Abang Farhan Jahat!- Part 15

2.1K 71 1
                                    


'Macam kenal je suara lelaki ni. Siapa dia ? Nak pergi depan ke tak nak. Nak ? Tak nak ? Nak? Tak nak? ' Daira menelan air liur. Terpaksa jugalah dia tengok kawan Farhan itu. Larat ke dia berdiri depan pintu saja?

Daira menghampiri lelaki berkopiah itu lalu meloboskan punggungnya di sebelah lelaki itu. Daira menoleh ke arah lelaki itu. Dia memperhatikan betul betul tepi sisi lelaki itu. Merah padam pipi Daira apabila mengetahui itu adalah Syakqif!

'Eh, Syakqif! Apa aku nak buat ni! Apa nak buat ni!!!' Soal hati Daira. Dia gelisah.

Syakqif terasa kehangatan di sebelahnya. Dia menoleh sebelah.

 "Astagfirullahaladzim!" Istigfar Syakqif apabila melihat Daira sedang membulatkan matanya.

Syakqif mengesot jauh sedikit daripada Daira. Biar jarak jauh sedikit, ustaz Azhar Idrus kata boleh menaikkan syahwat jika terlalu dekat! Berdosa !

Syakqif teringat akan kata kata gurunya itu.

"Habis iman aku jatuh!" Syakqif terus pandang skrin tv itu sambil menekan nekan punat 'joystick' itu.

" Hah, kenapa pulak?" tanya Daira.

" Sebab kau terlalu cantik. Terrrrlalu canntik."

Syakqif mengulangi ayat itu berapa kali. Dalam maksudnya itu bagi Syakqif. 

 Daira menelan air liur. Adakah ini dia yang sebenar? Kenapa lain penampilan dia? Sejak bila dia pakai kopiah ni?

" Umm, terima kasih. Tak pernah kau puji aku."

Daira mengucapkan terima kasih. Daira melihat kaca televisyen. Usah tanya hati dia,pandang sekali pun tak mahu. Sekali pandang mahu bergegar jantung !

 " Erm, aku tipu jer." selamba Syakqif bercakap.

' Kurang asam dia ni. Nak je aku simbah asid kat muka dia. Pikir kau hensem!' gerutu hati Daira apabila di sindir . Macamlah orang sebelah aku ni hensem sangat sampai ada ramai peminat. 

" Eleh, tahulah kau punya perempuan tu lawa !" Daira bangun dan duduk di atas katil empuk kepunyaan abangnya itu.

" Subhanallah, terlampau cantik bagi aku. Aku sayang sangat kat dia. Kiranya gila gila lah aku cinta kat dia. Comel je dia senyum. Marah lagi comel " Syakqif tersenyum. Perempuan yang aku puji itu engkaulah Daira. Kau je yang tak tahu.

Nadaira jelas mendengar butir butir kata Syakqif itu. sakit hati apabila luahan Syakqif itu. Nadaira mengigit bibir. Tangan mengeggam kuat.

"Alhamdulillah" Senyum kelat Daira berikan.

Syakqif berhenti menekan nekan punat 'joystick' itu. Dia menutup suis PS4 itu. Terasa kasihan pada Daira kerana dia terlalu asyik main PS4. Bagi dia, perempuan mudah tersentuh hati.

Dipasangnya radio Gegar. Elok pula lagu kena dengan suasana. Lagu bertajuk " Ya Sudahlah" menguasai bilik itu. Syakqif mengesot ke tepi lalu menyandarkan badannya di dinding. Di hadapannya terdapat Daira di atas katil sedang membaca buku komik. Syakqif tidak mahu mendekati Daira kerana teringat akan hukum hakam dalam agama. Lepas kahwin, barulah boleh sentuh.

' Comelnya bila dia tunduk... Teringin nak bagitahu kat dia yang aku rindu sangat..' Syakqif mengelamun sambil memandang wajah ayu Daira itu. Lama kelamaan Syakqif perasan yang Daira nampak perbuatan Syakqif itu. Terus dia menoleh ke arah lain lalu mengacah acah bernyanyi mengikut alunan lagu itu.

" Apapun yang terjadi, ku kan slalu ada untukmu.."

Syakqif bernyanyi dengan penuh perasaan.

"Eleh, cover line dengan nyanyi pula. Kau ngitip aku kan?" Tanya Daira.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now