N.C.K61

182 9 0
                                    

Sudah dua bulan perlakuan Ezzat amat menyakitkan hati bagi perasaan Hayus. Tak sangka, perubahan Ezzat sangat drastik. Mengalir saja air matanya. Keluarga Hayus sudah tahu perihal tersebut. Puan Halimatun tidak dapat berbuat apa-apa selain berdoa semoga Ezzat cepat pulih.

"Puan... puan nak makan apa-apa tak? Sarah tolong belikan."

"Tak perlu kut. Saya makan roti saja. Awak nak makan, saya bagi awak duit."

"Tak apa puan. Saya dah ada duit. "

Sarah menutup pintu pejabat Hayus dengan perlahan. Tidak mahu menganggu perasaan Hayus ketika ini.

Pernah dia bercakap dengan ibunya...

"Ibu, yus rasa Yus nak sambung belajarlah."

"Kenapa pula? "

"Nak belajar balik. Sambung buat master."

"Suka hati kamulah nak. Minta izin pada suami kamu dulu."

Tiba-tiba jatuh lagi air matanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak meminta izin kepada suaminya? Kerana suaminya sering tiada di dalam rumah... tengah malam nanti baru dia pulang ke rumah itupun Hayus sudah lena diulit mimpi.

"Ezzat, don't you remember who am I?"

"Yes I do. My lovely cousin!"

Ezzat ketawa. Suraya tersenyum sinis apabila Ezzat berkata sedemikian. Akhirnya apa yang dia mahukan tidak akan lama lagi akan tercapai.

"Su, I dah lama tak nampak Ainun. You tak nampak ke dia pergi mana?"

Suraya sudah buat muka menyampah.

"You... that girl dah lama tinggalkan you."

"Kenapa eh?"

Main soal jawab pula Ezzat ni sedangkan Suraya sudah rasa Ezzat ni sudah melampau memikirkan Ainun tu.

"You ajelah yang pergi cari dia. I malas nak layan you."

Suraya buat-buat merajuk dengan perangai Ezzat yang tidak habis-habis menyoal dimana Ainun.

"Merajuk pula dah..."

Suraya buat-buat tidak dengar apa yang dikatakan oleh Ezzat. Hatinya berasa bengang dengan sikap Ezzat tapi bagus dia tidak menyoal siapakah Hayus. Dia tersenyum sinis apabila dikenangkan Hayus bakal pupus dalam keluarga Ezzat.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now