Nearly

1.2K 53 4
                                    


Perut sudah kenyang. Alhamdulillah . Bersyukur kepada Allah. Farhan mengambil air untuk minum. Dia meneguk perlahan . Mengamati rasa air jus epal. Banyak khasiat.

Pipi Daira letih tersenyum senyum pasal abangnya tadi. Dia sudah fikir abangnya minat pada Aruna. Tapi memang lawak betul gelagat Farhan tadi. Hahaha! Muka dia merah gila . Tak pernah aku tengok. Dah macam orang buat salah je.

Gelagat Farhan membuatkan Daira rasa lucu. Dia menyendeng bahunya ke Faehan. Bibirnya dekat ke telinga Farhan dan berbisik" Kau tanya soalan pakwe makwe ni.. kat Aruna . Ada hati ke kat dia ? Aipp.. aipp.. ''.

COUHHHHH!

Hidung Farhan termasuk air jus epal yang dia sedang minum. Air jus epal terkeluar laju daripada mulutnya sebab tersembur. "Adehh ! Adeh ! Hidung masuk ayorr !!'"

Aruna berhenti makan. Terkejut. " Awak okay ke Farhan ? "

"Awak nampak muka saya ni okay ke?''

Aruna menggeleng.

Belakang badan Farhan ditepuk oleh Daira dengan kuat. Habis bergoncang badan Farhan macam gempa bumi. Daira hendak menenangkan abangnya tapi tak kena cara.

"Ah, stopp it.. stopp it..'' Pinta Farhan.

Dia menarik tangan Daira yang menepuk belakang badannya macam nak bunuh . Hidungnya berasa sakit. Sebab hidung terhirup air jus epal . Pedih.

"Abang , ok ke ? Sorry lah tak sangka soalan adik tu pun abang terkejut.. ''

"Aku okay . Aku okay. Dah tak payah nak tepuk aku. Rasa macam kena tumbuk je .. ''

Farhan malu. Malulah tersedak depan awek aku suka ! Boleh pulak adik aku tepuk aku macam aku ni bola keranjang.
Itu pun nasib aku dapat tahan sakit. Jatuh maruah aku fuh.

" Kau ni minum macam mana sampai boleh tersedak. Macammana nak jadi suami kalau macam ni. Eyhh. '' Usik lagi Daira.

"Oi, adik ! Tak ada kena mengena tersedak dengan kahwin. Sewel ke apa? Ke hang tak sabar nak kawin. Suka sangat sakat aku nii.. '' Pipi Daira ditarik tarik oleh Farhan di hadapan Aruna.

"Auchh !!! '' Tangan kanan Daira menggosok perlahan pipi kirinya. Terasa sakitnya sampai ke tulang pipi. Mesti merah.

Di situ, Aruna hanya ketawa kecil bak perkataan orang putih chuckle.

**************************
Angin bernari nari di luar hospital sehingga mencengkam bulu roma Syakqif . Syakqif duduk di penjuru tingkap. Menghirup udara segar. Breathtaking.

Bunyi cengkeriklah yang sudi menemani Syakqif di hospital kala sendirian. Tingkap hospial itu terbuka luas dan dia merehatkan badannya di tepi tingkap. Lihat bangunan berlampu lampu hidup waktu malam. Cantik.

Dia termenung fikirkan kehidupannya. Segala benda masuk ke dalam fikirannya termasuklah Daira. Sudah puas matanya lembam kerana nangis. Sekali lagi perasaan sedih itu buru dirinya dan air mata jatuh kerana dia teringat kejadian di kenduri itu .
Dia rasa dia terlambat . Terlambat untuk memiliki Daira.
"Hahahahaha!"

Kadang kala dia terasa gila. Stres.

Dia ketawa sendirian. Di kala ketawa itu, matanya basah dengan air mata yang membanjiri.

'Kenapa kau selalu ego , Syakqif ? Kenapa baru baru ni kau baru je nak sayangkan Daira.... ? Kenapa kau baru sedar Syakqif?!! Daira, kau tak suka aku ke? Kau tak ingat ke masa kecil kita selalu bersama. Kau mesti ingatkan masa kita kecil aku selalu ajak kau pergi kat tasik tu.. Kita simpan surat masing masing dalam lubang pokok. Apa kau tulis dalam surat tu? Kau tulis pasal aku kan ? Heh! Aku rasa aku dah gila kat kau. Aku ternanti nanti jawapan kau ... Bodohnya aku!! Aku rasa bodoh. Hati aku hancur!!! Hancur dengar ayat daripada Shaari yang dia boyy-friend kau? Bukan ke selama ni kau tak suka kaple.. Kau sendiri yang bagitau kat aku... Hati aku sakit!! ' Rintih serintih hatinya ingin menjerit satu bangunan sehingga pecah tingkap. Sakitnya penyakit dia lagi sakit cinta ini. Dia bersumpah dia rela dapat sakit penyakit ini daripada sakit cinta. Dan dia tewas. Kedua duanya datang membinasakan dirinya. Tapi sakit penyakit itu reda. Kian sembuh. Berbeza pula sakit cinta ini, adakah akan pulih begitu saja ? Hilang sekelip mata ? Kenapa masih rasa sakit? Kenapa aku tak mati saja?!

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now