N.C.K40

210 13 0
                                    

"Aku nikahkan dikau Hayus Fateha binti Muhammad Ammar dengan mas kahwinnya RM 40,000 tunai. "

Sekali lafaz. "Sah.. " "sah.. "

Akhirnya mereka sudah diijabkabul. Dengan sekali lafaz sahaja. Hayus pula yang terlebih nervous semasa majlis membatalkan wudhuk.

Ezzat memyarungkan cincin ke jari manis Hayus lalu Hayus mencium tangan suaminya. Dan Ezzat pula mencium dahi Hayus. Lama...

Kini, mereka sudah menjadi suami isteri yang sah. Hayus sudah tukar status daripada available kepada marriage.

Fien dan Suraya tidak dapat hadir ke majlis akad nikah Ezzat bersama Hayus. Katanya, esok adalah hari yang bagus untuk bertemu dengan pengantin baru. Umairah begitu gembira apabila berjumpa dengan adik iparnya.

"Tahniah Hayus. Jaga elok-elok busuk kakak tu."

Hayus ketawa mengekek. Ezzat menahan malu kerana kakaknya memangilnya panggilan busuk di depan isterinya.

"Terima kasih akak. Hayus janji akan jaga busuk kakak tu elok-elok. Takkan ada cacat punya. "

Ezzat mencubit pinggang isterinya. Hayus memijak kaki suaminya. Padan muka!

"Hehe, okeylah kakak kena balik. Jumpa esok you both jangan robohkan katil pula. "

Umairah mengenakan adiknya. Ezzat cepat-cepat menutup telinga Hayus supaya apa yang kakaknya katakan tidak didengari oleh isterinya.

"Kakak guraulah. Okeylah byeee. Bam bam cepat masuk dalam kereta. "

Azri berjalan terkedek-kedek masuk ke dalam perut kereta.

Ezzat tersenyum nakal ke arah Hayus. Hayus sudah tersipu malu. Tak ada kerja ke!

Hayus berlari ke tingkat atas meninggalkan Ezzat keseorangan di bawah.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now