N.C.K112

208 6 0
                                    

Pada pagi itu, Suraya sudah dihantar ke wad bersama anaknya sekali. Tuan Arman sujud syukur apabila menerima anak perempuannya itu selamat serta cucunya sekali.

"Anak tu... bagilah dia minum susu "

Suraya jadi malas hendak menyusukan anaknya sendiri. Kalau ikutkan hatinya dia mahu membiar anaknya itu mati kelaparan.

"Bukan anak I! "

Suraya memuncungkan mulutnya sambil menonton televisyen. Dia tidak mengambil peduli langsung perihal anaknya itu. Hayus melihat anak kecil itu menangis kerana berasa lapar. Hatinya terdetik untuk menyusukan anak kecil itu kerana Hazrien masih lagi menyusu badan.

"Tak apalah uncle... bagi Hayus susukan dia."

Hayus mendukung anak kecil itu dengan penuh berhati-hati.

"Ambil sekali budak tu! Aku taknak!"

Suraya melepaskan amarahnya kepada Hayus. Telinganya berasa bingit apabila mendengar anak kecil itu menangis sahaja apabila sesudah saja keluar daripada perutnya.

"Apa su cakap ni? Itukan anak su sendiri?"

"That's not my child! Su malas nak jaga budak macam tu. Tahu nak melalak aje!"

Tuan Arman meraup mukanya. Dia berasa kesal dengan percakapan suraya yang tidak menggunakan akalnya.

"Wey perempuan! Kau ambil budak tu lepastu bela dia. Aku taknak tengok muka dia. Dah bawa dia balik!"

Suraya menghalau Hayus keluar daripada wad dimana Suraya ditahan didalam wad sekarang. Hayus tercenggang dengan kata-kata daripada mulut Suraya. Sampai begitu sekali dia benci akan anaknya sendiri.

"Baiklah... tapi dengan syarat. Jika anak ni membesar su tak boleh ambil dia daripada Hayus dan Ezzat. Anak ini akan dibintikan dengan nama Abdullah"

Hayus keluar daripada kawasan wad tersebut. Nyenyak anak kecil itu tidur.

"Kenapa sayang bawa anak suraya?"

Berkerut dahi Ezzat melihat isterinya mendukung anak kecil itu.

"Suraya tak nak budak ni. Dia suruh kita bela. Abang... kita jaga ya? Kesian dia. Biarlah dia jadi sebahagian dengan keluarga kita. Hazrien ada kawan. Tak apakan abang? So, jom kita buat surat beranak pastu kita balik ya bang?"

Ezzat anggukkan kepalanya.

"Nama baby ni?"

Hayus senyum sambil mengusap tangan anak kecil itu.

"Ellysa Dania"

"Comel je nama baby. "

"Mestilah"

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now