Usai pagi, cahaya matahari menyinari bilik tidur Daira. Terlentang satu badan Daira di atas katil sedang membongkang. Telefon yang dipegangnya berbunyi dengan kuat. Sedangkan Daira langsung tidak terkejut akan bunyi itu. Namun berdengkur dengan kuat mengalahkan hensetnya.
DRING..
Telefon itu berbunyi sekali lagi.
Pintu biliknya dibuka perlahan. Terpancul kepala Farhan sedang menjengah Daira dalam bilik.
"Hm, Pekak badak.. Telefon dekat sebelah telinga je."Ulas Farhan. Farhan mengatur jalan langkah ke katil untuk mengangkat telefon itu. Dasar adik tak angkat telefon. Kesian orang tu telefon berkali kali dari tadi. Aku dalam bilik sebelah dengar banyak kali telefon dia berbunyi. Ish!
"Hello?" Suara perempuan bergema dalam henset itu.
'Eh merdunya suara. Tapi suara ni macam pernah aku kenal je. Siapa ya?' Hati Farhan berceloteh. Sekali lagi dia melihat nama panggilan. Tergamam seketika.
Aruna..
Alang alang kawan baik Daira, lebih baik Farhan mengorat. Boleh jadikan isteri ke? Biasanya kawan Daira ni jenis orang yang mithali dan soleh.
Farhan acah-acah batuk untuk menyedapkan suaranya itu. Kena bagi ayat terbaik ni untuk ngorat Aruna! Tetiba hatinya terpikat pada suara Aruna yang lembut itu. Ayat terbaik untuk pikat gadis mestilah sopan! Barulah perempuan suka dengan kita.
"Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh..." Farhan memberi salam dengan suara machonya sambil meninggalkan bilik tidur Daira itu. Takut Daira tersedar yang dia rampas henset adiknya. Terkantoi nanti mahu dia sembelih kepala aku.
"Erm...Siapa ni!" Terkejut Aruna apabila suara lelaki yang jawabnya.
"Ala.. saya ni ha abang si kawan awak tu." Farhan sudah tersengih mendengar suara Aruna yang terkejut itu. Haih, comelnya!
Kini Farhan berada di balkoni luar sambil menikmati udara di balkoni luar itu. Bolehlah curi tengok pemandangan sambil bergayut dengan kawan baik adik aku ni!
"Oh...Hehe. Erm, awak ni Farhan ye? Hihihi!" Terselit manja Aruna dalam ketawanya itu. Tiba tiba Aruna terasa malu pula. Ish, mana tak malu! My crush yang bercakap dengan aku ni.. Suka! Suka!
"Eh, betullah. Hehe, abang Farhan yang macho dan gagah perkasa tu. Ramai gadis menambat hati kat abang Farhan. " Kata Farhan dengan megah.
"Oh. Yeke?" Aruna senyum tersipu malu.
"Hmph, tapi abang tolak gadis gadis kat luar sini." Ujar Farhan dengan bongkak. Padahal mana ada perempuan suka kat dia. Jarang sangat! Ini pun terpaksa menipu sebab nak dia cair.
"Kenapa?" Tanya Aruna.
" Saya sedang tunggu seorang gadis ni. Alangkah indahnya kalau gadis itu di depan mata saya sekarang. Sudahlah suaranya pun menambat hati saya. Harap harap dapatlah buat isterikan?" Farhan mainkan keningnya itu.
Aruna gelak kecil. Lawaklah abang Daira ni.. Patutlah Daira selalu cerita pasal dia dekat aku.
"He! He! He! Agaknya siapalah gerangan yang bertuah itu ya cik Farhan."
"Tak perlu panggil Cik. Panggil abang Farhan. Abang Farhan" Farhan mengulangi perkataan terakhir itu supaya Aruna mengikut cakapnya itu. Pleaselah sebut abang Farhan, mesti comel!
'Nakalnya abang Daira ni. Fikirkan aku yang tergedik dekat dia. Rupanya dia yang lebih.' getus hati Aruna.
"Ha! Ha ! Ha! Baiklah , abang Farhan. Tujuan saya nak telefon ni. Bukan nak borak dengan abang Farhan. Tapi saya nak borak dengan Daira. Daira mana?" Aruna menerus terang saja. Malulah nak sembang dengan abang Farhan. Lagipun dia nak call Daira sebab nak ajak keluar. Bukan nak borak dengan Farhan.
YOU ARE READING
Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]
RomansaBertudung labuh perempuan itu ialah Daira yang mengetepikan soal cinta. Lelaki umpama puteranya muncul sebagai sahabat sejak mereka berdua sekolah. Syakqif seorang pemuda tidak memegang agama utama dalam dirinya. Namun, dirinya terasa kehilangan c...