duit saa-"
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomansaBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...