N.C.K5

273 16 0
                                    

Umairah berjalan masuk ke dalam bakery itu. Nice decorate. Susun aturnya kemas dan bersih. Mesti citarasa pemilik kedai ni ala-ala matsalih. Warna di dinding dicatkan warna putih dan pink cair. Colour lembut pandai pemilik ni ambil perhatian pembeli.

"Selamat datang, Cik. Boleh saya bantu? "

Hayus menegur seorang gadis yang baru sahaja menjejakkan kakinya di kedainya.

Macam pernah nampak perempuan ni. Tapi, kat mana eh?

Hayus menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Hello, saya belum tempah apa-apa lagi, awak dah garu kepala? "

Terkejut Hayus. Dia tersengih menahan malu.

"Saya nak buat tempahan. Boleh saya tahu kek saiz sedang berapa? "

"Depends kepada jenis kek. Sekejap saya pergi ambil buku analog saya. "

Dengan pantas Hayus mencapai buku analognya yang setia berada di atas meja kerjanya. Dia menyerahkan buku analognya kepada gadis tersebut.

Umairah mengambil dua bungkus roti. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk si busuk.

"Nah, dalam ni ada beberapa jenis kek yang selalu orang menempah. "

Umairah menyambutnya dengan tangan kanan.

Dia membelek satu per satu jenis kek yang berada di dalam buku analog tersebut.

"Saya nak tempah Kek Tiramisu Asas. Size sederhana. Saya nak exactly dalam gambar ni with strawberrys and some blueberries. "

Hayus mencatat di dalam buku nota kecil untuk setiap tempahan yang orang menempah.

"Nama nak warna dia putih. Senang nak ambil gambar nanti. Cream pun tak apa. And make sure nama dia don't forget letakkam nama dia 'Azri Shah ' '14' Oh lupa atas nama tu tuliskan 'Selamat Hari Jadi. "

Hayus mencatat setiap kata-kata gadis itu. Kalau tersilap naya dia.

"Ada lagi? "

"Tak ada dah. "

"Cik boleh tuliskan nombor telefon Cik dan nama Cik sekali. "

Umairah mengambil buku kecil itu lalu dia menulis namanya serta nombor telefonnya sekali.

"Bayar macam mana? "

"Bayaran, selepas kek itu siap. "

"Oh okay, hari Jumaat ni saya datang untuk ambil kek."

Hayus mengangguk kemudian dia meletakkan hari yang perlu dia menyiapkan kek itu.

"Berapa semua harga ni? "

"RM4. "

Umairah mengeluarkan satu keping RM 5 lalu menyerahkan duit itu kepada Hayus.

Hayus memulangkan baki tersebut.

"Terima kasih, sila datang lagi ."

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now