Part 10- Call from Brother

1.9K 83 2
                                    

 Shaari menjauhkan mukanya dari telinga Nadaira.

"Aku kira...1.."

"2......2.5..."

Longkang ini terlalu dalam. Sehingga Daira tidak dapat keluar sendiri melainkan ditolong oleh Shaari itu.

Bercampur baur perasaan Daira. Mahu diterima atau tidak. Fikirannya memang kusut. Kalau dia tidak sambut huluran tangan Shaari pasti dia akan dipandang keji. Tetapi, jikalau dia menerima huluran tangan Shaari, Daira dipaksa menjadi kekasih Shaari. Ah, ini tidak adil!  

Nafas Daira berat.

Keluh..

"Ti...gaaaaaaa."Shaari itu mula ingin bangun daripada situ.

"Shaari..."Daira memanggil sepatah. Hidung Shaari kembang kempis.Dia mula tersenyum gembira.Dia memusingkan badannya ke arah Daira kemudian dia menghulurkan tangan.

Tidak!

**



Daira membaringkan badan yang terasa letih. Air mata Daira mengalir laju.Dah dua minggu peristiwa yang memalukan itu terjadi.D aira malu!Malu sangat...dekat Universiti bila dia berjalan je semua orang pandang.

Pandangan mereka itu adalah pandangan mengejek.Daira pergi mana sahaja mesti orang tengok dan lepas itu tersenyum sinis. Pasti saja ada yang membisik bisik.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa Daira malu ketika ini.Dan paling memeritkan apabila Daira terdengar orang memanggilnya "Diva longkang".

Sakit. 

Dugaan semua ini. Aku harus bersabar.

**

Cuaca pada malam ini agak baik, tetapi mendung juga. Mungkin akan hujan pada tengah malam nanti.Aruna berada di ruang tamu sambil menonton televisyen.Hari ini adalah masa untuk berehat baginya.Almaklumlah, hari Ahad mana buat kerja.

Aruna mengeliat.

Penat sungguh berjalan jalan pagi tadi makan angin. Sayangnya Nadaira tidak ikut malah terperap dalam rumah macam katak. Ops!

Aruna membaringkan badannya sambil menonton rancangan televesyen itu.Memang tidak akan terlepas peluang untuk tengok televisyen! Sedang dilayani rancangan itu, bunyi nada dering telefon menghantuinya.Ish, telefon Nadairalah ni!

Buat kacau saja aku tengok televisyen.

Aruna mengeluh. Dia ambil telefon.Tertera nama Farhan pada skrin telefon itu. Terus Aruna menjadi berdebar debar dan gembira.

Oh bakal husbandku!

Aruna tersenyum malah merah padam pipinya.Dia berdehem untuk melembutkan suara.Almaklumlah, cinta hati telefon!

Talian dihubungkan.

"Assalamualaikum..adik?"Salam diberi oleh Farhan.

Glup!

Aruna menelan air liur.Hensem suaranya, rupa pasti lagi hensem bak kumbang!

"Erm..Hai..Ehehe erm.Ni bukan Daira."Aruna terkocoh kocoh balas.

"Oh..Hmm. Ni siapa ye?Kawan ye?"Terkejut juga Farhan apabila kawan Daira ini tidak jawab salam.Harap harap kawan dia ni baik orangnya.

"Umm.Ye.Hihi.Saya Aruna."Jawab Aruna dengan nada lunak.

Aruna sekejap duduk dan berdiri.

"Oh.Sedap nama awak ye.Adik saya mana?Saya nak cakap dengan dia ni.Maklumlah, lama tak call adik kesayangan ni."Farhan senyum.Tiba tiba sahaja hati Farhan suka mendengar suara yang comel itu.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now