Kelu- Part 26

1.6K 64 2
                                    


 PINTU kereta dihempas kuat. Daira  masuk ke dalam kereta sambil menangis. Dia menghentak stereng kereta berkali kali. Matanya basah. Kepalanya sakit memikirkan apa yang berlaku tadi. Apa yang  perlu dia buat ? Dia tidak mahu buat keputusan terburu buru lagi. Hatinya sakit apabila Shaari kata begitu. Bukan dia suka pun sebab dia tak mahu Syakqif salah sangka terhadapnya. Daira serba salah.  Fikirannya buntu.

**

 Mereka semua terpaku melihat adengan yang berlaku tadi . Kawan  kawan  Daira langsung tak unexpected perkara ini akan berlaku . Setahu mereka, Daira akan beritahu semua cerita dia pada mereka. Tapi inii tak. 

Mereka  memandang satu sama lain dan cepat cepat makan untuk pergi ke Daira . Takut nanti bunuh diri pula. Bagi mereka, Daira tu bukan boleh main. Suka buat keputusan bodoh. 

Solehah pula sudah masam muka. " Korang makan lah sampai habis. Aku nak pergi tolong apa yang patut . " 

Dia terus bangun dan pergi dari situ sehinggakan Shaari berasa pelik. Syakqif pun mengundur diri juga tinggalkan mereka.

Shaari menelan air liur. Sungguh apa yang dia buat tadi memalukan diri. Rasa macam nak lari saja dari mereka ni. Mereka ni pula dah la jenis tak  bertanya macam macam kat orang yang tak berapa rapat macam aku ni. Nanti mereka salah tanggap pula.

"Erm, aku pergi dulu ya. Aku pergi makan kat bahagian khemah laki. Malulah kalau aku makan dengan perempuan ramai ramai macamni. " Shaari cuba mengelak daripada mereka.

"Tunggu!" Kata Diyah selesai makan itu yang sedang basuh tangan menggunakkan air dalam botol mineral.

Shaari terkejut. " Erm apahal? " 

" Apa yang berlaku , Shaari ? Kau duduk makan dengan kami. Aku nak tahu! Pasai apa hang cakap i love you kat Daira? Hang boyfriend dia ka? Hang jangan nak buat pasal dengan Daira. Semua benda pasal hidup dia , kami tahu tau! Baik hang cerita pasaipa! Dulu baik je, tak ada pun miang macam ni. Sekarang dah hensem , gatal pulak ! Hensem tak bawa makna okay! " Habis Diyah membebel pada Shaari . Apa yang Diyah cakap memang benda betul. Mereka fikir Shaari ini baik orangnya tapi bila dah tunjuk tanduk... Rasa menyampah.

 Tergugat jantung Shaari apabila dipaksa ceritakan. Shaari menarik nafas. Entahlah rasa hilang arah. Muka Shaari berubah pucat . Takut .

Akhirnya Shaari duduk dan cuba menerangkan dari awal cerita sampai akhir cerita. Memang dia akui yang dia sukakan Daira tapi dia tidak tahu yang Daira mempunyai perasaan yang sama ataupun tidak. 

**

Pinggan pinggan kenduri itu telah basuh dan disusun pada rak pinggan. Matanya basah. Sekali jari jemarinya menyapu air matanya. Solehah leka basuh pinggan sambil fikirannya melayang tentang peristiwa tadi .

Kenapa dia perlu rasa sedih? Perasaan apakah ini? Hatinya terasa pecah umpama kaca. Tapi kenapa? 

"Adakah aku mulai cintai Shaari ? " soal dirinya.

Tak! Tak mungkin aku suka pada orang yang sudah berpunya. Lagipun kekasih dia itu kawan sekolah aku. Tak mungkin aku mahu menjadi seorang perampas. 

Solehah memegang dadanya mendengar degupan jantung. 

"Tapi... aku cintakan dia. Kalau aku menangis, mestilah aku cintakan dia. " Bisik pada dirinya. 

Benar. Dia suka Shaari. Pertemuan mereka kali ini tak panjang . Baru berapa minggu. Hatinya sudah pun terpaut. 

**

Amin berjalan mencari Syakqif. Sempat dia bertanya pada makcik pasal Syakqif.

"Makcik, ada nampak kawan saya tak ? Nama dia Syakqif. " Ujar Amin.

Makcik bertudung merah itu menggeleng . " Makcik tak kenallah , nak." 

Amin senyum saja." Tak apalah. Terima kasih erk." 

Lantas, dia berlalu pergi dan menuju ke tandas awam berhampiran kenduri ini . Tandas awam memang dah sedia lama disitu untuk kegunaan orang ramai. Dia berasa tidak puas hati dengan Syakqif. Hilang begitu saja tanpa beritahu dia pun. Siapa tak kecil hati.

" Budak ni pun satu. Balik rumah bukan bagitahu aku pun . Kesian aku sorang sorang kena gaul rendang ayam tadi. Dah la blah macam tu.Sakit hati aku dia ni. Kalau aku jumpa dia mahu aku tumbuk--dia'' Amin berhenti membebel sebaik saja mendengar Syakqif gelak dalam tandas.

Dia menelan air liur. "Syakqif? " 

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!" 

"Woi, apa kejadahnya kau gelak dalam tandas? Gila ke ? " 

DUSH!  

                      Dush!

                                     Dush!

Amin sudah cuak. Tadi gelak. Kali ni bunyi bertumbuk pula. Apa dah kena dengan dia ni? Kena sampuk dengan jin ke ? Mampuslah aku mana boleh baca doa dalam tandas.

"Wei, bukanlah pintu ni. Ko dah kenape? Ko okay ke tak ni.. ? " Soal Amin dalam keadaan gelisah. Dia cuba memulas tombol pintu dari luar. Tak boleh, melainkan tendang pintu ni.

Bunyi dengusan kuat dari dalam.

" SIAPA KAU? " Jerit Syakqif.

Amin sudah gigit jari. Garangnya.

" Kawan kau pun tak kenal. Ini Amin. " 

Barulah pintu tandas itu dibuka dan Syakqif keluar dari tandas itu.  Mukanya mempamerkan senyuman yang manis kepada Amin. Tanggappan Amin salah, ingatkan apabila Syakqif keluar dari tandas ini mukanya bengis macam hantu lepastu terkam dia. 

Pelik.

Tapi Amin sedar matanya merah gila. " Wei, mata engko merah. Ko kenapa? " 

Syakqif membasuh tangannya di sinki air. " Aku nak balik rumah lah. Aku tak larat la , Min. Bukan apa, aku tak cukup tidur. Upah aku tu aku kasi kat kau je la.  "

Amin bengong sekejap. Tadi masa gaul rendang , matanya tak adalah merah mana. Tipu ni...

"Ko nangis ke? Cam perempuan dowh! " 

Syakqif memandang tajam. " Mana ada. " 

Koff ! Koff ! 

Dia terbatuk kuat. 

Amin hairan .

" Aku blah dulu. K chaw!  Jumpa esok . " Kata Syakqif sebelum dia keluar dari tandas awam itu. Sepanjang langkah, dia asyik batuk dan menutup mulutnya. Amin sedar Syakqif batuk kerana bunyi batuknya sangat kuat sampai naik rimas. Amin perasan Syakqif tidak gembira. Rasa hatinya kata begitu.

**


Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now