Peluh menitik di dahi Syakqif. Gusar hatinya untuk mengetahui siapa calon yan emaknya pilih. Tangannya menyeka peluh di dahi.
Sesekali matanya beralih ke arah pandangan lain selain mata Cik Kamsiah.
" Kenapa? Beritahu dengan mak, ada yang tak kena ke?" Soal cik Kamsiah memerhati raut wajah Syakqif yang resah itu.
Tersengih Syakqif walaupun resah. "Hehe, tak ada yang tak kena. Gini, mak.. Hrmm, siapa perempuan yang pinang tu?"
Cik Kamsiah mengurut dada. "Lah, itu je ke? Tunggu je la nanti hang jumpa Isnin minggu depan. Baru tahu. "
Syakqif menundukkan kepalanya. Mengharapkan jawapan, penat dengan teka teki ini. " Emak, tapi kalau Qif tak suka perempuan yang emak pinangkan macam mana ?"
" Syakqif, jangan fikirkan lah. Emak pilih wanita yang baik untuk kamu."
Cik Kamsiah ingin menutup pintu balik tapi tangan Syakqif pantas menahan pintu.
"Eh, eh! Emak.. Tolonglah bagitahu siapa dia." Merayu Syakqif, monyok muka.
Tersentak cik Kamsiah .
"Hish, jangan ganggu mak nak tidur! "
BAM!!
Pintu bilik itu dihempas kuat oleh Cik Kamsiah. Nasib tangan Syakqif sempat mengelak dari tersepit pintu. Nak tergugur juga jantung Syakqif apabila cik Kamsiah menjeling ke arah matanya. Entah kenapa emaknya suka berahsia pasal pertunangan padanya. Padahal ini adalah masa depannya.
Hurmm...
"Berhadapan je lah dengan gadis tu. Redha jelah. " Pasrah Syakqif.
****
"Assalamualaikum! "
Suara orang memberi salam terdengar sayup sayup oleh Farhan. Telur yang digoreng cepat cepat dikalih ke pinggan makan lalu disimpan ke dalam tudung saji.
"Aish, dah ada punat loceng tu bukan nak tekan. Nasib baik aku belum pekak lagi. " Farhan mengomel, kakinya berjalan malas ke ruang tamu lalu ke pintu hadapan.
Farhan membuka pintu utama lalu matanya terus melihat orang yang memberi salam. Terlihat sekujur badan berdiri sedang melambai lambai ke arahnya.
"Abang! " Jerit Daira.
"Oi, kejap aku buka pagar! " Ujar Farhan sambil mengambil kunci pagar auto di atas raga motor itu. Tangannya mengenggam kunci itu lalu menekan butang suis on.
Automatik pintu pagar terbuka sehingga Daira melangkah masuk ke dalam rumah barulah pintu pagar itu ditutup kembali.
" Aruna mana ? "
Soalan itu pertama yang keluar daripada mulut Farhan sebaik saja Daira berjumpanya.
"Eee , dia ada lah ! Aruna masuk lah." Panggil Daira, dia pergi ke belakang pagar tersebut. Dilihatnya Aruna sedang menunduk, jari jemarinya memegang erat pada sebelah tangannya.
"Eh, kau kenapa ni?" soal Daira.
Aruna cepat memaut lengan Daira.
"Aku.. aku malu." ujar Aruna seperti cacing kepanasan.
"Kenapa ni?"
Tiba tiba terpacul Farhan di tepi pagar itu sedang melihat mereka berdua. Nampak sahaja Aruna, Farhan tersengih gembira.
" Hai, Aruna. Panas ni, jom masuk. " Pelawa Farhan dengan sopan.
Terkonco konco Aruna membawa beg rodanya masuk ke dalam sehinggakan Farhan yang menolongnya angkat. Di sebelah Aruna, Daira berasa geram.
Kata malu, tapi bila abang aku tegur. Seronok pula dia tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
Storie d'AmoreBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...
![Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]](https://img.wattpad.com/cover/31830709-64-k653692.jpg)