Makan malam part2

1.3K 61 1
                                    

Pintu rumah itu dibuka oleh Farhan . Itu pun disuruh oleh Daira. Tapi Farhan tak membantah arahan Daira kerana sekarang ini dia dalam situasi dilema dan bersalah. Farhan menunduk lemah. Fikiran menerjah tentang usaha untuk membuka pintu hati Aruna untuk mencintai Islam . Seorang pun sudah cukup buat dia tergamam dan resah. Bukan senang nak menyentuh hati orang bukan Islam untuk mencintai Islam.

Aruna diam memandang Farhan yang tunduk lemah termenung memandang lantai rumahnya. Terfikir juga apa yang terjah dalam fikiran Farhan. Langsung tak melihat aku. Seksi sangatkah ?

'' Macammana aku nak tunjuk kedamaian Islam pada dia ya Allah?''Sebutir ayat terkeluar tanpa sengaja daripada mulut Farhan. Dia leka menghayati perasaannya hingga lupa kehadiran Aruna di hadapannya.

Tergamam Aruna. "Err, Hai Farhan. Awak termenung ke ? '

Aruna cuba melambai lambai padanya. Farhan berkelip mata dan tersedar kehadiran Aruna.

"Eh, Aruna..'' Senyum lebar Farhan pandang Aruna berbaju kurung bunga. Alahai, cantiknya bini aku malam ni. Eh silap, cantik kawan adik aku.

"Awak cantik pakai baju kurung''

Pipi Aruna mula merona merah. 'Teehee , terima kasih. Awak pun nampak mature hari ni. '

"Haha. Biasalah saya kan orangnya selalu mature and charmatics. Wahai Kareena Kapoor , mari masuk ke istana saya!' Farhan memberikan dia lalu dahulu. Rasa janggal pula nak sembang dgn dia sebab pakai baju kurung lagi lagi pakai ayat pickup line . Rasa bersembang dengn puteri. For me , this is precious moment i ever had.

Tapi bila memikirkan agama Aruna , Farhan berhenti tersenyum. Sudikah Aruna masuk Islam? Tak apakah? Atau aku ni terburu buru...? Dapat ke dia kenal Islam lebih lanjut? Tapi nanti dia kawin dengan aku , kalau aku tak pandai bimbing dia macammana? Okay , Farhan you are overthinking . Kau tak pernah kaple dengan dia dah pandai fikir nak kahwin dengan dia apatahlagi luah perasaan. Duh! Diri sendiri tersentap

"Heiiii Arunaa !! ' Jerit Daira kerana kehadiran Aruna. Kehadiran Aruna telah membuatkan dia berasa lega dan senang.

Dia langsung memeluk Aruna dengan gembira. ''Rindu kau. Selama ko duduk sini kenapa jarang datang umah aku? Esh , abang aku rindu kau tau tak..! ''

FARHAN menjegil matanya ke arah Daira sebaik saja Aruna berhadapan memeluk Daira. Suka hati je adik aku ni buat fitnah. Ish, mana ada !

"Hehee , Dairaa ni kan. Merepek je tau . Tak ada makna abang kau nak rindu aku.. Heehe '' Aruna tersipu malu .

Tersengih sengih Daira mengenakan mereka berdua . Apatahlagi lihat muka Farhan yang marah lagi malu. Mereka mula makan bersama sama.

Bagi Aruna, malam ini dia cukup bertuah kerana telah diajak makan malam di rumah kawannya. Disebabkan Daira mengajak abannya makan sekali bersama mereka, hati Aruna bersorak ria. Dia dah lama terpaut kepada lelaki yang memiliki suara matang seperti Farhan yang berpakaian kemas dan mempunyai kening ala ala Zoey Rahman pelakon televisyen.Itulah lelaki pujaan Aruna . I am so lucky to have a bestfriend who has a brother! A handsome brother!
******

PEMANDANGAN pada malam itu sungguh indah . Bulan terang yang terbang di langit mengingatkan Shaari tentang dia dan Solehah. Sungguh ini adalah pertama kali dia rasa bahagia sangat. Lihat bulan pun nampak bayang bayang Solehah.

Sungguh dia jatuh cinta dengan rakan sekolahnya dulu. Teringat lagi kisah dulu dimana Shaari dibuli dengan pelajar sekelasnya . Pada waktu itu Shaari seorang skema dan lembik , namun pada setiap akhir minit pasti Solehah jadi heroin mempertahankan Shaari. Ruginya dirinya tidak jatuh cinta dengan Solehah pada waktu sekolah menengah.

Shaari melebarkan senyuman. Tapi pada masa ini , dirinya telah jatuh cinta pada Solehah. Solehah pula cintakan dia. Perempuan ini telah masuk ke dalam hati aku dengan senangnya. Kau dah membuatkan aku lupakan Aruna.

