Gelas kaca itu dituang air Oren oleh Cik Kamsiah lalu dia meletakkannya di atas dulang. Sambil berjalan menghantar air Oren ke bilik anaknya , mulutnya bersiul menyanyi lagu Ziana Zain .
Bontotnya bergegar selagi kakinya melangkah maju ke depan dengan hayunan yang kuat."Sudah puas ku menghitung doa agar kau berubah berpaling membentuk impian kita!!.. "
Cik Kamsiah mengetuk pintu itu dengan kiraan tiga kali.
"Mak ada buat air oren ni.. "
Kedengaran suara menjerit cepat dan bunyi punat joystick ditekan berkali kali.
"Woii!! Jangan tendang tepi , dungu!"
"Sekejap makcik! Saya datang. " Sahut Farhan disebalik pintu itu. Dia bangun dan membiarkan Syakqif dan Amin bermain PES. Lagipun dia seorang diri saja yang tak buat apa apa , sebab PES boleh main 2 Player je . Hurm.
Pantas dia membuka pintu
"Hah, makcik buat air oren untuk kome ni.. Minum dulu sementara makcik buatkan nasi goreng kampung.. " Ujar Cik Kamsiah sambil memberi Farhan dulang yang berat kerana gelas gelas dan Jag air.
"Baik betul makcik harini . Cukup je lah air Oren pun dah buat saya teringat makcik. " Kata Farhan sambil mengenyit mata.
Istigfar cik Kamsiah dengan telatah Farhan. Cik Kamsiah senyum tersipu sipu.
"Mak, buat saja nasi goreng kampung! Dorang tak merasa lagi makanan syurga mak ! " Syakqif mencelah. Matanya masih ligat memandang bola yang dibawa oleh pemain MU.
Pintu itu ditutup oleh Cik Kamsiah sejurus berkata.
"Mestilah mak masak! "
******
Aruna mengamati mata Daira. Iris mata yang besar itu berwarna hitam langsung tidak berkedip. Mengharapkan sesuatu darinya setelah Daira menanya pendapat.
Kerutan dahi Daira jelas dia tidak menipu yang memang benar dia dipinang oleh seseorang."Kahwin awal pun bagus juga. Tak ada lah kau buat maksiat tanpa ikatan halal. Kan? Biar pun aku bukan beragama Islam, tapi aku belajar sikit sikit. Aku dengar kawin awal ni lagi banyak dapat pahala. Bercinta lepas kawin . Hihihiks sweet! " Jelas Aruna.
" Esh, tapi aku umur 19 tahun. Tak terasa muda ke?" Soal Daira.
"Hey, ada je budak sekolah kawin. Umur 13 tahun pulak tu. Kau ada? Bahagia .. Uhukw sweetttnyaaa !"
Daira terdiam. Perlukah aku terima pinangan orang itu? Tapi Syakqif? Dah lama aku tak contact dia sudah hampir masuk setahun. No telefon Syakqif aku tak dapat hubungi. Kepercayaannya terhadap aku mesti pudar. Mesti dia sudah lupakan aku. Hmm , bagaimana hidupnya sekarang ?
Daira menutup mata.
"Tapi siapa orang yang bakal jadi suami kau weh?" soal Aruna.
Dupp!
Jantung Daira berdegup kuat. Baru terfikir siapa nama lelaki tersebut.
Aku main terima je pinangan tu. Mana tahu muka berkedut , gigi tak ada dan umur sudah cecah 70 an . Um, takut!"Siapa weii? " Soal lagi Aruna apabila Daira diam diri.
"Ermm, aku tak tahulah. Yang aku tahu abang aku yang jadi pihak berunding. Mesti hensemkan? Tak mungkin bakal suami aku berkedut. Hehe.." Jawab acuh tak acuh Daira.
Tangan Aruna menyepak peha aku. Mukanya berubah marah. Keningnya mengerut.
"Aduuh!"
" Macam mana kau ni bakal husband pun tak kenal ? " Tanya Aruna sesekali dengan memarahi Daira.
![](https://img.wattpad.com/cover/31830709-288-k653692.jpg)
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomansaBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...