Part 19- Jatuh cinta ..

2K 72 1
                                    


"Ish, cuba kau senyum! Lepas tu tangan sado kau tu tepilah sikit ha!" Daira mendengus. Geram dengan Syakqif ini kerana degil tidak faham bahasa. Rupa dah ada tapi tak reti berposing pula. Grr.

Daira perlahan lahan lukis atas kertas A4. Bentuk muka sedikit siap. Memang susah nak lukis lagi detail muka Syakqif itu.  Tapi... Hensem.. 

'Marah betul Daira ni..  Aku tak reti posing pun nak marah, padahal aku nak tolong dia je. Sabar jelah..' kata hati Syakqif. Ketika itu Syakqif merenung mata Daira yang sedang fokus melukis itu. Bibir kecil Daira itu tiada senyuman langsung. Terlalu series tentang kerjanya. 

Syakqif cuba untuk mengeliat. Sakit bahu..

Baru saja mahu angkat tangan..

"Hah! Jangan cuba nak gerak. Kalau tak , aku cekik kau! " Daira bersuara secepat mungkin. Takut posisi Syakqif lari dari asal. 

Syakqif masam. 

"Apa buat muka ketat pulak ni! Aku suruh senyumkan tadi! Kau senyum balik macam tadi." Daira menengking lagi.

Mulut Syakqif terngaga. Sengaja tak mahu ikut arahan Daira.

"What the hell! Syakqiffff! Urghhhhhhhhhh!!! " Daira mengeluh sambil mengenggam tangannya sekuat hati untuk menahan perasan marah itu. 

Ketawa nakal Syakqif  kenakan si dia itu. Lagi dia marah, lagi comel muka dia. Tapi garang sangat.

"Hehehe! Marahlah lagi... " Senyum manja Syakqif sambil memandang Daira.  

Riak muka Daira berubah setelah melihat senyuman Syakqif itu. Matanya cepat lari dari melihat muka Syakqif.  " Hmm, mana ada aku marah. Aku jerit sikit je.." Suara Daira kembali pelan. Tiba tiba saja tak rasa nak marah lepas tengok muka manja Syakqif tadi.

"Eleh, yelah tu." ucap Syakqif sambil menutup mulutnya itu. 

Kemudian Daira bangun tiba tiba dan datang ke tempat duduk Syakqif itu. Geram dengan sikap Syakqif yang tak faham bahasa ni . Boleh pula dia tutup mulutnya guna tangan. Sudah cakap tak boleh bergerak nanti boleh lari dari posisi asal ! Uh, geram geram geram!

 "Bak sini tangan kurap kau tu. Lain kali lepas aku ejas position kau. Jangan sesekali nak bergerak !" Daira mengujar dengan suara menahan geram.

 Lantas tangan Syakqif dipegang kemas oleh Daira. Dia melutut di hadapan Syakqif itu sambil mengemaskan gaya Syakqif itu.

Dup! Dap!

Terjegil Syakqif melihat tangannya dipegang oleh Daira. Syakqif ingin lepaskan pegangan itu tapi...  takut Daira fikir bukan bukan. Sebab masa dulu mereka selalu berpegang tangan, cuit pipi dan lain lain.  Sekarang dia dah tahu hukum hakam agama.

Nafas syakqif naik turun dengan laju. 

Nafsu membuak buak.

Jantungnya berdegup degup pantas.

Hanya 2 inci saja jarak mereka berdua. Sangat rapat ..

'Erm.. Herh.. I cant stand it......... ' Hatinya membisik jahat.

Syakqif merenung dalam pada muka Daira yang keputih putihan itu. Berbibr merah, mempunyai hidung mancung dan mata sangat bulat.

"Bulatnya.." Puji Syakqif dengan suara serak perlahan.

Daira mendongak. "Hah. Kau kata apa?" 

Syakqif menoleh pandangan. Dia mengangkat bahu berkali kali. Tidak bersuara kerana terasa tersekat..

Daira mengerling.. 

"Serius lah. Aku dengar kau kata bulatnya. Betul ke?" Soal Daira dengan tidak puas hati. Lain macamlah Syakqif kali ni.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now