N.C.K60

173 9 0
                                    

Ezzat dibenarkan pulang kerumahnya. Tanpa pengetahuan Hayus. Umairah berasa kasihan melihat Hayus merayu-rayu hendak berjumpa dengan suaminya. Tapi, Umairah tak benarkan dia ke hospital. Umairah takut... takut jika Ezzat tidak kenal dengan isterinya.

"Kakak, mana Ainun?"

"Ainun? Busuk... jangan kecewa apa yang kakak nak cakapkan ni."

"Okey tapi kenapa kakak?"
Umairah berasa gugup hendak beritahu perihal yang sebenar. Takut jika Ezzat melenting dan mengamuk.

"Janji dengan kakak."

Ezzat mengerutkan dahinya.

"Okey, Ezzat janji. Kenapa kakak panggil dia bam bam?"

Fien duduk di sebelah Ezzat. "He is your little brother."

Ezzat mengerutkan dahinya semula. Wajahnya menunjukkan seribu soalan.

"Sejak bila mama pregnant lagi? Bukan Ezzat ke yang last?"

"Busuk ada adik dan itulah adik busuk. Busuk.. busuk kena tabah tau."

Hayus menuruni anak tangga dengan penuh debaran yang berada di dalam hatinya. Berdebar hendak berjumpa dengan suaminya.

"Abang..."

Ezzat menoleh ke belakang. Umairah mengengam tangan Hayus.

"Ni isteri, busuk."

Ezzat menggelengkan kepalanya.

"Ainun! It should be Ainun!"

"Ezzat! She's your wife. Isteri yang sah untuk Ezzat."

Umairah cuba menenangkan perasaanya. Cuba menenangkan perasaan Hayus juga.

"K-kenapa dengan Ezzat, kakak?"

"Ezzat mengidap penyakit amnesia."

Umairah berkata separuh berbisik. Dia tidak mahu adiknya terdengar perbualannya bersama adik iparnya itu.

Hayus terduduk apabila mendengar kata-kata kakak iparnya. MasyaAllah sunguh besar dugaan yang diberi oleh Hayus. Berderaian air matanya yang keluar daripada kelopak matanya. Tidak dapat dibendung.

"Hayus, bawalah Ezzat naik ke atas."

Hayus anggukkan kepalanya perlahan. Dia memegang tangan suaminya tetapi ditepis oleh Ezzat.

"You're not my wife!"

Ezzat menengking ke arah Hayus. Berjuraian air matanya lagi. Inilah kali pertama, Ezzat menaikkan suaranya di hadapan isterinya.

"E-ezzat.. jom..."

Hayus cuba menabahkan hatinya bahawa lelaki di depannya itu adalah suaminya walaupun suaminya dalam keadaan hilang ingatan.

"Suka hati akulah nak naik ke tak! Itu bilik aku dan ini rumah aku! Kakak halau perempuan ni!"

Ezzat mengamuk tidak tentu fasal. Dia mengarahkan Hayus keluar daripada rumah itu.

"Apa ni busuk! Dia isteri Ezzat. Stop! Ikut kakak sekarang!"

Umairah cuba mengatasi suara Ezzat yang tadi mengamuk tidak tentu fasal. Ezzat memandang Umairah seperti hendak ditelannya.

Ezzat berlalu keluar daripada rumah itu tanpa berkata apa-apa. Hayus naik ke tingkat atas. Dia terasa apa yang dikatakan oleh suaminya. Tak sanggup hendak dilaluinya.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now