Dring ! Dring !

Yes !

Shaari segera melihat telefonnya. Solehah telah hantar mesej pada dia. Gembira dia apabila membaca ayat- ayat cinta daripada Solehah. Dalam beberapa saat , dia laju membalas mesej Solehah. .
"I l o v e y o u t o o . '

*********

Sekarang Aruna berpeluang menikmati hidangan yang disediakan oleh Aruna bersama orang yang dia minat.

"Haaa, Aruna. Saya ada masak kari petang tadi. Mujur awak datang malam ni . Rasalah saya punya kari ni . Mesti awak suka!'' Kata Farhan sebaik saja dia teringat kari yang dia masak petang tadi. Alang alang Aruna orang India, kita bagi dia rasa. Farhan mencedok kuah kari itu ke atas nasi Aruna. Jangan ingat aku tak pandai masak.

"Wow, awak pandai masak ?! Oh my god , thanks sebab cedokkan kuah kari. '' Aruna tergamam kerana baru tahu kelebihan Farhan. Hatinya lagi bertambah cair umpama aiskirim di bawah pancaran matahari. He is so handsome !

Meskipun malam ini Farhan berpakaian selekeh namun mengetahui Farhan seorang lelaki yang pandai masak lagi memberikan Aruna rasa suka padanya.

Aruna mengunyah mengunyah makanan itu. " Umm, sedapnyaa awak masakk!! Lima bintang saya bagi!"

"Yeke sedap ?! Saya main tabuh je bahan bahan dalam tu. '' Ternganga Farhan melihat Aruna makan dengan begitu lazat.

Terangguk angguk Aruna menjawab. " Yelah , sedaplah juga . Cuma lagi 5 bintang hilang sebab tak ori rasa kari dia. Lari sikit. ''

Daira melopong . " Yeke ? Habis tu kari yang original rasa macam mana ?''

Kuah kari itu dihirup oleh Farhan sambil mendengar sembang antara mereka berdua.

Aruna senyum ." Kalau macamtu , esok pagi saya boleh masakkan kari . Nanti saya hantar tau .''

Tak sabar Farhan rasa masakan kari itu. Dia menunjukkan simbol tangan bagus.

'Oh ye , korang balik esok kan ? " Farhan bertanya.

"Aah. Tengah hari baru kami pergi . " Kata Daira. Nak tak nak dia dengan Aruna kena balik esok sebab belah malam ada kelas . Tapi ikutkan hati, dia tak nak pun pergi sebab nak tengok Syakqif sedar. Takkan lah sampai sekarang Syakqif masih koma ? Sungguh aku rindu tapi hanya mampu menipu diri .

" Eh, Daira. Syakqif apa khabar? Dia dah sihat ke? ''

Tiba tiba Aruna menyebut nama Syakqif.

Tersembur nasi Farhan .

Terkejut kerana tiba tiba Aruna sebut nama kawannya itu.Ini mesti Daira cerita pasal Syakqif kat dia. Farhan memandang Daira. Air muka Daira berubah serta merta. Masam dan tak jawab persoalan Aruna. Dah sah , adik aku dah tak okay dah. Nampak gayanya terpaksalah aku alih topik.

"Erm, Aruna... Awak ada boyfriend tak? '' Farhan cuba alih topik.

Aruna terkejut. "Hah? Awak tanya apa?''

Lantas Farhan menekup mulut sendirinya. Aduh, tanya soalan bodoh. Macam mana terlepas cakap ni ... Malunya..
"Saya tanya awak, awak sekarang ni buat apa? ''

Di sebelahnya , Daira sudah tergelak gelak sampai berair mata.

"Hahaha, saya dengarlah awak kata apa tadi. Tak sangka awak tanya saya pasal hal tu.. Sebenarnya saya tak ada boyfriend lahh. Saya fikir nak kahwin terus je. Blablah-''

Farhan mendengar kata Aruna. Fuh, nasib baik Aruna ni tak kisah. Lega aku tengok adikku tersipu sipu senyum. Demi adik aku, aku sanggup jatuhkan macho aku depan perempuan yang aku suka ni..

Muka Aruna iras iras pelakon bollywood Kareena Kapoor diteliti oleh Farhan . Iris mata Aruna berwarna hitam bersinar sinar seperti bintang di waktu malam. Matanya menguggat nafsu Farhan. Matanya... seolah olah bintang paling bersinar di waktu malam yang gelap. Cantiknya awak.... Aruna.

Senyum Farhan mendengar bebelan Aruna itu... Dia terus perhati muka Aruna itu..

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now