N.C.K91

178 9 0
                                    

Suraya menyembamkan mukanya di atas bantal. Dia berasa tiada mood hendak keluar melepak bersama sepupunya. Tekaknya tidak sedap apa yang dimasuk pasti akan keluar segera. Kerana itulah dia tidak mahu keluar kemana-mana. Dia hanya duduk terpurung di dalam biliknya.

"Ezzat tadi temankan su kan? Doktor cakap apa?"

"Tak tahu pula... sebab Ezzat duduk dekat ruang menunggu."

Ezzat memandang Fien atas bawah. Kakaknya itu tidak pernah berubah. Cara pemakaiannya yang ketat dari atas hinggalah ke bawah. Puan Sri Anggun pernah menegur Fien etika pakaian tetapi Fien seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Ezzat menyampah hendak memandang kakaknya itu yang tidak reti hendak menutup aurat. Harap saja berhijab tetapi etika pakaian tidak pernah nak longgar.

"pahal pandang akak macam tu?"

Fien tidak suka apabila adiknya memandang begitu seperti dia pula yang melakukan kesalahan. Walhal, dia tidak melakukan apa-apa.

"Nothing. Azri! Jom kita pergi studio."

Azri keluar daripada biliknya terkedek-kedek mendapatkan abangnya. Jika dulu, kakak sulungnya yang rajin menemaninya keluar pergi ke studio. Sekarang Azrilah jadi penamannya.

"Kakak bagi ajelah tahu kenapa kakak menangis?"

Umairah mengelap air matanya. Dia berasa kasihan melihat Hayus mendesak ingin tahu perihal yang sebenar. Umairah sudah memberitahu tentang suaminya sudah kembali pulih tetapi Hayus tidak tahu perihal Ezzat mahu berjumpa dengannya dengan segera.

"Tak ada apalah. Ni Hazrien dah tidur. Hayus pergilah tidur."

Hayus mengeluh kecil. Dia perlahan-lahan mendukung anaknya masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu anaknya tidur berasingan dengannya.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now