Al Quran itu diletakkan kembali ke dalam rak. Alquran itu diletakkan dalam keadaan susun rapi. Alhamdulilah, hidupnya kini makin tenang. Tenang dengan jiwa yang penuh kerohanian. Walaupun ibunya Kamsiah memaksa Syakqif berkahwin, tapi hatinya telah tenang .
Memang benar dulu Syakqif stres.
Tapi dia telah pilih jalan yang benar.
Ingat dulu, semasa Daira tiada di sampingnya. Semasa Daira masuk U, Syakqif tidur di masjid. Entah, bingit tidur di rumahnya. Tidur tak boleh, makan tak boleh. Buat perkara yang tak salah pun disalahkan. Ibu Syakqif tak habis habis meminta dia berkahwin. Tak terfikir nak tidur kat hotel, sebab nak jimat duit.
Alhamdulilah , pada lewat malam itu. Qada dan Qadar , Syakqif ditemukan dengan seorang wali warak di dalam masjid itu. Kebetulan pada masa itu seorang wali itu membaca al Quran. Tersentap Syakqif mendengar alunan suara mengaji itu.
Memang benar, dia sudah lama tidak mengaji. Ibunya tak pernah memasang ayat Al Quran di rumahnya. Rasa panas je rumah tu.
"Assalamualaikum bang...." Syakqif menegur.
"Sadakallahuazim...."
Al Quran itu ditutup dengan sopan.
Wali itu menoleh. " Waalaikumusalam, anak muda. Kenapa?"
Syakqif mengaru kepala. Segan dirinya menegur seorang wali. Terasa diri ini rendah sangat taraf ilmu.
"Saya terkejut tengok kamu duduk dalam masjid malam buta ni. Tak pernah nampak lelaki muda macam kamu ni waktu macamni. Kamu buat apa dalam masjid ni? " Soal Wali itu.
Syakqif mengetap gigi. " Hehe. Saja saja duduk dalam masjid. "
" Terus teranglah. Saya tahu kamu ada masalah ni . Kalau tak boleh terus terang dengan saya tak apa. Kamu terus teranglah dengan Allah. Beritahulah dia. Luahkan segala apa yang terpendam dalam isi hati kamu. Nama kamu apa? " Ujar wali itu.
Syakqif mengeluh. Wali ini seperti tahu tahu saja isi hatinya. Tersentap pula rasanya bila sebut pasal tuhan ni. Erm, macam tahu je yang dia jarang luahkan masalah kepada tuhan yang SATU.
" Hmm, panggil saya Syakqif. Memang betul, saya ada masalah.. Saya rasa berdosa. Saya anak derhaka...Saya nak bertaubat..." Beritahu Syakqif dengan resah . Syakqif menunduk. Rasa malunya apabila beritahu benda macam tu. Wali itu sudahlah mukanya bersih pasti hatinya lagi bersih . Terasa iman ni sekecil semut.
Wali itu menatap wajah Syakqif.
"Syakqif, kau bukan anak derhaka."
Syakqif mendongak. Huh?
" أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ } [المائدة: Artinya maka mengapa mereka tidak bertobat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."" Wali itu bersungguh sungguh membaca suatu ayat dari petikan surah Al Maidah . Memang sunggguh hebat suaranya. Sangat jelas dan mantap .
Terkelu Syakqif . Hatinya memang tersentuh.
Tersentuh dengan ayat yang dilontarkan oleh wali.
Air mata jatuh.
**
"Allahuakbar . Allahuakbar. "
Azan berkumandang.
Buat pertama kalinya buat Syakqif , dia mengazankan sekitar tempat itu di masjid . Apabila mengalunkan azan itu , terasa hatinya sedih. Sayu. Sayang.
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomantikBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...