N.C.K75

167 10 0
                                    

Tuk... tuk...
Tuk... tuk...
Bunyi kasut tumit tinggi berbunyi ketika wanita menggunanya. Suraya adalah salah satu gemar mengguna kasut tumit tinggi.

Suraya berjalan menuju ke sebuah cafe berhampiran dengan kawasan perumahan Ezzat. Dia berseorangan pada hari ini. Dia sendiri entah kenapa berasa amat geram dengan konco-konconya meminta duit lebih tapi hasilnya masih sama. Dia berasa penat hendak menyuruh konconya membuat kerja. Duit nak tetapi kerja langsung tak jalan.

Amir ternampak seorang gadis yang dia amat kenal. Pelannya nak ajak gadis itu pergi ke pusat karaoke pada hari yang lepas tetapi pelannya tidak menjadi. Maka, dia ambil langkah berjaga-jaga supaya gadis itu mahu ikutnya sekali pergi ke pusat karaoke.

Amir berjalan sambil bersiul. Bahagianya hatinya ketika itu. Sengaja dia berjalan di hadapan gadis itu untuk menarik perhatian gadis itu. Malangnya, gadis itu langsung tidak memandangnya.

Dengan muka selambanya, Amir terus duduk bersebelahan dengan gadis tersebut.

"Hai Suraya, lama kita tak jumpa kan?"

Suraya sudah mengangkat kakinya untuk beredar ke tempat lain. Tapi, malangnya Amir lebih pantas mengenggam tangannya dengan lebih kuat.

"Lepaslah!"

"Shhh, cmonlah jangan lari. Bukannya I nak buat apa pun."

Suraya meronta hendak melepaskan dirinya tetapi cengkaman Amir lebih kuat yang disangkanya.

"Jom ikut I sayang."

Amir mengenyitkan matanya sambil mengheret sekali Suraya berjalan menuju ke kereta.

Hayus mengerang sakit. Dia mengusap perutnya sambil mengelap peluhnya yang mengalir di atas dahinya.

Umairah yang mendengarnya terus mendapatkan Hayus yang berada di dalam biliknya.

"Hayus kenapa ni? Bagitahu kakak."

"Sakit... perut Hayus."

Umairah mengusapnya lalu mencapai minyak angin. Dia mengurut sedikit belakang Hayus supaya berasa lega.

"Biasalah time ni perut mengeras. Kalau sakit lagi Hayus panggil kakak. Kakak ada dekat depan ni."

Hayus berasa lega sedikit apabila kurang berasa sakitnya. Nasib baik tak ada apa yang berlaku.

"Kenapa Umai?"

Umairah agak terkejut apabila disergah begitu.

"Hayus, biasalah time ni baby banyak menendanglah, sepaklah sampai keras perut dibuatnya. I tahu because my mom told me before this. My little boy..."

"Oh. Adik awak paling kecil umur berapa?"

"This year 15lah. Kenapa?"

"Just asking."

Ai Ling masuk semula ke dalam biliknya. Umairah kembali duduk mengadap di depan computer melayan Skype bersama rakannya yang berada di Malaysia.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now