Awak..- Part 17

1.7K 65 2
                                        


"Eh , abang. Kau ni dah kenapa asyik sebut oh my god, oh my god je ?" Daira agak pelik dengan sikap Farhan itu. Tak berhenti henti mulut sebut ayat yang sama. Cubalah baca ayat kursi ke al Fatihah ke.. Dapatlah pahala juga! Ini ikut orang eropah pula. Gementar kejap sebut oh my god. Hmph!

"A-a-aku-ku..aku.." Farhan sedikit tergagap. Dia mengosok gosok tangannya berkali kali lalu meniup-niup tangannya. 

"Aku nervous lah bongok! Aduh..." Farhan memerhati keadaan sekeliling. Disini tempat warung yang selalu dia lepak dengan kawannya. Tapi kali ini bukan untuk melepak dengan kawannya. Kali ini adalah untuk berjumpa dengan seseorang yang kiut. Farhan tak pernah gementar sebegini. Rasa lain macam je takut ni.


"Bongoklah kau ni. Hahahaha! Cool down abang! Dia tu tak makan kau. Bukan singa pun! Macamlah kawan aku ni jahat macam penyagak. " Daira tersengih melihat gelagat Farhan. Mana taknya, dah macam nak ambil keputusan peperiksaan pula! 

" Cik ayu and abang macho, what do you want to order?" Mereka disapa oleh orang Inggeris yang memakai apron berwarna merah jambu.

" Lady first!" Farhan memberi Daira pilih 'menu' terlebih dahulu. Belumterfikir nak order apa. Sedang saja Daira sedang pikir.... "Alamak!" Daira menekan kepalanya. Farhan melihat dengan penuh kehairanan. Begitu juga pelayan lelaki itu. Farhan memberitahu kepada pelayan itu bahawa mereka akan mengambil pesanan lain kali.

 Pelayan lelaki itu angguk dan terus berlalu dari situ.

 "Kau pehal dik? Sakit ape!" Farhan bersuara dengan geram. Daira melihat Farhan dengan takut. Aduh, macam manalah boleh terlupa Aruna tak ada kereta dengan motor! Kalau beritahu Farhan , mesti dia marah aku. Ah!

"Aku terlupa yang Aruna tak ada motor atau kereta" Daira tertunduk.. "Astafirugallahazim.... Adik ni!!!" Farhan mendengus. Apahal adik aku ni bijak sangat! Farhan memukul meja dengan kuat oleh kerana geram sangat. Nasib baik pemilik restoran ini tak nampak perbuatan Farhan. "Alaa..Sorrylah." Daira tersengih sengih.


"Bak sini kunci motor. Aku nak ambil dia kejap" Farhan meminta kunci motor. Inilah balanya naik motorsikal. Ada kereta tak mahu pakai.

Alasan mereka adalah warung ini dekat, buat rugi minyak kereta saja..Pelbagai bagai ragam!

"Hah? Hotak ang! Rumah dia pun tak tau, ni lagi nak cari dia. Hang tunggu jap. Aku pergi ambil. Eh, tapikan Aruna kan boleh naik teksi jekan?" Daira memikir. Mestilah kawasan sini ada teksi..Takkan tak pandai naik teksi?

"Mungkin hari ini cuti bagi pemandu teksi?" Farhan meneka.

Daira diam. Dia mengaru garu kepalanya itu.

"Mungkin hari ni pemandu teksi sakit perut ? Erm, pengsan ? meninggaldunia? Eksiden...?" Farhan meneka sekali lagi.

Daira mengeleng kepalanya itu."Merepeklah kau ni! Tak payah nak teka! Sekarang ni aku pergi ambil Daira. Hang tunggu sini!" Kata Daira dengan laju mengambil kunci motor itu. Dia berlari mendapatkan motorsikalnya yang berhampiran restoran itu. Daira menghidupkan enjin dan beredar dengan membawa had laju.

**

Punat loceng ditekan.

Cling..! Cling..!

Pintu pagar terbuka automatik. Terpacul seorang perempuan memakai baju sari sedang berlari lari ke arah Daira. Aruna kelihatan tergopoh gapah semasa berlari sambil mengenakan lipstik merah pada bibirnya. Aruna berhenti dihadapan Daira sambil senyum. 

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang