N.C.K 1

945 23 4
                                    

Hayus berjalan masuk ke dalam sebuah bakery milik keluarganya. Tetapi hasil usaha Hayus untuk memajukan lagi kedai bakerynya itu. Sarah dan Anissa ialah pekerja di bakery itu. Mereka berdua telah bekerja selama lima tahun sejak bakery itu dibuka.

"Cik Hayus, tempahan semalam ada di atas meja Cik Hayus. "

"Oh okey, thanks Sarah. "

Hayus melangkah masuk ke dalam ruang pejabatnya. Ruang pejabatnya kecil dan mudah untuk dikemas. Dia lebih gemar ruang kerjanya kecil jika besar susah hendak mengemasnya.

Hayus meneliti satu per satu tempahan yang berada di atas mejanya. Dua tempahan daripada Tengku Ayrina. Semuanya untuk majlis kahwin anak tirinya itu. Untung rasanya dapat mak tiri macam Tengku Ayrina. Apa nak dia kasi. Senangnya hidup begitu.

Haih, kalaulah aku dapat ibu tiri begitu. Memang tak payah aku kerja sekarang .

Eh, apa aku berangan ni. Banyak lagi kerja nak kena settlekan ni adoyai. Hayus... hayus... kau bab berangan nombor satu. Hoho biasa..

"Anissa, saya nak awak siapkan tempahan ni before this Friday. Sarah you must help her too."

Hayus memberi arahan kepada dua pekerjanya itu.

Hayus menapak ke kaunter bayaran. Dia cek satu per satu bil kedai ini yang perlu dibayar. Mati kalau tak bayar, silap hari bulan mau kena tutup kedai ni.

Ezzat baru sahaja menamatlan pengajiannya di Seoul, Korea. Selama empat tahun dia berada di sana. Ezzat meneruskan kerjayanya yang selama ini dia hanya menjadi model sambilan. Dia berhenti seketika kerana mahu menyambung pelajarannya.

"Esok we still have this job. So, all of you guys kena hadir and punctual please. Siapa yang tidak dapat hadir please inform dekat saya. "

Tukang juru camera memberi arahan dan nadanya tegas.

Ezzat mencapai beg sandangnya untuk beredar pulang ke rumahnya. Hatinya berdetik untuk masuk ke dalam bakery itu. Sebelum ini tiada lagi bakery yang berhampiran dengan studio ni. Maybe baru buka.

Kakinya melangkah ke bakery tersebut.

Hayus khusyuk mengira-gira bilangan yang perlu dibayar

Pintu kedai bakerynya itu dikuak dari luar. Hayus menyimpan semula bil-bil di dalam satu kotak saiz sederhana.

"Selamat datang Encik, boleh saya bantu? "

Ezzat buat-buat tidak dengar suara seorang gadis dari belakangnya. Dia malas hendak melayan.

Ezzat mencapai sebotol air mineral serta sebungkus roti yang tersusun di bahagian rak roti.

Ezzat berjalan menuju ke kaunter. Dia meletakkan satu keping RM 10 kemudian dia tidak menunggu baki malah, dia berlalu pergi sahaja dan dia cakap...

"Keep the change..."

Hayus memandang mamat tu dengan pandangan yang tajam.

Alamak aii, kereknya mamat tu. Ingat macho ah dengan cermin mata hitam dia? Ish, keep the change konon. Ingat kita ni dekat America ke? Waduh-waduh...

Hayus bermonolog dalam hatinya. Bengang sedikit dengan sikap mamat tu. Sombong.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now