Senyap sunyi menguasai rumah kediaman Najah. Kadang kadang Daira mengisi masa lapangnya dengan membaca buku novel di rumah Najah. Najah ?
Najahlah kawan baik keduanya dalam hidup selain Syakqif.
Memang sudah jadi kebiasaan apabila melepak di rumah kawan dia.Lagipun , Najah membenarkan Daira melepak di rumahnya. Sama juga dengan kawan lain iaitu Diyah dan Ira.Itulah tempat untuk mengadu masalah dia dan merapatkan silaturahim mereka.Najah,Ira dan Diyah adalah sahabat sejatibagi Daira kerana merekalah selalu menegur kesilapan dan sentiasa mengingatkan Daira tentang Islam.
Tetapi ada juga kenakalan comel mereka.Ada kalanya melebih had , contohnya zaman sekolah menengah mereka.Mereka membuat perancangan yang tidak masuk akal untuk membalas dendam terhadap orang orang yang menyakitkan hati mereka.Contohnya, si Lea lah dijadikan bahan mangsa dengan meletakkan minyak diatas meja dia.Ada lebih teruk lagi , kesian Athirah.Yalah , mana tak nya."Plan" Diyah yang dikatakan bijak itu diguna.Tahu apakah plan Diyah ? Letak tahi di bawah meja Athirah.
"Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita.... iaitu menerusi telefon.Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berduamempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam,ehem ehem..adalah tu!"Ira membaca buku Info CINta itu dengan penuh perasaan.
"Kau dah kenapa baca buku tu?Lamun cinte ler broo.."Daira memperli apabila Ira sengaja membaca kuat kuat.Ira senyum kerang apabila Daira cakap begitu.
"Kalau sukakan si Aram tu , cakap jelah.... " Najah yang sedang memasak kari ayam itu tiba tiba menyampuk sekali.
Ira terkejut.
Kantoilah Ira dengan Najah pasal semalam tersengih seorang diri.Ira yang sedang menonton televisyen itu menukar nukar siaran.
"Suka memang suka..Tapi aku nak study dulu"Zira masih menukar nukar siaran.Dia tidak berminat untuk menonton semua dramadalam tv itu.
"Nak bunuh tv eh ? Langkah mayat Najah dulu.Najah bukan boleh bawa main"Daira sengaja bercakap begitu kerana dia pun hendak menonton tv juga.Kadang kadang geram juga dengan sifat Ira.
"K."
"Eh Daira sekarang ni Syakqif buat ape je ? " Soal Diyah. Sudah lama Diyah tidak nampak Syakqif sejak mereka habis SPM.
Daira mengaru kepala. Ah, kenapa semua asyik tanyakan Syakqif pada aku je? Rapat sangatkah aku dengan Syakqif ?
"Hmm... Tak buat apa pun dia tu.. Merempat je.. Tapi banyak luang masa dengan aku lah." Daira cakap malas malas.
Diyah angguk.
"Kau tak suka Syakqif ke ? " Soal lagi Diyah. Yalah, Daira dan Syakqif selalu bersama. Tak pernah berpisah. Tak pernah ke rasa suka antara mereka ni? Pelik...
Daira membulat matanya..
"Soalan apa Diyah tanya ni..? Mana ada!" Daira menunduk. Daira mengetap bibir... Entah mengapa tiba tiba pipinya terasa suam.
Diyah tersengih sengih. Ha!Ha!Ha! Baru tanya soalan itu, kau sudah malu Daira! Betullah tekaan aku selama ni.
"Ha....Kalau dah masuk bab suka siapa ni... Ira ni baca buku tu ada suka sesiapa ke?" Najah membawa periuk nasi dan kari ayam lalu meletakkan atas tikar hadapan tv.
"Eh mesti lah. Kita minat kat abang sado kita!" Jerit manja Ira mengatakan 'crush' nya itu.
"Fuuuuu.Tersenduk aku telan air liur .Nasib tak mati ayam" Daira memperli Ira. Geli siaa dengar perkataan 'abang sado ' itu. Padahal lelaki yang Ira minat itu kurus seperti ikan bilis!
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomanceBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...