Buku kecil kau

1.6K 66 12
                                    

Solehah memandang ke tepi untuk melihat siapa tegurnya. Hairan , selalunya tempat dia lepak tak ada siapa tegur dirinya. Maklumlah dia pun pendiam lagi pemalu. Kawan pun tak ramai. Demi menjaga pergaulan antara ajnabi .

"So..lehah ? " Shaari sedikit terkejut. Tak sangka itu adalah Solehah. Kalau dia tak kenal Solehah, dah tentu jatuh hati buat sekali lagi . Sebab sejuk mata memandang.

" Eh.. ?" Solehah pelik. Bila masa mamat yang aku cinta ni ada kat sini ? Aku tak perasan pun.

Shaari sengih. " Kau buat apa kat sini? Aku nampak kau tulis sesuatu dalam buku kecil warna pink ala ala comel gitu. Hihihi" Gelak Shaari sambil menunjuk buku kecil berwarna pink atas peha Solehah .

'Buku berwarna pink ? Eh, dalam buku tu ada kata luahan hati aku tentang dia ! ' Getus hati Solehah sebaik saja Shaari tegur buku diarinya itu. Cepat cepat tangannya mengambil buku itu meletakkan di tepi sebelahnya agar Shaari tidak tegur. Kalau Shaari rampas buku kesayangan aku , hancurlah maruah aku sebagai seorang perempuan yang menaruh harapan pada seorang ajnabi.

"Tak adalah. Aku tulis ayat ayat biasa je. " Kata Solehah.

"Ayat apa tu ? "

Duduk yang tadinya berjarak agak jauh, dirapat lagi agar Shaari dapat dengar suara Solehah yang perlahan.

" Adalah.. Kau pula buat apa kat sini? " Solehah cuba menepis soalan dan dia cepat berganjak ke hujung agar tidak terlalu rapat. Tak manis.

Perlahan lahan Shaari dongak ke depan melihat langit dan tersenyum. " Joging dan untuk aku hilangkan rasa sedih. "

Menyedari ke mana arah mata Shaari , Solehah turut memandang ke atas. Awan awan mendung bentuk hati tidak bercantum buat hatinya terusik.

"Oh, dekat sini tempat aku buang rasa duka. Rasa yang merosakkan hati aku. Jadi kita pergi sini dengan tujuan yang sama. "

Shaari mengangguk. Rasa kebetulan semua ini. Kalau boleh dia nekad untuk menjerit tapi bila wujudnya kehadiran Solehah buat dia tersempit untuk jerit.

" Kalau kau sudi beritahu apa yang buat kau sedih .... Aku sedia nak dengar.. Pendam seorang diri tak boleh juga. Seelok eloknya kau kena luah melalui orang ke  .. Buku ke.. Mana mana je lah." Solehah memandangnya.

Shaari tersentak. Hatinya sedikit terbuka untuk luah apabila termakan kata kata Solehah. Hal ini dia tidak pernah beritahu kepada sesiapa sebab .. Tiada yang sudi pinjamkan bahu. Tiada teman sejak akhir ini .

"Aku ni bagaikan orang yang menunggu sesuatu yang sia sia. Tak membawa manfaat pada diri aku. Dan pilihan yang aku buat adalah kesilapan yang bawa kesan pada diri aku. Aku sayang dia.. Tapi dia hancurkan hati aku.. Dia benci aku..."

Kata kata Shaari melintas benak hati Solehah. Adakah dia sama seperti aku yang mengharapkan perkara sia sia? Apakah maksud dia ? Kau tak nampak aku ke , Shaari ? Aku cinta kau.

Shaari senyum tawar , sedangkan hatinya sudah lebih menangisi menahan perit ini. Bohonglah dia, jika dia mengatakan dia tidak sedih.

"A-aku benci kau.. ! " Suara Daira berlegar dalam fikiran Shaari lagi.

Tipulah dia jika dia katakan dia tidak malu selepas Daira ungkapkan tiga perkataan yang melukakan hatinya.

Jika dia ada kuasa , dia mahu ubah jalan ceritanya.

"Maksud kau Daira? Kau tunggu Daira ?? "

Shaari angguk. Air matanya keluar dan turun perlahan. Dia mengelap air matanya itu.

" Bersabar. Kadang kadang kita kena belajar melepaskan orang kita sayang. Itu pengorbanan. Lihat dia bahagia pun sudah cukup. Rindu ? Kalau Shaari rindu dia , cukup dengan doa. Kadang kadang kita lawan rindu tu , boleh jadi syahid kecil , Shaari sebab kita berjuang melawan nafsu kita. Mungkin dia bukan jodoh kau sebab Allah dah tetapkan jodoh yang lebih baik dan bagus." beritahu Solehah. Kata kepada orang tapi berbalik juga kepada dia. Hal yang sama.

"Terima kasih ,Solehah. " Ucap Shaari.

