Kenapa Part 24

1.5K 64 4
                                    


"Assalamualaikum.." Suara Shaari menyapa memberi salam.

 Semua orang yang berada di situ menjawab salam Shaari termasuk Daira kerana menjawab salam hukumnya wajib. Tapi hatinya terasa berdebar - debar. Kerana orangnya memberi salam itu mempunyai cerita yang berkaitan dengannya. Maksudnya Shaari orang yang terdekat pada Daira.. Ya , Daira dah tinggalkan Shaari tanpa kata putus . Tanpa berkata kata. Tinggal dalam kegelapan.

Najah yang perasan muka muram Daira itu menyapa dia. " Hei, Daira. Kenapa muka kau macam tak suka je ? Kau okay ke ? Tak sihat ke?  " 

Shaari terpaku ketika hendak berjalan ke arah Solehah dan duduk di sebelah Solehah. Betulkah dia mendengar nama Daira yang disebut oleh Najah ? Tanpa pesanan dan kata, Daira berlalu pergi dari hidup aku. Kali ini aku temu dia kembali ? 

Daira geleng kepala. " Mana ada.. Okay je.. Tercekik je.. Huhuhu. " 

Daira senyum tawar dan kembali makan.

 "Shaari , kenal tak kawan kawan lama kita ? Kawan sekolah menengah kita dulu ? " Solehah bertanya kepada Shaari. 

Dia mengangguk . " Mestilah kenal. " 

Solehah mula berteka teki dengan Shaari  sambil menunjuk Diyah kepada Shaari."Hahh, yang tengah makan gelojoh siapa ? Haha! Tak akan tak kenal kann.. " 

 Dia tertawa kecil sambil mata bulatnya memandang ke arah Solehah.  "Mestilah Diyah yang pandai bi tu kan ? Betul tak ? " 

 Solehah tersenyum sambil pandang mata Shaari. Hati dia terasa perasaan berbeza sewaktu itu. 

"Hahaha. Betullah awak teka. Hmm yang tengah makan tertunduk tunduk itu sapa pulak ? Kenal ke ? Muka dia sekarang dah lain sikit. Semakin lawa pula dia tu.. Cer teka ? " Kali ini Solehah soal Daira kepada Shaari. 

Shaari memandang Daira. Senyumannya terpadam apabila memandang Daira. Dia diam. Kenapa perlu dia yang aku tekakan ? Padahal aku dah lama kenal dia... Dan aku sedih .... Rasa macam bodoh je.. Tapi ada ke dia ambil peduli tentang aku sepanjang aku bercinta dengan dia? Tak ada. Aku tahu ..... Sakitnya hati ini , Daira.. Sakit sangat.

"Ermm, S-sshaaari .. ? Erm. Hellooooooo ? " Solehah melambai lambai tangannya pada depan muka Shaari .

Shaari tersedar. "Erk , aaa.. Ye. Hello .hello . hello. " 

"Termenung ekk ? Dah sah tak kenal si Daira tu hahaha. Dia Daira la awak .Tak payah nak fikir sangat la sampai termenung tu. Teruk tengoknya muka sampai muncung." Solehah dan kawan lain turut tertawa melihat gelagat Shaari.

**

 Peluh yang mengalir didahinya dibiarkan. Syakqif terus berjalan di sepanjang khemah kenduri itu dan memberi buah tangan kepada tetamu yang datang sehinggalah dia bertemu dengan sekumpulan perempuan dan seorang lelaki itu sedang makan bersama sama. Dia menyapa mereka. 

"Oit.. Makan tak ajak ."  Kata Syakqif sambil memandang lauk pauk di atas meja itu .  Mereka menjengah ke atas melihat Syakqif . 

" Huii . Brader . Apa khabar weh? " Shaari tegur apabila melihat Syakqif berdiri melihat mereka makan. Badan Syakqif melekit lekit. Kerja keras ni...

Syakqif terpaku melihat Shaari. " Wow, ni kau ke bro ? Shaari ? " 

Shaari mengangguk . 

Syakqif menepuk nepuk bahu Shaari yang sado itu . " Dah sado eaa kau .. " 

"Hahaha. Memanglah.. Selalu pergi gym sekarang ni..."

Mereka meneruskan perbualan..

Daira sedar akan kehadiran Syakqif. Hatinya berdegup kencang .. Aduh, malunya.... Dia ada juga ke di kenduri ni ? Dia nampak aku tak ? Ermm, tapi dia sembang dengan Shaari... 

"But the way , kau ada makwe tak ni badan bersado sado ni ? Dulu kemain sotong(read:lembut) ya kau ni . "  Perli Syakqif sambil pandang dia atas dan bawah . 

"Eh mestilah ada.  Tuuuuu yang tengah makan tuu.. " Shaari sudah sengih bunga (read: bangga) sambil menunjuk gadis pilihannya kepada Syakqif. Syakqif terus melihat gerangan perempuan itu cantik ke tidak . Tak sabar..

Tapi..

Mata Syakqif terjegil.

"Daira? " 

Shaari angguk. "Yes . Comelkan ? Dah kaple sejak beberapa bulan lepas dah ... Sejak dia masuk U sama dengan aku .. Aku start kaple ngan dia.. " 

Masing masing terpaku . Najah dan Solehah saling memandang aku.Daira  terdiam dan mengerut dahi... Terkejut apabila nama Daira yang disebut..

"DAIRAA? "

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now