N.C.K92

184 9 0
                                    

Fien terdengar suara tangisan dari dalam bilik Suraya. Sudah masuk seminggu Suraya duduk terperap dalam biliknya. Diajak keluar terlalu banyak alasannya. Fien jadi risau apabila Suraya asyik menangis saja.

Fien menguak pintu bilik Suraya. Dia melihat Suraya sedang baring diatas katil yang bersaiz queen.

"Su..."

Suraya mengesat air matanya. Dia mahu merahsiakan tentang dirinya yang sedang mengandung anak luar nikah.

"Suraya, are you okey?"

Suraya menganggukkan kepalanya. Dia tiada mood hendak berbual ketika itu. Ada saja benda yang tak kena tak pasal-pasal Suraya jadi mengamuk.

"Su, I risaulah tengok you. Come on lah... you can tell me anything!"

Fien mengusap tangan Suraya perlahan supaya Suraya berasa tenang. Dia benar-benar rindu akan Suraya yang dulu. Ceria saja. Sejak kes kehilangannya, terlalu banyak perubahan. Suraya jadi takut dan cepat menangis. Fien mahu membantu Suraya tetapi Suraya seperti tidak mahu diganggu.

"Azri... tell me now. Where's kakak Umairah?"

Azri hendak memberitahu perihal yang sebenar tetapi dihalang untuk memberitahu dimana kakaknya. Jika Azri memberitahu perihal sebenar didalam rumah semestinya Puan Sri Anggun akan marah jadi lebih baik dia tidak memberitahu kepada Ezzat.

"Azri..?"

Ezzat mendesak ingin tahu. Hatinya tidak tenang jika dia tidak mendapat Hayus dan kakaknya.

"Kakak ada dekat London."

"Sure?"

"Azri tahulah. Kakak selalu call bam bam sebab nak ambil tahu keadaan busuk."

Ezzat mengangguk tanda dia sudah faham.

"Buat passport jom!"

Ezzat memandu keretanya. Dia tidak mahu lagi dah menahan tahap kerinduannya kepada isterinya.

Suraya memeluk Fien. Dia berasa tenang sedikit apabila dia sudah memberitahu perihal yang sebenar. Fien tercengang dengan cerita yang dicerita kepadanya. Dia tidak tahu langsung yang sepupunya itu dirogol. Kerana itulah Suraya tidak mahu report kepada polis. Fien sudah tahu kenapa...

"So anak ni macam mana?"

Suraya mengelenggkan kepalanya. Dia juga tidak tahu bagaimana hendak memberitahu tentang anak luar nikahnya itu.

"Kahwin ajelah dengan Ezzat."

Suraya mengangkat mukannya lalu memandang serious terhadap sepupunya. Rancangan jahat mereka diteruskan.

"You can tell my mom about your baby. So? "

Fien tersenyum sinis. Kepalanya sudah terfikir rancangan jahatnya mahu satukan Suraya dengan Ezzat. Dia tahu Hayus tiada di dalam Malaysia sekarang ini. Jadi dia mahukan Suraya jadi adik iparnya walaupun caranya agak kejam dan tidak berhati perut.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now