"Erm..Apa yang terima kasih?"Soal Daira untuk mengenalpasti.
"Tak nak makan dulu ke?"Shaari cuba elak menjawab soalan itu.Bibir Shaari mengukir senyuman pahit. Entah mengapa dia terasa dirinya dihina seperti anak patung. Anak patung yang menunggu sesuatu yang tak akan pasti. Hampa.
Kenapa susah sangat aku nak terus terang? Shaari mengigit bibir .
"Mmm...Aku penat.Aku balik rumah dululah.Lagi pun kesian abang Farhan tunggu aku macam orang gila. Entah hidup ke tak dia."Daira mengeluh. Daira merasakan Shaari lain ketika ini.Dia bercadang untuk pulang saja lah. Lagipun, Daira mahu peluk bantal peluk busuknya itu.
Daira cepat cepat mengambil kasut sukannya itu lalu mengikat tali kasut itu dengan kemas..
Shaari hanya memandang perbuatan Daira itu.
"Kenapa kau buat aku macamni.." Bibir Shaari bergerak perlahan.Dia terus tidak menghiraukan perbuatan Daira. Shaari terus memusing dan berjalan ke bilik tidur untuk kemas.
Sayang , Daira tidak mendengar suara Shaari.
**
SYAKQIF bersarapan pagi bersama Kamsiah, ibu kesayangannya.Roti yang berisi ikan tuna dikunyah dengan perlahan. Dulu memang tesyen kerana bebelan ibunya itu, akibat stres. Syakqif lari dari rumah dan tidur di masjid. Nasib baik Syakqif pilih jalan yang baik. Akhirnya wali itu memujuk Syakqif untuk pulang ke rumah. Balik rumah saja , ibu Syakqif sudah menangis. Sebab takut Syakqif lari. Disebabkan Kamsiah tidak mahu Syakqif berbuat demikian, dia tidak berani memarahinya lagi.
"Aum... Sedapnya you buat. Tertarik kememan debom." Syakqif mengenyit mata.
Cik Kamsiah yang sedang makan itu tercekik apabila terkena panahan kenyitan mata Syakqif itu.
"Uhuk.Uhuk.Air.Air!"Cik Kamsiah mengimbas ngimbas pada mukanya . Syakqif terpinga pinga memberikan air oren 0pada cik Kamsiah. Takut mati tercekik pula nanti.
Air yang diberi oleh Syakqif diteguk dengan laju.
Habis basah sekitar dagu Kamsiah kerana air oren yang diminum terkeluar.
"Haish..Nasib tak mati mak dibuatnya..Kenyitan mata kau ni mengoda sangat!" Sindiran yang dibawa oleh cik Kamsiah itu membuatkan Syakqif tergelak.
"HAHAHAHAHA!" Gelak Syakqif sampai mengeluarkan air mata.
"Maklumlah, anak mak kan hensem." Roti itu dikunyah kunyah kembali.
"Hensem hensem anak emak pun, menantu mak agaknya cantik ke?" Cik Kamsiah menanyakan soalan yang agak tidak berapa selesa.Sengaja Cik Kamsiah tanya begitu.
"Erm...eh mesti lah cantik."
"Cantik ke?"Tanya sekali lagi.
"Mak..."Syakqif merenung mata Cik Kamsiah. Syakqif tidak suka soalan emaknya.Ia seolah olah Cik Kamsiah tidak berkenan pada gadis yang tidak berapa lawa.
"Hmmmm..?"
"Rupa ni kita pinjam saja, mak.Syakqif tak pilih perempuan atas dasar kecantikkan.Bila hati dah terpikat, semua perangai buruk dia kita boleh terima. Wajah rupa yang tak berapa lawa pun kita tak kisah. Sebab apa? Sebab Allah."Ujar Syakqif.
Tergamam seketika Cik Kamsiah.Wah, hebatnya anak aku berhujah.Tiba tiba dadanya terasa sebak.Cik Kamsiah terharu mendengar perkataan "Allah" itu.
Cik Kamsiah mengangguk perlahan lahan.
