N.C.K97

170 9 0
                                    

"Teksi! Hantar kami mengikut alamat ini. Terima kasih."

Pemandu teksi itu menyusun beberapa beg-beg bagasi milik Hayus dan Umairah. Mereka selamat tiba ke tanah air tanpa pengetahuan keluarga mereka. Mereka balik secara mengejut. Dia mahu membuktikan bahawa Tuan Arman silap mendidik anak. Dia mahukan Ezzat dan Hayus hidup bahagia tanpa ada halangan.

Puan Sri Anggun tidak merestui perkahwinan diantara Suraya dan Ezzat. Dia tahu anaknya tidak melakukan perkara tersebut. Dia sendiri percaya dengan apa yang dikatakan oleh anaknya sendiri semalam. Tapi, apakan daya dia terpaksa akur walaupun dia sendiri tahu anaknya tidak melakukan. Dia tiada bukti untuk memberitahu anaknya tidak bersalah.

"Ma... Ezzat terasa terseksa."

Puan Sri Anggun mengusap rambutnya perlahan.

"Sabarlah nak... hidup ini penuh dengan dugaan. Mama tahu Ezzat tak buat benda tu. Mama percayakan anak mama."

Puan Sri Anggun mengesat air mata anaknya. Dia berasa kesal kerana tidak menyuruh anaknya berjumpa dengan isterinya itu. Semuanya sudah terlambat.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now