N.C.K95

176 10 1
                                    

Ezzat kehulur-kehilir sambil mengenggam kemas telefon bimbitnya. Tiba-tiba hatinya tidak berasa sedap. Jantungnya berdegup dengan laju.

Tuan Arman iaitu papa kepada Suraya. Akhirnya, dia selamat mendarat ke tanah air yang tercinta sudah sekian lama dia menetap di China selama 10 tahun bersama isterinya iaitu Ayu Farhana.

Tuan Arman ternampak kelibat Ezzat sedang mundar-mandir sedari tadi.

"Ezzat!"

Ezzat agak terkejut. Lantas dia menoleh ke belakang untuk mencari gerangan suara itu.

"Uncle... bila uncle sampai ni?"

"Just now."

Tuan Arman melihat beberapa beg bagasi milik Ezzat serta adik bongsunya, Azri. Dia mengerutkan dahinya.

"Nak pergi mana ni? "

"Nak balik London. Kakak Ezzat dekat sana. Saja nak melawat dia."

Sengaja dia menjawab begitu kerana perangai ayah dan anak lebih kurang sahaja. Puan Maria meninggal angkara Tuan Arman juga kerana mendesak Puan Maria supaya bercerai dengannya supaya Tuan Arman boleh berkahwin dengan Ayu Farhana. Padahal Ayu Farhana hanya orang biasa sahaja. Baginya, Tuan Arman mengikut nafsu sehingga tidak dapat mengawal dirinya sehingga sanggup untuk bunuh membunuh. Sanggup membunuh isterinya kerana isterinya tidak mahu bercerai dengannya.

Suraya berjalan ke arah papanya yang sedang berbual dengan Ezzat. Dia mahu meneruskan perancangannya. Dia mahu menghancurkan hidup Ezzat. Dia mahukan Hayus bercerai dengan Ezzat.

"Papa! Oh my God, I fucking miss you pa!"

Suraya memeluk Tuan Arman. Padahal, mereka sering bergaduh. Kali ini, Suraya berlakon dihadapan khalayak orang ramai. Dia mahu mengaburi mata semua orang yang sedang menyaksi aksi balas pelukan.

"Ezzat nak pergi dulu."

Belum sempat Ezzat beredar ke arah kaunter. Lengannya ditarik oleh Suraya. Niat jahatnya sudah terserlah. Tuan Arman melihat mereka.

"Pa... I've a bad news."

"What's it?"

Suraya meletakkan tangan papanya diatas perutnya yang sudah genap masuk lima bulan. Tuan Arman terkejut apabila anaknya sedang hamil.

"Pa... Ezzat tak mahu nak bertanggungjawab dengan atas apa yang telah berlaku. Dia nak larikan diri dia pa..."

Suraya mengadu dengan papanya. Semestinya, Tuan Arman percaya seratus peratus anaknya. Ezzat sudah masuk ke dalam perangkap mereka. Menyesal dia tidak lari ke tempat lain.

Azri melihat aksi pelukan Ezzat dan Suraya. Dia cuba diam tak tidak mahu berbuat apa-apa. Apa yang dia fikirkan adalah kakaknya. Dia perlu memberitahu kakak sulungnya perihal yang telah berlaku sekarang ini.

"Wow.. so? You both kena kahwin before baby lahir. Okey I'm going to your house now Ezzat!"

"No! No! She was liar. I'm not made her pregnant! Ezzat dah kahwin!"

"pa.. jangan percaya cakap dia."

Suraya menghasut Tuan Arman dan semestinya perangkap sudah masuk. Akhirnya, dia berjaya menghancurkan hidup Ezzat.

NADI CINTA KITAWhere stories live. Discover now