Tiba tiba hati Farhan terdetik untuk mengajak Syakqif datang ke rumah. Lebih baik ajak si Syakqif itu dari aku bermain permainan ini seorang diri.
Farhan meraba raba telefon bimbitnya itu. Sudahlah main PS4 dalam keadaan gelap, inikan pula hendak mencari telefon bimbit yang berwarna hitam itu. Nasib baik telefon bimbit ada dalam poket. Kalau tidak, langsung tak jumpa sampai ke esok hari!
Farhan menelefoni Syakqif.
Tut...Tut...Tut..
"Mak, siapa yang telefon tu. Tolong angkatkan!"Syakqif yang sedang mandi itu menjerit. Syakqif mengeluh. Haish, siapalah telefon aku tengah mandi ni.. Tadi masa aku tak mandi tadi langsung tak bising pun Samsung S5 aku!
Cik Kamsiah termengah mengah mencari Samsung S5 milik Syakqif.Cik Kamsiah punyalah penat memasak, tiba tiba disuruhnya angkat telefon budak itu. Haish, nak tak nak terpaksa angkat panggilan.Samsung S5 yang terletak di atas meja disambar. Butan'Accept' ditekan. Talian mereka dihubungkan.
"Assalamualaikum Syakqif..." Farhan memberi salam.
" Waalaikumusalam." Balas Cik Kamsiah.
" Weh, eh.Eh.Eh. Kejap kejap." Farhan berasa pelik.
Selama ini tak pernah perempuan yang angkat telefon Syakqif.
"Awak siapa? Syakqif mana?" Tanya Farhan.
" Ni mak dia. Awat? Mung sapo? Dia tengah mandi." Cik Kamsiah mencekak pinggang. Budak mana lah Syakqif berkawan ni . Entah baik atau jahat kawan Syakqif ni.
"Oh. Saya kawan dia. Ada hal la. Hm, tak apalah kalau macam tu. Nanti lepas dia mandi suruh dia call saya balik. Thanks angkat, makcik." Ujar Farhan. Malu pula nak ceritakan hal sebenar.Lebih baik tak bagitahu.
"Hem ? Itu je . K"
"Waalaikumusalam."
Talian dimatikan. Terguris sedikit hati Cik Kamsiah ni sebab Farhan gelarkan dia makcik. Kalau boleh, mahu saja beri sepakkan percuma si budak tu. Kamsiah memang pantang kalau ada sesiapa menggelarkan dia seorang makcik. Biarlah fizikal sudah tua janji jiwa muda.Tua tua pun masih cantik okay!. Kamsiah terus ke dapur kembali memasak.
**
Seperti biasa Kamsiah memberitahu pada Syakqif bahawa Farhan menelefoni dia tadi dan disuruh datang ke rumah kawan Syakqif..
Apa yang terlintas dalam fikiran Syakqif adalah Nadaira. Syakqif tersengih apabila disuruh ke sana. Tak pernah Farhan ajak aku ni. Mesti Daira dah balik. Kopiah dipakai atas kepala. Wajib bagi dia untuk nampak macho.
Syakqif berlari lari anak ke keretanya itu. Pintu kereta dibuka. Enjin kereta dipanaskan. Hati berkobar kobar ingin melihat Nadaira. Deruman enjin memecah suasana pekan itu. Kereta Ferarri itu berlalu pergi.
Rindunya kat Daira.
"Aku tak sabar ! Aku tak sabar nak jumpa kau Daira! Aish, rindunya aku kat kau! Excited sungguh aku ni!! Mesti kau lagi comelkan Daira... Ah, rindu rindu rindu!" Syakqif bercakap seorang diri. Tercalit senyuman yang gembira. Sangat gembira.
**
Syakqif terpinga pinga di luar pagar rumah banglo dua tingkat milik Farhan itu sambil mengucap salam.
"Assamualaikum! Oh.. Ada orang tak! "
"ASSAMUALAIKUM!!" Jerit Syakqif.
Jeritlah dia sekuat hati dari luar itu, Farhan tidak akan mendengarnya melainkan kalau dia tekan loceng yang berada di situ. Yela, Farhan kat dalam rumah.
![](https://img.wattpad.com/cover/31830709-288-k653692.jpg)
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomanceBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...