N.C.K74

194 10 0
                                    

Genap sudah Hayus di Kota London selama 4 bulan bersama Ai Ling dan kakak iparnya, Umairah.

Selama dia menetap di sana, hatinya rasa bahagia dan anaknya bakal lahir tidak lama lagi. 3 bulan sahaja lagi.

"Hot chocolate?"

Hayus anggukan saja. Nasib baik dia tak mengidam benda-benda yang pelik sepanjang 4 bulan itu. Jika dia mengidam benda-benda pelik, pening kepala Umairah dan Ai Ling hendak dapatkan. Hayus tak nak menyusahkan mereka kerana itulah dia sendiri yang pergi cari ataupun masak sendiri di rumah.

Baginya, di Kota London ini seperti rumah ketiganya. Kulitnya sudah menjadi putih kerana persekitaran di kawasan tempat dia menetap. Seperti pernah yang diperkatakan tidak perlu collagen untuk memutihkan kulit sebab duduk di negara orang sudah tentu jadi putih buat beberapa tahun kerana faktor persekitaran.

Hayus menyambut cup hot chocolate tersebut daripada penjual tersebut.

"Oi amboi happynya dia."

Hampir tersedak dibuatnya. Hayus terbatuk-batuk apabila disergah begitu. Umairah mengusap belakang Hayus perlahan.

"Okey tak ni? Kakak minta maaf."

"Tak apa. Nasib baik tak ada apa."

Hayus mencicip sedikit air didepanya itu. Umairah meletakkan beberapa barang bayi di atas meja itu. Hayus pandangnya dengan wajah yang pelik.

"Untuk apa ni?"

Umairah pula yang berasa pelik. Barang tersebut untuk anaknya bukan untuk Hayus pakai harian. Anak diakan tidak lama lagi akan lahir kerana itulah Umairah membelikan beberapa pakaian bayi di kawasan barangan bayi.

"Kenapa kakak rajin sangat belikan ni?"

"Saja. Alasan tak logik. Ni lah Hayus kan nak jadi ibu dah! Kakak belikan awal-awal."

Umairah menyengih sambil membelek satu per satu barangan tersebut. Dia sendiri tidak dapat menahan hendak membelinya kerana terlalu comel dan warnanya lawa. Memang memikat hati pelangan apabila melihat pakaian bayi.

Hayus melihatnya hampir nak terkeluar biji matanya apabila melihat pakaian-pakaian bayi tersebut.

"Kakak, banyaknya kakak beli. Borong ke apa?"

"Saja. Lawa lepastu cute sangat. Kakak pun rembatlah."

Hayus memandangnya dengan wajah ceria. Hayus memeluk kakak iparnya.

"Terima kasih kakak. Hayus sendiri tak ada duit nak beli barang baby ni. Hayus ada duit nak makan je itupun tak cukup."

"Tak apa kakak faham. Bab kewangan papa dah uruskan. Ezzat setiap bulan bagi nafkah melalui account papa. Hayus tak check eh?"

Hayus menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak mengetahui fasal akaun itu. Dia sendiri tak sangka Ezzat masih memberinya nafkah setiap bulan. Sebelum ini memang Ezzat memberinya nafkah tetapi tak sangka dia masih mahu memberinya nafkah. Tapi, musykil macam mana Ezzat tahu yang dia masih memberinya nafkah?

"Kakak, dia tahu ke yang Ezzat still bagi Hayus nafkah?"

"Papa sendiri yang cakap dengan busuk. So, busuk tak boleh lari daripada tanggungjawab dia."

Hayus anggukkan kepalanya tanda dia mengerti.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now