"Sebab Allah, emak.Dia lah yang beri perasaan itu. Perasaan cinta. Walaupun perangai perempuan tu agak kurang sopan, kalau ada jodoh, takkan ke mana. "Syakqif tunduk. Dia teringatkan si Daira. Air oren itu diteguk dan menyambung kata "Seburuk mana pun, sejahat mana pun dia. Kalau Allah tulis di Luh Mahfuz, itulah jodoh. Kita merancang tapi Allah penentu segalanya." Dia membayang ukiran senyuman seorang gadis yang sedang melambainya.
"Andai benar Nadaira jodoh aku, tunjukkn aku jalan agar dia menjadi milikku dan tetapkanlah hatinya denganku."Syakqif doa padaNya dalam hati.Tak perlulah emaknya mengetahui isi hatinya.
"Maafkan mak kalau terguris sedikit hati kau.Mak tanya saja menantu mak tu lawa ke tidak.Dah lah kau tak pernah nak tunjuk bakal menantu mak.."Kamsiah mencebik.Jari tangannya melukis bulatan kecil di atas meja itu.Cik Kamsiah sedang berpura pura merajuk dihadapan anaknya itu.
Syakqif tidak tentu arah.Apa yang dia perlu jawab?
Dia memang pernah membohongi emaknya bahawa dia sudah menemui seorang gadis.Padahal dia tipu.Ya, tipu kerana sudah 'fedup' dengan emaknya yang tak pernah habis beleter soal perkhawinan.
Tapi itu dulu.
Syakqif mengimbas kembali .
"Hang ni sampai bila nak jadi bujang.Mak tak tahan lah dengan kau ni, Syakqif oi! Bila engkau nak khawin! Usia emak sudah terlanjur, emak teringin sangat menimang cucu! Hanya kau satu satunya anak aku. Kalau ramai tak adalah aku nak marah kau! Kawin lah cepat woi! Kau tak ke-si-aan..."
"Mak! Dah lah! Diamlah! Syakqif dah jumpalah gadis yang emak nak sangat!!!" Syakqif memotong percakapan emaknya. Makin diam makin bingit telinga dia. Terpaksalah Syakqif membohongi emaknya itu.
Cik Kamsiah tergamam seketika. Betulkah? Kenapa tak beritahu awal awal? Pelbagai soalan muncul di dalam hati.
"Betul ke ,nak?" tanya Cik Kamsiah.
Angguk.
"Kenapa tak beritahu awal awal nak....?" Suara Cik Kamsiah perlahan kembali.
Syakqif langsung tidak pandang wajah emaknya itu.
Dia telah membohongi emaknya.Ya Allah, ampunilah dosa aku...Aku terpaksa ya Allah..Terpaksa..
**
Tiba tiba pipi Syakqif dicubit.
"Adoi!"
"Tahu pun! Aku panggil dari tadi tak menyahut!"
"Sorry emak.Tadi Syakqif ke alam lain! He!he!"
"Yelah kau punya sorry. Dah lah, soalan emak kau lupakan saja lah. Emak nak mandi dulu!" Cik Kamsiah mengelap meja makan itu setelah makan.Sempat juga dia basuh pinggan tadi sementara tunggu Syakqif tersedar.
"Eh, mana roti Syakqif tadi? Pinggan pun habis hilang?" Syakqif melihat atas meja makan itu.
Tiada ada apa apa di atas meja itu. Kilat bersinar warna kayu meja itu.
"Mak dah telan." Balas Kamsiah. Kamsiah terus berjalan menonggek ke bilik untuk mengambil kain tuala.
Syakqif mengaru garu kepalanya itu. Hebat betul aku termenung, sampaikan emak aku mencuri roti aku pun tak perasan.
Syakqif memandang emaknya berjalan.
"Wow. Macam anak dara..." Perli dia. Terasa ingin ketawa pula melihat lagak gaya emaknya itu.
**
Dari tadi lagi, Farhan masih bermain ps4.Permainan 'Grand Theft Auto' itu yang agak terkenal dan sangat laris dalam pasaran. Nak makan minum pun wajib makan dihadapan ps4 semata mata tidak terlepas permainan itu.
Almaklumlah, hari cuti buat pekerja.
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomanceBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...