N.C.K89

200 9 1
                                    

Ezzat mengambil keputusan hendak pergi ke London tanpa pengetahuan orang lain. Dia masih mempunyai passport dan dia baru saja renew kan passportnya .

Sebulan lebih sudah dia tidak menerima khabar berita dari kakaknya melalui Azri. Azri yang selalu menelefon kakaknya. Maka, Ezzat mahu berjumpa semula dengan isterinya.

Ezzat terdengar bunyi orang sedang muntah. Setahunya, orang yang masih berada di dalam rumahnya adalah Suraya dan Azri. Fien sudah lama keluar bersama rakannya. Melepaklah jawabnya si Fien tu kalau disoal oleh kedua ibu bapanya.

Ezzat teragak-agak hendak mengetuk pintu bilik Suraya. Tapi, dia ingin tahu kenapa dengan Suraya.

"Su.."

Suraya cepat-cepat mencuci mulutnya. Dengan pantas, Suraya membuka pintu biliknya. Terpampang wajah Ezzat di depan pintu biliknya. Wajah Suraya terlalu pucat sehingga raut mukanya terang dia seperti sangat letih.

"Are you Okey?"

"Babe... thanks for asking. Penatlah asyik muntah je. Jom temankan I pergi klinik."

Suraya dalam keadaan mamai, dia menarik lengan Ezzat. Ezzat berat hati hendak pergi menamani Suraya pergi klinik. Dia malas hendak keluar. Apa yang sedang fikir adalah isterinya.

"Temankan i ya sayang."

Suraya tidak tahu ingatan Ezzat sudah kembali pulih. Ezzat akur saja.

"Baby Hazrien... jom kita mandi ya."

Umairah menanggalkan pakaian yang tersarung di badan anak kecil itu. Perlahan saja Umairah menarik seluar anak kecil itu. Hazrien tiada ragam sangat. Anak kecil ni tahu tidur saja. Menangis pun kerana mahukan susu. Itu saja.

"Kakak nak mandikan dia ke? Bagilah Hayus pula. Menyusahkan kakak pula."

"Tak apalah... Hayus tu belum sembuh lagi. Lagipun kakak tak ada kerja sekarang ni. Tak salah, kan?"

Hayus mengalah juga walaupun dia rasa bersalah kerana semua kerja kakak iparnya yang sediakan. Hayus sudah banyak kali, jangan memanjakan dirinya kerana nanti dia malas hendak membuat kerja. Umairah degil, dia mahu buat kerja Hayus juga. Sediakan makanan untuknya. Mandikan Hazrien. Semuanya dia yang lakukan.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now