Dalam diam aku cinta ustaz Part 3

4.8K 122 2
                                    

Syakqif menarik hidung Daira.

"Weh,Daira kenapa kau mata kau berair je ? "Syakqif menegur. Daira seperti tersedar dari termenung. 

"Hah? "  Daira acuh tak acuh. Dia mengelap air matanya itu. 

Sebenarnya Daira teringat kisah tragis arwah ibunya. Pahit sungguh kenangan itu.

"Kau ok ke tak ? " Syakqif sudah mengerut dahinya itu.

"Erm..okay hehe" Daira menutup mukanya.Bukan apa, kantoilah nanti aku menangis.Syakqif memandu kereta macam tak mahu saja. Sebab.... risau melihat Daira begitu. 

"Betul ke ? Aku tak boleh tau tengok perempuan nangis. Lagi lagi kau nangis. ? " Ujar Syakqif.

Lantas Daira berpura pura batuk.

"Haha , mana ada aku nangis. Aku selsemalah ! "Daira menumbuk manja pada wajah Syakqif.

"Adoi, agak agak lah time aku driver kau nak tumbuk!  " Jerkah Syakqif. Tapi tercuit sedikit hatinya.

 Daira menjelir lidah. Suka hati dialah nak tumbuk Syakqif pun. Ha!Ha!

"Awek tu kat mana ? " Tanya Syakqif.

"Restoran ..."

"restoran ? "

"kedai ali mamak"

"Hah... ? " Syakqif mengerut kening. Biar betul jumpa dekat kedai mamak? Agaknya awek kampung ni yang Daira katakan.

"Siapa yang aturkan ke situ ? " Syakqif hairan . Takkan lah bakal tunang dia orang mamak.

"Dialah." Sepatah Daira kata.

"Orang mamak ke ?"

"Tengoklah nanti."Daira tersenyum sinis.

Alahai.... Daira. Aku tahulah sikap kau.

Syakqif yang memandu kereta itu hanya mengangguk sahaja.Dia tahu Daira suka menipu.  Syakqif tersenyum seorang diri apabila berangan memiliki menantu orang eropah. Agak agaknya pasti ibunya suka. Kalau menantu ibu yang pandai masak dan tahu jaga dirinya lagi ibu sambut.

 Daira yang melihat Syakqif tersenyum seorang diri itu tersenyum sinis. Dia mencuit pipi Syakqif itu.

"Hoi, jangan berangan lah kau nak dapat isteri cantik kalau termenung pun sudah tersenyum kambing!" Jerkah Daira sambil menarik narik pipi Syakqif itu. 

Syakqif memuncungkan mulutnya itu. Kacau saja aku hendak berangan!

                                                                                                -

                                                                                                     -

"Manalah diorang ni .." Lea memasamkan muka.Hatinya panas.Jam yang dipergelangan tangan kanan sudah menunjukkan pukul 9.30.Jari tangan Lea menari nari diatas meja lapuk itu . Ee , dah lah kotor meja ni.Ada hati nak tawan hatiaku dengan 'dating' kat sini.Lea memaki hamun lelaki itu.Entah entah , Nadaira bohong yang lelaki itu kaya.Siap kau, Daira!

Ok tak mengapa, kita tunggu siapa lelaki yang beria nak jumpa aku tu!

10 minit telah berlalu.Hati Lea bagaikan api marak.Teringin sahaja Lea menembak orang orang yang berada disini. Baru sahaja Lea bangkit dari kerusi itu untuk beredar dari kedai mamak yang sangat jijik itu, tiba tiba sebuah kereta ferrari datang ke kedai mamak itu .Kereta canggih itu menarik perhatian orang ramai.Ramai yang terkejut kehadiran kereta itu malah ada yang terjegil melihat kereta itu.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now