part 7

2.9K 97 2
                                    

 Seminggu sudah berlalu, keadaan disana sudah membiasakan Nadaira.Walaupun jadualnya penuh tetapi kehidupan disana cukup selesa. Daira mempunyai kawan baru iaitu Aruna.Aruna seorang gadis berbangsa india dan mengambil bahagian jurugambar di Universiti Sarawak itu. Aruna kawan bilik dormnya.

Aruna ini dikira baik dan lawa pada pandangan Daira.Dia suka mengambil berat tentang Daira seperti menanyakan khabar tentang si Farhan abang Daira.Hihi, sudah tentu kawan Daira ini macam minat terhadap abang dia.Walaupun dia berbangsa India malah dia mempunyai kulit putih.

Makan Dherbs terlajak laris ke? Kalah Daira.

"Daira, abang kau tu kacak tak ?" tanya Aruna yang sedang melipat baju bajunya itu.

"Haih..Sejak menjak aku cerita tentang abang aku ni..kau asyik tanye je?Ada hati ke ?"Ngomel Daira sambil makan biskut.

Tiba tiba Aruna menoleh ke tempat lain.

Senyum.. suka.

"Mana ada..aiyaa.. gua punya sukala ini tanya."

Dari padangan mata tepi Daira sudah tahu bahwa dia sedang tersengih sengih sambil menuduk.Aiyaa , awek ini sudah mahu tambat hati abang aku maa ..

"Nak tau ke?"Daira tersenyum.Ayat itu adalah 'trap' untuk Aruna.

"Mestilah mahu!" Terus sahaja Aruna padang ke arah Daira dengan membulatkan matanya.

Astagfiruallahazim,nasib Daira tak sakit jantung! Bukan apa, Aruna ini tempel bedak sejuk dekat muka dia!

"Haaa..sesak nafas.hehe"

"Kamu asma ya?"

"hehe tak tak.." Daira membohonginya.

"Habis tu.Tarak papa la ni ?" Aruna sambung melipat kain kain yang berlonggok itu.

"Ye..Abang Farhan tu macam Zayn Malik."

"Apa Zayn Malik itu? Aiyaa, saya tak tengok tv neiii."Aruna mengaru garu kepalanya..

"Jap jap."Daira mengambil henset disebelahnya lalu mencari gambar abangnya.Daira menunjuk gambar abangnya memakai baju melayu dengan belagak kacak.Puih romeo sangat! 

Sekejap Aruna tersenyum dan termenung. Ish, dah sah angau!

Daira kembali menonton televisyen.

"Hensemnya macam ajis satar!" Jerit Aruna melihat gambar Farhan itu.  Hatinya terasa berdentum dentam. 

Daira tersedak. BAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Itu dia kata macam  Aziz Satar ? Ha!Ha!Ha! Putus wayarkah Aruna ni? Aziz Satar kan pakcik tua! Kawan aku ini jujur ke? Kalau abang aku dengar pasti merajuk setahun dengan Aruna.

Daira gelak terbahak bahak. Tidak habis gelak dari tadi.Aruna hairan gelagat Daira itu.Sudah kenapa dengan dia ini? Elok saja aku puji abang dia terus gelak..

"Eh, kau dah kenapa gelak macam hantu? Ajis Satar tu bukan comel ke?" Soal Aruna sambil mencebik.

"Aduh. Ha!Ha!Ha! Pontianak pun pontianak la.Aziz Satar ke Alif Satar ?"Daira sengih sengih apabila hatinya tercuit. Kelakar sungguh Aruna ! Seronok juga kawan dengan berbangsa India ni.

"Entah. Aiyooo saya bukan tahu sangat ini artis malayu deii..."Aruna langsung tidak pandang ke arah Daira akibat tersalah sebut nama.Dia terus menyambung melipat kain. Malu.

Daira mencuit cuit bahu Aruna. Sengaja!

"Uiit Vanekem..Aiyooo . amaa.Tak payah la dey." Latah Aruna apabila terkejut. Nasib malang apakah yang menimpa dirinya pada hari ini? Haiyo, habis terkeluar aku punya loghat India, nasib mulut aku tak makan saman.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now