Kelu. Lidah ini ingin saja memuji keangunganNya melihat perubahan Syakqif. Di depan matanya sendiri, lelaki itu mengalunkan ayat Al Quran dengan fasih. Suaranya seakan akan ikhlas dan jatuh cinta pada buku al Quran itu.
" Daira, apa khabar? "
Entah kali ini terasa kejanggalan pada Daira. Perbualan antara mereka seperti tidak seperti dulu. Tak terlalu rapat. Seolah olah bersembang dengan orang asing dalam hidupnya.
Daira senyum pahit. " Alhamdulillah, sihat. Kau dah sihat ke?"
Bibir bawah Syakqif senyum sedikit. " Syukur, petang ni aku dah boleh balik. "
Daira menghelakan nafas lega apabila mendengar khabarnya.
Selang beberapa saat mereka berdiam diri. Tidak bercakap apa apa. Tapi terbuku beribu ribu patah perkataan yang tersirat dalam hati mereka namun sukar diungkapkan.
"Dah makan ? "
Satu ayat yang disoal serentak antara satu sama lain.
Syakqif tergesa gesa. "Erm belum. "
"Bila waktu makan ?"
"Sekarang tapi nurse tak datang lagi. Kau dah makan? "
Angguk Daira.
***
Telefon rumah yang dihiasi pasu bunga disebelahnya diambil oleh Cik Kamsiah untuk menelefon Farhan. Dia mendail nombor telefon Farhan itu pada waktu pagi. Hatinya sudah tak sabar ingin menanyakan sesuatu.
'Tup... tup... tup...'
Angkatlah panggilan ni..
'Tup..Tup.. Tup.. Ktup!'
" Assalamualaikum?" Farhan memberi salam. Kedengaran bunyi mesin fotostat yang sedang beroperasi. Bising bunyinya.
Cik Kamsiah teruja. " Waalaikumusalam eh anak arwah Mah ke? "
"Aah.. Makcik ni emak Syakqif eh? Ada apa ya cari saya..?" Soal Farhan.
" Anak ni sihat?"
"Sihat je.. " Kata Farhan.
" Baguslah. Sebenarnya makcik telefon kamu, makcik nak tanya sesuatu tapi tak elok pula tanya dalam telefon. Macam tak seronoklah. Boleh tak makcik nak jumpa kamu nanti? " Terang Cik Kamsiah dengan semangat. Harap haraplah boleh berjumpa sebab isu ni 'panas' macam tes ais.
Pelik Farhan. Tiba tiba nak jumpa. Apa kes? Aku ada buat salah dengan anaknya ke? Huhu.
"Dik?"
"Ah, ya! Boleh je asalkan saya ada masa lapang. Nak jumpa kat mana? Rumah makcik? "
"Hmm. Rumah makciklah. Kalau makcik pandai bawa motor, dah lama makcik pergi rumah kamu." Ujar Kamsiah. Hatinya serba salah memandangkan Farhan yang pergi ke rumahnya.
"Haha! Tak apalah makcik. Asalkan makcik dapat beritahu perkara tu pun cukuplah nanti. Okaylah cik. Bos saya datang ni, takut kantoi dengan bos pula yang saya ni bergayut dengan makcik. Hihi gurau je."
Cik Kamsiah tersenyum kerana ayat pickup line daripada Farhan itu.
"Ok dik. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
***
Syakqif duduk berteleku memandang ke luar tingkap. Sebaliknya, Daira merenung Syakqif yang mengelak matanya bertembung dengan matanya.
Gusar hatinya. Kenapa begini, Syakqif?
" Berapa lama kau nak jenguk aku? Bila kau nak balik? Tak jemu duduk dalam bilik hospital ni dah hampir sejam? Banyak diam pula tu." Mulut Syakqif terpacul soalan soalan yang berada dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/31830709-288-k653692.jpg)
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomanceBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...