Karma

1.5K 56 3
                                    


-quotes-
Setiap insan tidak pernah lari daripada kesilapan. Oleh itu memperbetulkanlah kesilapan.
**

KELU.

Fikiran Daira melayang umpama belon yang terbang tidak tahu arah tuju. Daira kaku selepas mendengar berita itu . Kata ayahnya, Syakqif kritikal.Selama ini, dia tidak tanya khabar Syakqif. Berdosakah dia ? Hidupnya kosong. Gelap. Dua orang , Dua orang dia memperbodohkan, mempermainkan perasaan mereka. Bodohnya semata mata hendak kepuasan sendiri. Dan hanya kerana dendam. Umpama lilin membakar diri.

"Aku patut salahkan diri aku. Selama ni aku ego pada Syakqif, dan aku mainkan perasaan Shaari. " bisik hati Daira. Titisan air mata di pipinya tak hiraukan.

Farhan memujuk Daira yang asyik salahkan dirinya. Dia menggosok bahu Daira dengan perlahan dan tenang.

"Sabar adik. Abang tak salahkan adik pun. Abang faham. Dugaan, mungkin ada hikmahnya kenapa berlaku macamni. Jom kita pergi hospital jumpa Syakqif. Inshaallah , dia okay. Adik pun doakanlah Syakqif tu." Ujar Farhan perlahan.

Daira angguk. Aku nak jumpa Syakqif. Aku nak beritahu yang aku sayang dia dan aku cintakan dia...

'Ya Allah, aku cintakan dia kerana kau. Semoga dia sihat , ya maha mulia lagi maha penyayang.'' doa Daira penuh rintih dlm hati.

**

" Dato Taib ! Dato Taib ! Dato Taib! " Farhan laung nama ayah Syakqif sebaik saja sampai di tempat tunggu di wad kecemasan. Ayah Syakqif nampak Farhan dan Daira lalu dia bangun menuju ke arah mereka.

"Alhamdulillah. Sampai juga korang juga." Katanya.

Farhan tercungap cungap." Macammana dengan Syakqif? "

Daira gusar. Mengharapkan jawapan yang baik daripada ayahnya. Please , the answer must be fine.. Janganlah mati please.

Dato Taib mengelap dahinya yang berpeluh. Mukanya kosong. "Tak tahu lagi. Dia masih dalam wad kecemasan. Kami tak dapat nak masuk sebab doktor tak benarkan. Hanya mampu berdoa je."

Cik Kamsiah yang tersedu sedang menangis perasan kelibat kawan kawan Syakqif dan terus bangun bersua muka dengan mereka. Sempat Daira menyalami Cik Kamsiah.

"Tadi makcik tengok dia dekat dalam bilik tidur dia. Muka dia pucat sangat. Panas pula tu badan dia. Makcik risau. Makcik tak mahu kehilangan dia.. Dia anak satunya makcik." Rintih cik Kamsiah dengan sayu. Daira menggosok belakang badan Cik Kamsiah agar cik Kamsiah tenang walaupun hatinya lebih merana dengar berita itu. Rasa hendak pengsan saja.

Farhan terbeliak biji matanya. " Astagfiruallahazim, apasal jadi macam tu cik ? Ya Allah, teruknya. Haih.."

Dato Taib mencuka wajahnya. " Entah tapi masa on the way datang hospital , dia meracau racau sebut nama Daira. Adik kau , Farhan. " Mata Dato Taib melirik ke arah Daira. Jelingan mata Dato Taib membuatkan Daira tercengang. Takut.

Daira tunduk. Dia sakit sebab aku ke ? Maafkan aku Syakqif. Tangannya terhenti menggosok badan Cik Kamsiah.

Farhan menjongketkan kening." Ohh.. Syakqif ini ada hati kat adik saya . Hehehehe."

Dato Taib menjegilkan lagi matanya. Sempat lagi kau nak berlawak dalam keadaan cemas macam ni. Mahu saja aku luku kepala budak ni. Aish! Dato Taib melepaskan nafas berat. Dia memandang mereka dan menyuruh mereka berdoa saja.

"Berserah kepada Allah."

**

Sudah berapa hari Syakqif tinggal di hospital, berulang kali Daira ke hospital semata mata nak jumpa Syakqif. Tapi setiap kali dia jumpa, mata Syakqif masih tutup. Masih koma. Dalam hati dia, tak habis habis doa. Doa minta Syakqif bangun. Bangun depan dia. Nampak siapa yang datang, tunggu dan menghabiskan masa dia dekat Syakqif. Tapi masih juga macam tu. Tidur setiap waktu, koma. Air saliran sentiasa masuk ke dalam badan Syakqif. Banyak tiub tiub cucuk kat badan Syakqif.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now