Makan Malam

1.4K 56 2
                                    

Pukul  9.00 malam ,Aruna janji nak datang rumah Daira sebab ada makan malam. Disebabkan mereka jarang berjumpa semasa cuti semester , mereka berjanji untuk makan dinner. Biasalah , esok dah kena balik bersama. Lepas ni tak dapat jumpa abang Daira lagi sampai cuti semester lagi. Nombor telefon Farhan pun belum lagi Farhan sudi bagi . Lagipun kalau ambil no Farhan daripada Daira nampak sangat pengecut. .

Pulun sungguh Daira masak makanan Melayu kepada Aruna . Kehadiran Aruna di rumah Daira  bagaikan melupakan Syakqif sejenak. Aruna yang diharapkan dapat menjadi isteri Farhan telah membuat dia berasa gembira. Bukan apa , melihat abangnya bersanding itu sebelum Daira berkahwin adalah satu impiannya. Lagi lagi Aruna yang mempunyai nilai kesopanan tinggi.

Dia menyediakan macam macam jenis lauk di atas meja makan.  Bau makanan itu telah menyedarkan Farhan yang leka bersembang dengan kawan pejabatnya melalui telefon pintar. Bagaikan dirasuk , Farhan berjalan laju ke ruang makan sambil menjerit." Adiikk , masak apa  sedap sangat tuu !!!? "

Daira duduk di atas kerusi itu. Dia lega siap masak untuk tetamu nanti. Dia pandang abangnya yang terhidu hidu bau makanan dia buat. "Beria benar kau ni abang. Aku masak simple je pun dah macam kebulur sangat aku tengok."

Perut Farhan sudah berkeroncong berbunyi. Kata kata adiknya sudah tak peduli . Dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi lalu menuang air basuhan tangan pada tangannya.

"Eh berhenti basuh tangan!" Arah Daira sambil menepis tangan kanan Farhan.

Wajah Daira ditenung oleh Farhan dengan lama. " Kenapa ni ? Aku nak makan lah. Takkan tak boleh .'

"kau boleh makan tapi dengan one condition." UCAP Daira sambil menunjukka satu isyarat.

"Apa?"

Daira memamdang jam . " Tunggu Aruna sampai jap . "

Farhan terpana. Salah dengar ke ni ? Aruna yang seksi tu ? Adik aku biar betul. Farhan acuh tak acuh kelakuannya. Dia mengerut kening dan memandang Daira. " " Adik, buat apa ajak Aruna? Dah lama aku tak dengar khabar dia. '

Mata Daira ke atas . Geram dengan soalan Farhan."Ya Allah, abang ! Adik nak rapatkan korang menjadi satu. Takkan tak faham lagi ?? "

Terjerit isi hati Farhan apabila Daira kata begitu. Bibirnya tersipi sipi senyum. Rapatkan kami menjadi satu ? Adakah itu bermaksud kahwin ? Mesti seronok kahwin dengan Aruna sebab dia tu muka macam hindustan. Terbayang pula menari ala shahkrulkhan dengan kareena kapoor.

‘Eh jap , jap !!  Aruna bukan orang Islam. Mana boleh kahwin . ’Kata Farhan  dalam hati sebaik dia teringat Aruna berpakaian seksi dan berbangsa India. Alah kenapa awak bukan satu agama dengan saya, Aruna. Bayangan dia dan Aruna menari bersama sama serta merta berhenti. Farhan mencebik dan ingin menangis. Harapan membina mahligai kembali musnah.

"Apahal muka kau dah macam tempoyak je aku tengok . Kau tak suka ke Aruna datang ? Eei, sampai hati! " tegur Daira.

Farhan mengelap ngelap air mata yang sedikit  terkeluar dari matanya itu. Dia menggeleng dan marah. "Adik, kalau nak satukan abang dengan bunga bunga kat luar sana pun agak agaklah! Aruna tu bukan agama Islam kan !? Adik, bukan senang nak paksa orang kafir masuk agama islam dengan ikhlas. Kalau sebab kahwin , dia masuk Islam  rugilah dia tak kenal Islam. Rugi! '

Kata kata Farhan membuatkan Daira rasa membara dalam hati. Pantas mukanya berubah menjadi kelat. "Abang !!!  Kepala otak kau Aruna agama kafir !! It’s hurt deep inside my heart when you said it. She is my friend! Dia memang India dan agama lain. But please, jangan hina dia ! . Please respect her although her religion is different . If you really loves her , you willing to be her guardian and correct her to the right way ! Not leave her behind and find another person matches with us. Bukan ke tugas kaum Adam membimbing kaum Hawa?!!  ''

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now