Nasihat daripada Solehah itu menyinggah di ruang fikiran berulang kali. Ada betulnya. Walaupun pahit tapi sebaliknya ganjaran yang banyak. Sebaliknya, kita kena terima hakikat dan redha. Suara lenggokan merdu Solehah yang tadi betul betul memberikan ketenangan menusuk dalam hatinya seperti selembut awan di langit. Alangkah indahnya jika begini setiap hari.

Solehah hanya tenang dan membalas dengan senyuman. Mereka saling melihat awan di langit. Tiada borak. Suasana kembali bisu dan kabus tebal dirasakan semakin menipis. Fikiran Solehah menggamit kenangan kembali dimana mereka kali pertama berjumpa setelah habis sekolah menengah. Dari situ mula turunnya hati dan kebahagiaan dan kemanisan. Tidak sangka Shaari lah orang yang dia sukai. Orang yang meluahkan masalah cintanya jugalah dia cintai.

Solehah dari tadinya sudah lama duduk akhirnya berdiri dan ingin pulang ke rumah. Sudah cukup masanya dia pergi.

"Aku balik dululah , Shaari. Ingat pesanan aku. Kalau tak sudi ambil buat diri kau , aku tak kisah. "

Shaari mengecilkan matanya. " Nak balik dah ? Awal lagi.."

" Aku dah lama duduk kat sini dari tadi. kau pula baru je duduk. Lenguh juga duduk lama lamakan . Lagipun hati aku dah tenang sikit dah." Ujar Solehah sambil memandang Shaari.

"Oh. Tak apalah kalau macamtu. Aku harap kita dapat jumpa lagi macamni erk. Terima kasih la sudi dengar luahan aku. " Shaari cuba berlagak biasa, berlagak seperti tidak ada apa apa yang berlaku walaupun air mata masih terlekat di pipi bujurnya itu.

"Assalamualaikum. " Solehah terus berpaling dan berjalan berseorangan ditepi pokok pokok itu. Dia ralit memikirkan tentang kisah Shaari dan Daira sehingga terlupa ada benda penting yang tertinggal. Benda yang umpama nyawanya sendiri. Buku kecil itu.

**

Shaari menarik nafas lega. Akhirnya hatinya tenang. Dia berharap selepas ini Solehah sudi dengar kisahnya lagi lebih dalam.

Shaari bangun dari kerusi pallet dan merenggangkan otot ototnya untuk bersambung berjoging. Sekilas matanya terpandang sudut kerusi pallet yang Solehah duduk. BUKU KECIL DIA ?

Eh, dia lupa nak ambil buku kecil dia ke ? Macammanalah perempuan ni boleh buat lupa pula buku dia.

Shaari pegang buku itu dan melihat nama yang tertera disitu. NUR SOLEHAH BT JAlUDIN.

"Sah buku dia yang beria dia sorok tadi . " Shaari pelik kerana Solehah beria ria sorok buku kecil ini daripadanya. Mesti ada tak kena.

Perlahan lahan dia membuka buku itu dan menyelak muka surat..

Muka surat pertama. Biodata tentangnya.. Muka surat kedua cerita dia tempoh hari ...

Sehinggalah Shaari menyelak muka surat terakhir..

*Isi dalam muka surat tersebut.*

C . I . N . T . A .

' I l o v e y o u , S H A A R I  N A U F A L .

Setiap hari aku bertanya pada diriku..

Setiap hari aku bertanya pada bayang diriku..

Apa tak kena? Kenapa perlu aku menangis hari itu di kenduri?
Siapakah Shaari Naufal dalam hati aku sehingga aku menangis.
Kenapa aku rasa sayang ? Hati aku tak pernah rasa gembira macamni bila jumpa dia..
..

Benar kata org tua , cinta tak semestinya hadir dlm masa lama tetapi cinta juga muncul dlm wktu yang singkat..

Ya Allah , kenapa aku suka dia ? Kenapa aku cinta dia ? Berikan aku jawapan ..

Jika benar dia jodoh aku , maka kau dekatlah dia.. Aku sayang dia.

L O V E L Y S O L E H A H .

**
Mata Shaari membulat dan dia menutup mulut kerana terkejut. Jantungnya berdegup kencang . Kakinya terasa sejuk.

"Solehah suka aku ? Biar betul.. " itu yang terkeluar dari mulutnya. Dia tidak percaya. Dia baca berulang kali.

Shaari tersenyum gembira. Hati ini tiba tiba bagai dihiasi bunga bunga taman cinta.

" I love you too. "

Shaari sambung tulis di atas buku itu guna pen dakwat merah.

**
Bersambung

**
SORRY LAH.. ACTUALLY CERITA NI MAIN IKUT DLM KEPALA. Cerita ni dh nk tamat tk lama lg.. TAK ADE MUSUH MUSUH DLM NI. Cerita ni ada pengajaran.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now