Habis saja mereka berborak , masa Aruna berada di rumah Daira sudah tamat apabila jam menunjukkan sudah lewat. Burung hantu bersahut sahutan seraya cengkerik bernyanyi.
Kalau dia lepak di rumah Daira sampai lewat malam tak elok buat dirinya sebab dia kan seorang perempuan. Lagi lagi dia kena balik jalan kaki seorang diri nanti. Kalau tadi pukul 9 Aruna datang tak apa lah juga keran ada ramai orang lalu lalang di sekitar kawasan perumahan. Tak adalah rasa diri terancam.
'Abang !!!" Panggil Daira apabila Aruna mengadu ingin balik ke rumahnya. Di dalam bilik tidur , Farhan sibuk fokus bermain game 'Life is strange'. Satu cerita perempuan yang pelik yang mempunyai kuasa melangkau masa dijadikan permainan Ps4 .
Aruna melihat jam dinding. Sudah pukul 11.00 malam. Dah lambat sangat ni.
"Apeeee?! ' Suara Farhan bergema di ruang bilik tidurnya dan dapat didengar oleh Aruna dan Daira. Dia tidak keluar pergi ke ruang tamu kerana sibuk.
Aruna menarik baju Daira. Mukanya agak cuak." Kenapa kau panggil dia?'
Nasib tidak menyebelahi Aruna . Daira tidak layan Aruna malah terus memanggil Farhan.
"Abang, Tolong hantar Aruna ke rumahnya. Dah lewat ni.! '
"HAAAAA?!'' Tercengang Farhan. Hantar perempuan balik ke rumah? Tak pernah dalam sejarah hidupnya dia hantar perempuan balik rumah.
'' Kejap ! Nak pakai baju tebal jap.''Sahut Farhan sambil menutup suis Ps4.
Pantas Aruna mencubit Daira apabila tahu Farhan sudi teman dia pulang ke rumah dan mukanya sudah kemerah merahan menahan malu. " Tak payahlah... Aku tak suruh pun. Kau ni, buat susah susah je kan. '
Berkeriut keriut dahi Daira menahan sakit. "Adedeideidei , Sakit. Sakit. Sakit. Tapi kan dah lambat . ''
Pintu bilik Farhan dibuka oleh Farhan . Dia memakai baju sejuk dan menyinsing lengannya sambil menuju ke arah mereka.
Cepat cepat Aruna menarik tangannya kembali daripada mencubit Daira. Dia menunduk dan rasa marah kepada Daira. Aku boleh balik sendirilah . Aku bukannya budak budak kena teman dengan orang lebih dewasa. Hmm.
"Nak naik motor ke ? Malulah. Nanti kawan kau peluk aku. Melting aku masa bawa motor. " Ujar Farhan kepada Daira sambil kenyit mata.
Daira menampar bahu Farhan.'' EE ,Gatalnya hang !! Dah , pergi hantar dia balik. Tapi bawa kereta lah. ''
Pinggang kiri Daira dicuit cuit oleh Aruna. Aruna merapatkan bibirnya ke telinga Daira . '' Tak payahlah suruh. Aku malulah dengan abang kau tu .. Tak manis lah''
"Eh , kau ni malu malu kucing pulak ! Kau tengok jam dah lewat kan. Kau fikir jalan kat lorong tu selamat lah?'' Geleng kepala Daira.
Acuh tak acuh Aruna tahan malu. Sampai hati kau marah aku depan abang pujaan hati aku ni. Malu aku.
"Ish, adik janganlah marah kawan kau. Suka hati je nak marah kawan kau. Abang faham perasaan dia. Tapi tak apa Aruna, saya tak buat apa apa pun kat awak. Saya nak hantar awak pulang dengan selamat je. " Kata Farhan dengan bangga. Ini kali pertama dalam sejarah dia hantar perempuan balik. Perasaan ini terasa macam diri ini hensem dan ada girlfriend sendiri . Hahaha!
Tidak mahu panjangkan cerita,mereka menaiki kereta Farhan . Kalau naik motor , memang taklah Aruna naik. Nanti timbul pula daripada pandangan negatif daripada netizen.
**************************
Farhan memandu perlahan sebaik saja mereka sampai di depan rumah dan dia menekan brek agar kereta berhenti ditepi jalan.''Dah sampai. Percaya kan saya tak buat apa pun kat awak. Ish , risau sangatlah awak ni . You have to trust me . I am good person you know , Aruna. '' Puji Farhan kepada diri sendirinya serta dia mengetip gigi .
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomanceBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...