N.C.K106

202 8 0
                                    

Usai sudah majlis akad nikah bagi pengantin yang baru saja diijab kabul. Tersengih-sengih pasangan yang sudah sah menjadi suami isteri itu. Mereka nampak begitu ceria dan bahagia sahaja.

Semua tetamu yang hadir pada hari itu dapat menyaksikan pasangan sejoli itu diijab kabul. Suraya memerhati gerak-geri Ezzat. Ada saja perkara yang dia mahu lakukan. Para tetamu kebanyakkan sudah keluar daripada ruang tamu itu untuk menjamu makanan yang sudah siap disediakan.

Hayus sengaja merangkul pinggang suaminya dari belakang. Dia sendiri perasan Suraya memerhati gerak-geri suaminya itu. Maka, dia mahu suaminya sentiasa berada disampingnya walaupun berada didalam rumah.

"Rindu abang ke?"

"Abang rasa?"

Ezzat tersengih melihat isterinya tidak mahu berganjak.

"Hazrien mana?"

"Tu dekat kakak Umairah."

Suraya merengus kasar lalu mendaki naik ke tingkat atas. Berasa rimas dia apabila pelannya tidak menjadi kerana Hayus langsung tidak berganjak daripada suaminya. Fien melihat Suraya menahan amarahnya.

"What's wrong?"

"I bencilah tengok Hayus tu. It should be me yang duduk berkepit dengan Ezzat!"

Suraya menghempas beg tangannya di atas katil. Fien juga malas hendak melayan tetamu di bawah.

"Cool down please. Your plan tak menjadilah?"

"Memang taklah! His wife tu ugh! You know what! I want to punch her."

Fien ketawa.

"Come onlah, cuba bawa bertenang. By they way, tidur sini ke?"

"Yes I tak nak balik rumah papa I. Kena dera. "

Umairah mendapatkan adik iparnya itu.

"Hayus dengan Ezzat jadi ke nak pindah rumah?"

Ezzat anggukan kepalanya. Memang pelannya dia mahu berpindah kerana tidak mahu menyusahkan mama dan papanya. Lagipun, Ezzat sudah mampu menyara hidup anak dab isterinya. Hayus setuju permintaan suaminya itu. Baginya, dia mahu hidup berdikari.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now