Kemunculan awak

1.5K 64 2
                                    

Mereka sedang makan nasi bersertakan ayam masak rendang dihujung sudut kenduri itu .

"Daira , kau ambil kos tu kan.. Senang tak ? " Najah bertanya.

Daira geleng. " Tak juga. Sebab kerja ni perlukan model untuk aku lukis. Stres duh. "

Daira kembali makan.

" Oh, kesiannya kau. Habis tu kau ambil siapa jadi model lukisan kau ? "

Daira mengunyah dan menelan nasi itu sambil pandang kosong kepada Najah.
Ingin saja sebut nama lelaki itu, tapi nanti mereka banyak tanya pula.

Bibir merah Daira perlahan lahan menyebut .

"Syakqif. "
**

Seorang budak kecil menarik-narik lengan baju Syakqif itu . Ketika itu , Syakqif ligat membantu perempuan remaja yang mengedarkan kotak kecil berisikan gula dan keropok.

" Abang, kita nak satu ... Mereka dapat kotak tu tapi kenapa kita tak dapat ? " soal adik itu. Mukanya muncung sangat. Sedih tak dapat apa yang orang lain dapat.

Syakqif menunduk. Dia mengukirkan senyuman. Lantas dia memberikan kotak kecil itu pada adik itu.

" Nah , ini untuk adik. Tapi abang bagi dua kotak ! " laung Syakqif .

Muka adik itu terpancar kegembiraan. Tangannya lekas mengambil dua kotak itu. Melompat lompat dia dapat dua kotak sehingga pipi tembamnya itu bergetar.

"Yay !!! "

Syakqif berdekah . Dia merasakan budak ini sangat comel. "Hahaha ! Adik ni awat cute sangat ? Nama adik apa ? "

Adik itu memandang ke atas untuk melihat Syakqif. " Najmi."

"Comel nama. Macam tuan badan juga."

Najmi sengih. "heeee.. "

**

"Assalamualaikum. " Sapa Solehah dari belakang.

Tersadar ke belakang Daira sebab terkejut. Daira memandang Solehah .

" Waalaikumusalan. "

Serentak kawan Daira jawab salam itu.

Solehah duduk di sebelah Daira. " Terima kasih lah sudi hadir ke kenduri abang aku . Lain kali datang pula kenduri aku. Hihi ! "

Daira yang fokus makan itu layan saja karenah tuan rumah kenduri ini. Kalau bukan kerana abang Farhan, belun tentu dia dah keluar pergi kenduri. Mungkin tersadai di ruang tamu menonton televisyen.

"Meriah eh kenduri ni.. Rendang ayam ni sedaplah . Siapa yang masak ni ? " Najah soal. Manakala aku masih berdiam diri mengunyah nasi.

" Kami upah orang katering jaa.. Tak tau sapa dia. Sebab aku tak tengok pun sapa yang masak ayam rendang ni . Huhu. "

Langkah tapak kaki muncul dari belakang Daira. "Assalamualaikum.. " Suara garau menyapa.

" Waalaikumusalam " semua pakat jawab.

"Shaari ! Marilah makan kat sini .. " laung Solehah . Riak mukanya gembira.

Mata Daira membulat.

Dia tercekik.

Keek!

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now