Part 20- CONFESS!

2.1K 76 6
                                    


 Beberapa minggu telah berlalu, barang keperluan dapur dicari oleh Shaari untuk makan malam. Oleh disebabkan dia duduk di rumah sewa seorang diri, dia terpaksa masak sendiri. Tiada teman, tiada hiburan. Bosan.

 Kaki Shaari diatur perlahan berjalan di Tesco. Shaari tunduk melihat telefon sambil menolak troli perlahan lahan menuju ke tempat barang dapur.

Di tangannya asyik memegang telefon. Menunggu panggilan dari Daira. Tapi tidak ada pun. Entah mengapa sejak mereka balik dari Universiti, Daira tidak pun cuba menghubungi dia melainkan Shaari yang menghubungi Daira.

Tapi.... Mengapa beberapa minggu ini Shaari tidak dapat hubungi Daira? Gagal. Asyik tak boleh.

Di fikiran Shaari ligat memikirkan Daira. Bagaimana dia sekarang? Apa dia buat ? Adakah selama ini Daira sihat?

Shaari menekan punat telefon . Shaari mencari nama Daira lalu menekan panggilan telefon.

Tut..

Tut..

Tut..

Hampa.. Tidak jawab.

Diulang sekali lagi perbuatannya.

Tut.. Tut.. Tut..

Sangat mengecewakan.

Gagal. 

Kali ini , Shaari cuba menghantar teks mesej kepada Daira . Matanya fokus pada teks di paparan skrin. Dia berasa sangat tidak puas hati, terasa dirinya terhina, ditinggalkan. Tapi.. Sabar tetap sabar. Jari jemarinya ligat menekan-nekan huruf yang tertera di hensetnya itu sambil tangan kirinya menolak troli ke depan perlahan-lahan. Tiba tiba daya untuk tolak troli itu terasa berat. 

Shaari mengerut dahi. "Kenapa berat pulak ni troli..?"  

Matanya fokus menghantar teks. Namun, troli itu cuba ditolak lebih kuat lagi.

"Ah!" Suara perempuan menjerit dihadapannya.

Pantas Shaari mendongak melihat kepunyaan badan suara itu. Terkejut.

Di hadapannya seorang perempuan yang telah jatuh terduduk setelah terlanggar troli itu. Kelihatan perempuan itu mengerut kening menahan kesakitan di kakinya itu kerana tersepak sudut kaki troli besi itu. Dia memegang kakinya itu sambil mengosok berkali kali. Di tepi sebelah perempuan itu, bersepah roti biskut, keropok keropok di atas lantai itu.

Membulat mata Shaari apabila perempuan itu terjatuh kerana kesalahanan Shaari jalan tanpa tengok depan. Shaari malu dan dia menarik troli itu ketepi.

"Er.. Saya minta maaf. Erm.. Saya tak sengaja. Awak okay ke ? Tak ada lukakan ? Ke nak saya bawa awak pergi hospital ? " Ucap Shaari sambil tunduk.

Perempuan itu tidak balas malah dia mengutip keropok keropoknya yang terjatuh sekali tadi. Hatinya sangat panas kerana oleh seorang lelaki itu yang tidak sopan. Boleh pula lelaki itu tanya dia okay ke tidak. Padahal sakit dan bukannya mahu tolong.

"Tak apalah. Terima kasih sajalah. Tak ada luka pun . Terima kasih banyak banyak." Kata perempuan itu sambil tunduk mengambil barang barang itu. Dia langsung tidak memandang wajah lelaki yang langgarnya. Menyampah.

Shaari melihat perempuan itu dengan penuh rasa kasihan. Akhirnya dia menolongnya.

"Biar saya kutip barang awak. " Cakap Shaari dengan lemah lembut. Fikiran pasal Daira terus hilang sebentar apabila berjumpa dengan perempuan ini. Shaari duduk untuk senangkan dirinya mengutip barang barang yang terjatuh itu selain keropok . Banyak sungguh barang perempuan ini, dia buat kenduri kendara ke?

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now