N.C.K76

173 9 0
                                    

Azri menyusun semula buku-buku rujukannya di atas meja belajarnya. Fien mengetuk pintu bilik adik bongsunya. Riak mukanya agak risau seperti ada masalah besar pula.

"Azri, akak nak tanya sikit."

"Apa dia kakak?"

"Azri ada nampak Suraya tak?"

Azri menggelengkan kepalanya. Fien sudah mengerutkan dahinya. Sudah petang begini pun Suraya masih pulang ke rumah. Fien sudah risau kerana telefon tidak berangkat. Biasanya, Suraya sentiasa on call. Hari ini off pula telefonnya.

"Azri tahu Suraya pergi mana?"

"Tak."

Azri keluar daripada ruang biliknya. Fien terdiam. Ligat kepalanya memikirkan. Di manakah Suraya?

"Ezzat!"

Aiman memanggil Ezzat dari arah belakang. Ezzat menoleh ke belakang untuk mencari gerangan suara itu.

"Ada apa panggil aku?"

Aiman mengangkat di hujung keningnya. Biasanya Ezzat tidak memanggilnya aku ketika dalam bentuk perbualan tak kira bersama keluarganya ataupun bersama rakannya.

"Kau ok tak?"

Ezzat pula yang mengerutkan dahinya. Semestinya, dia tak okey. Dia mengidap penyakit amnesia. Nampak saja ok diluar tetapi di dalam hanya Allah saja yang tahu.

"Nevermindlah, ni Zat aku nak bagi kah hadiah. Tunggu sekejap."

Aiman berlari anak menuju ke keretanya. Ezzat berasa musykil. Hadiah apa yang hendak diberinya oleh Aiman? Hari jadinya lambat lagi. Ini baru masuk bulan tiga. Belum lagi bulan dua belas.

Aiman menghulurnya dengan sebuah paper bag. Ezzat teragak-agak hendak mengambilnya.

"Kejap, untuk apa kau bagi aku hadiah ni? Hari jadi aku lambat lagi."

Aiman berasa pelik. Dia ni main-main ke apa?

"For your wifelah. Kau punya isterikan pregnant. Untuk anak kau."

Ezzat pelik tetapi dia mengambilnya.

"Okeylah! Aku cauuu lu."

Aiman berlalu pergi. Ezzat juga turut pergi meninggalkan tempatnya. Hadiah pemberian Aiman masih setia di dalam bonet kereta. Dia tidak mahu keluarkan apabila sampai dirumah.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now