Farhan berlari mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Sudah pukul 6.30 pagi , memang dah lewat baginya. Biasanya dia bangun sebelum subuh , tapi macam manalah jam pendering tak berbunyi waktu tu. Rasanya dah set alarm awal awal semalam. Tapi harini macam ada tak kena. Sengaja jam pendering tak nak gerakkan Farhan yang tidur macam badut sarkas yang pemalas.
Seperti biasa , Farhan menyembur perfume lelaki kesukaannya di badan dan bawah ketiak. Barulah wangi macam baby. Tak adalah melekit nanti waktu kerja.
Dengan segaknya dia menyikat rambut yang skema itu. Sekilas dia memandang cermin , bibirnya mengukirkam senyuman kepada pantulan dirinya.
Heh, Skema mana pun rambutku . Aku tetap nampak hensem dan kacak. Hidung aku sudahlah mancung , bibir pula kemerah merahan. Perempuan perempuan mana yang tak cair tengok aku ! Aku pun cair tengok muka aku ni. Baiklah, aku sedar muka aku ni macam Zayn Malik. Aw.
Lenguh pipinya sejak Aruna minta nombor telefonnya kerana asyik tersenyum seronok. Rasa macam tak bertepuk sebelah tangan pun. Tapi Aruna masih belum call atau mesej dia pun. Hmm, itu buat Farhan kecil hati.
Nafas berat dilepaskan, ' aku mengaku aku telah jatuh cinta pada seorang beragama berbeza. Namun , cinta tak dapat sesiapa halang melainkan tuhan. Hanya tuhan saja mampu ubahkan hati aku . Aku tak dapat tahan rasa cinta ni dah lama dah. Berikan aku kekuatan menempuhi dugaan ini , kau temuikan cahaya petunjuk pada Aruna..'
"Abang!!! Aruna nak jumpa kau ! ' Jerit Daira di ruang tamu.
Kata kata Daira memecahkan keyakinan diri Farhan.
Terpacak bulu roma Farhan ketahui kehadiran Aruna.
"HAHHHH!! '
Terbeliak biji mata Farhan . Baru teringat semalam Aruna nak bawa gulai kari untuknya.
Farhan melihat cermin kembali.
Tiba tiba rasa tak hensem sebab tak ada keyakinan diri nak berjumpa dengan Aruna yang gojes itu. Baru perasan hidung macam buah jambu. Bibir merah macam kena gigit dengan labah labah.
Cedih.
******"Assalamualaikum Farhan.. ' Ucap Aruna tersenyum senyum sambil memegang bekal lauk.
Salam? Dia ucap salam? Farhan terkejut.
"Waalaikumusalam.. Aruna. Hai.. ''
"Ape khabar ? Hmm, saya dah janji nak bagi awak rasa kuah kari saya masak. Inilah diaaa!''
Aruna menghulurkan bekalan lauk dengan sekali nasi di dalamnya yang masih panas.
"Eh, awak masak untuk saya ke ? Terima kasih Aruna.. Tak sangka pula awak nak masak. Mesti sedap ni. Buat susah susah je awak datang sini. '
Farhan membuka penutup bekal itu untuk melihat kuahnya. Tekstur pekat. Umm, sedapnya.
" Sebenarnya saya masak untuk keluarga. Saya masak banyakkan jadi ada lebih tu saya bagi kat awak. Lagipun saya sebenarnya memang teringin nak masakkan sesuatu untuk awak.''
Muka Farhan sudah merah. 'Thanks Aruna. You are so nice to me. Bersyukur kenal awak , Aruna. Eh awak tak mesej nombor saya pun sebab saya nak balas mesej awak. Because i hope we can be more than f-- '
"Waarghhh !!!!' Sergah Daira daripada belakang untuk membuat Farhan terkejut.
"Wowowowocppocociti!!! " Terlatah Farhan bila disergah. Macam kena renjatan elektrik. Lagi sekali , jatuh kehenseman dirinya. Tak jadi Farhan nak meluahkan perasaannya. Memang waktu tak sesuai. Dengan lambat masuk kerja lagi. Aduh.

YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomansaBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...