30 Hari berlaluCuti semester semakin habis. Daira kena balik hostel balik esok. Syakqif baru je jalani pembedahan sekitar beberapa hari minggu lepas. Setiap masa Daira kunjung Syakqif tapi malangnya Syakqif dalam keadaan tidak sedar. Berkali kali dia berdoa agar Syakqif bangun dari katil dan boleh bergelak tawa dengannya. Bersenda senda. Tersenyum macam dahulu .Tapi .. Dapat ke dia tengok?
Keluh.
Baju baju berselerak di atas katil dilipat dan diletak di dalam beg hitam kerana tak lama lagi dia akan balik ke sana. Kata saja nak balik sana tapi dalam hati hanya tuhan saja tahu.
Kebetulan, Abangnya Farhan masuk ke bilik Daira untuk ambil pengecas telefon bimbit dan terlihat Daira melipat semua baju di dalam beg hitam itu. Hairan.
'Aik , kau nak pergi mana dik? Kalau ye pun nak keluar rumah takpayah la bawa semua baju. "
Daira hanya geleng .
Farhan menghampiri adiknya. "Cuti semester kau dah habis eh ? "
Daira berhenti lipat baju . " aah bang !! Adik tak nak balik ! Adik nak tunggu Syakqif sihat... " Tegas Daira . Air mata perlahan menitik sebaik saja sebut nama Syakqif.
Geleng geleng kepala Farhan tengok sikap Daira ini.
Farhan melabuhkan punggungnya di atas katil adiknya itu. "Dah lah tu. Kau pergi jela belajar. Syakqif tu biar aku je la tunggu. Nanti kalau dia sihat aku bagitau kat hang tau. "
Daira menyebik
"Kalau dia tak sihat macamne ?! Kalau dia mati ?! Macammana ? Kalau abang tak jaga dia ?! Kalau dia panggil adik?! " teriak Daira sambil tangannya menghempas baju baju yang telah lipat. Habis baju berkedut dan selerak.
Farhan geram."Kau ni boleh tak jangan dramatik sangat ? Doktor kata dia sihat lah ngek oi . Inshallah dia akan sedar . Kau ni layan drama korea lagi tu jadi meroyan macam orang gila . Ish !''
Daira masam. Ingatkan nak pujuk dia menangis tapi lagi kena bebel . Abang , cubalah faham hati adik yang lara ini!
"Hish , kau ni ingatkan nak suruh aku bawa bertenang lagi bebel adalah ! Nyampah aku. " Daira sambung lipat kain dengan hati yang sakit .
Dush!
Dari belakang , Farhan menjentik jari pada kepala Daira . Tergoyang kepala Daira.
"Abang !!!!!! " Jerit Daira lalu dia menumbuk abangnya berkali kali.
Dush! Debuk!
Farhan menepis tumbukkan itu sambil ketawa.
"Abang jahat ! Ingat tak sakit ke ? Geramnya aku . Siaplah kau nanti. Aku kejarkan kau.' kata Daira.
Farhan berjelir lidah sambil mengelak."Bwerkkk!''
Dalam masa dia mengelak , dia rampas pengecas telefon bimbit dan lari keluar dari bilik tidur Daira.**
Emak Solehah membuka tirai di sebalik pintu terbuka itu dan menjenguk ke dalam bilik tidur Solehah. Dia melihat Solehah sedang memunggah barang barang dalam kotak itu. Pelik tengok gelagat Solehah itu.
"Kamu ni cari apa , Solehah ? ' tegur emaknya.
Muka Solehah resah. " Mak, ada nampak buku kecil Solehah tak ? Hilang la.. Dah banyak kali Solehah cari . Benda tu penting sangat bagi Solehah. '
Emak Solehah masuk ke dalam bilik itu dan kata 'Tak ada pula mak nampak. "
Solehah berhenti punggah barang. Dia putus asa. Dah dekat sebulan buku tu hilang. Cuainya aku. Nyesal sangat bawa buku tu kemana mana.
"Buku tu macam nyawa Solehah . Habislah kalau buku tu tak ada. ''
Emak Solehah menyindir kepada Solehah."Itulah letak merata rata lagi . Hari ni padan muka buku hang hilang . ''
"Adikngah!!!''
Tiba tiba kedengaran suara ayahnya memanggil nama samaranya. " Solehah, ada orang datang cari kamu !! '
" Ye ayah . Siapa tu ?! Kejap!!'' Jerit Solehah yang tercari cari buku merah itu. Selepas itu, Solehah segera memakai selendang atas rambutnya dan pergi ke ruang tamu bersama emaknya.
"Siapa datang ,ayah ?' Soal Solehah apabila ruang tamu tidak ada tetamu dan ayahnya bersambil lewa membaca surat khabar. Emak Solehah pergi ke luar beranda.
"Kat luar lah.. ' Beritahu ayahnya.Solehah pergi ke luar rumah . Mata tertancap ke arah seorang lelaki yang sedang memegang buku serupa dengannya. Manakala emak Solehah dan lelaki bersalam salaman
"Assalamualaikum makcik. ' sapa Shaari."Waalaikumusalam ... ' Jawab emak Solehah dengan ramah..
"Makcik apa khabar ? Sihat ? Boleh saya jumpa dengan anak makcik? "
"Alhamdulillah sihat walafiat. Yang mana satu ?'
Shaari melihat belakang emak Solehah. "Kat atas beranda tu.. ''
Emak solehah pun menoleh kebelakang dan terlihat Solehah agak gelisah memandang Shaari.
****************************Tiiiiitt... titt ... tit..
Bunyi alatan pemeriksaan nadi itu sentiasa bunyi. Syakqif mengambil nafas sangat dalam. Perlahan lahan matanya membuka dan melihat dunia. Agak kabur padangan matanya . Dia melihat sekitarnya penuh dengan wayar dan katil-katil berwarna putih. .
.
" ... Ya Allah.... Allah.. Allahuakbar.. Aku masih hidup. '' Anak matanya bergerak melihat sekitarnya. Kepalanya perlahan lahan pusing ke kiri dan kanan. Tidak ada siapa melawatnya pada masa itu .Dia pejam mata kembali. Fikirannya goyang dan pening. Banyak perkara yang bermain dalam mindanya. Tak sangka akhirnya dia berada di katil hospital . Seingat dia , sebelum ini dia sedang solat subuh. Tapi kali ini tiba tiba aku di sini.
Dadanya terasa sakit. Dia tak dapat menguatkan suaranya , gelak dan jerit lagi lagi batuk .
Terfikir juga dia sakit apa. Butang di tepi katil yg sedia ada untuk pesakit panggil jururawat ditekan oleh Syakqif .
Jururawat dan doktor menjalankan tugas mereka. Mereka membuat pemeriksaan pada kesihatan Syakqif. Keadaan Syakqif mendapati semakin baik dan sihat .Penyakit itu semakin sembuh.
Doktor menyuruh Syakqif berehat dulu dan mereka akan memanggil ibu bapanya datang ke sini.**
Hati Solehah berdegup kencang. Terkejut dengan kehadiran Shaari. Apa tujuan datang ke mari?
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomanceBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...