Part 8- Shaari bukan yang aku kenal !

2.8K 83 3
                                    


"Eh,rasanya kau lagi comel. Erm, kau ni kenapa eh?"Sengaja Daira mahu puji kawannya dahulunya tidak matang atau sudah.

Tiba tiba sahaja bahu Daira dicepuk oleh Shaari.

Puk!

"Eh,aku rindu kaulah...Lamanya tak jumpa ! Rindu sangat!"Shaari mengesat air matanya dengan sapu tangan.Dengan serta merta dia berubah menjadi 'diva'. Daira tergelak ngekek ngekek.Shaari menjeling jeling mata kepadanya.Sudah kenapa dia ni tergelak gelak dekat aku? Dah kenapa mamat sotong kurita ni dengan aku? Peliklah!

"Asal hang gelak?" soal Daira.

"Esh, kau fikir aku ni lembut macam dulu ?"

Angguk.

Tiba tiba pipi Daira diconteng oleh Shaari sepantas kilat menggunakan pen.Shaari mencebik dan langsung tidak memandang wajah Daira.Mana tak sakit hati bila diingatkan kembali kisah silamnya. Kini dia telah berubah menjadi seorang lelaki yang gentle .Daira melihat dia terus mendiamkan diri.Dah kenapa dia diam ni ? Aku ada buat terasa ke ? Niat ingin memujuk Shaari terbatal apabila Prof Razizul sudah pun menghadiri sesi kelas pagi itu. Prof Razizul kelihatan kemas dan ceria.Semua siswa berdiri dan memberi salam untuk memulakan sesi pembelajaran.Terdapat garisan kerutan di dahi siswa siswi.

"Assalamualaikum Prof"Lantunan suara diiringi nada lagu bersama siswa siswi termasuk Shaari dan Nadaira.

"Waalaikumusalam.You guys can sit down now." kata Prof Razizul. Biasanya pagi pagi siswa siswi terpaksa berdiri lama untuk menghafal pelajaran yang bakal dipelajari. Tapi kali ini tidak!

Semua siswa siswa duduk.

"Maafkan saya sebab lambat sikit.Saya pergi klinik dengan isteri saya."Kata Prof Razizul sambil tersengih. Ria!

Seorang lelaki bersuara"Dah tu kenapa comel sangat senyum tu?. Prof Razizul dengan selamba dek nya menjelaskan perkara itu sambil menulis sesuatu dipapan putih."Isteri saya mengandung...".

Daira membulatkan matanya.wah, dah dapat rezeki prof Razizul ni!Semua siswa siswi juga terkejut lalu mengucapkan tahniah.Walaupun Prof kita garang, kita tidak patut benci.

                                                                                                -

Kelas berakhir pada pukul 3 petang.Semua siswa siswi sudah seperti harimau cheetah. Masing masing laju kemaskan barang barang yang dibawa. Lepas itu keluar dari kelas itu dengan sekelip mata. Daira dan Shaari dari tadi diam sampailah tengah kemas pun masih diam.Sudah kena 'zip' mulut mereka ni.

"Weh, aku minta maaf."

Senyap.

Shaari tidak menjawab.

Kecik besar kecik besar je aku tengok kau Shaari.Kalau ada respon tak mengapalah.Ini sudah macam kayu keras, nak saja aku patahkan kayu ini.Daira langsung mengambil fail dan mengalas beg pikachunya itu lalu terus seraya melangkah sambil berkata"Tak apalah kalau kau senyap.Aku ba-lik duu.."

"KEJAP!" Shaari menjerit. Dia memegang bahu Daira.

Eh, kenapa dia pegang bahu aku? Daira memejam mata kuat kuat dengan mengharapkan tiada apa yang berlaku.Tangan digenggam begitu kuat. Dalam hatinya tidak habis berdoa mengharapkan Shaari tidak berniat jahat ketika itu.

"Aku ikut kau."Namun bukanlah niat buruk Shaari ingin lakukan tetapi ingin pulang bersama. Nafas berat Daira lepaskan. Daira memandang wajah Shaari. Shaari mengenyit mata.Glup!

Daira tidak membalas kata apa apa lalu dia terus berjalan bersamanya.

"Seriously, selepas dia jalan dengan aku. Baru aku perasan dia bukanlah seorang lelaki yang aku kenal dulu. Aku tak kenal dia yang sekarang. Mana mamat sotong kurita yang dulu? Siap kenyit mata kat aku lagi. Memang nampak gentle Shaari ni. " Bisik hati Daira semasa berjalan dengan Shaari ketika itu.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now