N.C.K98

189 10 0
                                    

Umairah masuk terjah begitu saja. Tanpa segan-silu dia menghempas pintu itu dengan kasar. Hayus berasa takut melihat kakak iparnya jadi sikap sangat garang. Umairah sudah menceritakan perihal yang sebenar kepada Hayus. Hayus pun terkejut dengan cerita yang disampaikan. Azri ialah seorang reporter. Dia mendengar semua perbualan diantara Fien bersama Suraya.

"Umai! Hey!"

Suraya berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia memandang tajam ke arah Azri. Semestinya, Azri telah memberitahu semuanya kepada kakaknya. Azri sayang akan abangnya. Dia tidak mahu abangnya berkahwin dengan Suraya.

"Don't touch me!"

Umairah menolak Suraya sehingga Suraya tidak dapat mengimbangkan badannya. Tuan Arman lantas mendapatkan anaknya yang hampir terjatuh.

"Kenapa ni?"

"Don't ask me why? You should ask your daughter what did she do!"

Umairah menengking kearah Suraya dan papanya. Baginya, tidak perlu nak ditakutkan jika dia mahukan menenggakkan kebenaran.

Ezzat terdengar suara kakaknya. Kakinya pantas melangkah turun ke tingkat bawah. Ezzat mendapatkan isterinya tetapi Suraya terus menolak Ezzat jatuh kebawah.

"Apahal kau nak tolak adik aku?!"

Umairah membantu adiknya bangun. Ezzat mendapatkan isterinya. Dia terus memeluk isterinya.

"Eh kau! Apa masalah kau? Macam tak boleh nak tengok aku senang pula!"

Belum sempat Suraya hendak menampar pipi Umairah, Azri lebih pantas menahan Suraya daripada menampar kakaknya.

"Kau perempuan tak tahu malu. Bapak dengan anak sama je! Ni isteri Ezzat! Kau tu dah mengandung anak luar nikah ada hati nak berbinkan anak kau dengan adik aku? Memang tak ah! Langkah mayat aku dululah perempuan!"

Umairah tidak dapat mengawal dirinya lantas tangannya hingap di pipi Suraya. Suraya tercengang.

"By the way, uncle your daughter dah jijik! I know siapa yang rogol dia! Fien also knows about this isn't?! Fien, awak bersubahat dengan Suraya hendak menghancur hidup Ezzat! Kakak jenis apa awak ni? Kakak nak report polis sekarang juga!"

Umairah keluar daripada rumah. Hayus mahu ikut kakak iparnya tetapi dihalang oleh Ezzat.

"Azri akan teman kakak."

Ezzat memeluk anaknya. Anaknya menangis kerana terkejut dengan suara orang menjerit. Ezzat cuba menenangkan anaknya.

"Papa malu dapat anak macam Suraya!"

Tuan Arman menampar anaknya. Dia tidak percaya anaknya itu sudah pandai menipu.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now